Mar 1, 2010

Erema Songlap Duit Seri Bayu Dan Peguam Erema Tarik Diri?


Ni satu lagi kes mahkamah yang melibatkan selebriti tanah air yang bercerai,lepas ni makin banyak kes cerai yang bakal mengambil tempat.Ni kisah penceraian Erema dan Seri Bayu,Peguam yang mewakili Erema telah menarik diri dari kes tersebut dengan alasan yang dia telah dipecat oleh Erema sendiri dan Erema sudah pun mengambil peguam baru.Peguam Syarie Ahmad Tarmizi Shariff menghantar notis penarikan dirinya pada 22 febuari lalu.

Erema pula diberikan notis amaran kerana gagal hadir ke mahkamah,sementara itu Hakim Syarie Ghazalie Ahmad menangguhkan perbicaraan kes terbabit kepada 17 mei depan.Pada 22 disember lalu Hakim Ghazalie Ahmad memerintah kan Maybank mengeluarkan penyata akaun milik Erema bermula Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk diteliti dan disiasat oleh kerana dakwaan oleh pihak Seri Bayu yang Erema telah memasukkan wang Royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya secara tidak sah!

Pemohonan dibuat Seri Bayu yang didakwa tidak memberikan nafkah kepada isterinya sejak 2007,semasa prosiding Erema pula mendakwa yang Seri Bayu telah gagal memberikanya nafkah zahir dan 'batin' serta memberikan tekanan emosi kepadanya.Erema bernikah dengan Seri Bayu pada 19 disember 2006 yang turut menderita sejenis penyakit saraf.

Percintaan yang pada mulanya kita lihat amat luar biasa! Gadis secantik Erema sanggup menikahi seorang yang sakit kronik seperti Seri Bayu.Tak sangka pula dalam diam-diam banyak sungguh kontroversi yang terjadi.Seri Bayu cakap Erema curang dan Erema menafikanya.Erema pula mengatakan yang Seri Bayu banyak menipu duit penyanyi dan tidak menyiapkan lirik mereka setelah mendapat bayaran.Siapa yang salah tu Tuhan saja lah yang tahu,kes pun masih dalam perbicaraan.Kita tunggu dan lihat apa pula yang bakal terjadi selepas ini. :)

3 comments:

Anonymous said...

da taw kemungkinan mcm ni akan berlaku awat sanggup nikah dulu? hurmmmm...xde beban batu digalas ler.....

Rokku said...

dier ikhlas kot..tp berapa lama ikhlas boleh bertahan? berapa lama masa utk sayang tu akan bertukar pulak menjadi bosan? dalam kes ni tak lama..sayang dah jadi sayangnya aku kawin dlu..hehehe

Anonymous said...

aku cukup menyampah kalau degar artis bercerai nie.dia org ingat kawin cerai nie aper yek.macam benda main2 pulak... masa nak kawin semua boleh semua sangup, lepas kawin hampeh...

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics