Mar 22, 2010

Nabil Ganti AC Mizal Untuk Teater Cuci The Muzikal 2


Rasa macam baru saja pergaduhan diantara AC Mizal dan Hans Isaac semasa pementasan teater Cuci The Muzikal terjadi dan dicanangkan di dada-dada akhbar kan? Kononnya AC Mizal terasa hati dengan Hans dalam banyak aspek hinggakan gerai bagi mempromosikan gelang magnet AC Mizal di tapak yang disediakan juga turut menjadi isu kontroversi dan memanaskan lagi episod perbalahan diantara mereka berdua.Muncul juga cerita yang AC Mizal terdengar kata-kata yang menyifatkan beliau adalah tidak penting didalam teater tersebut dan boleh ditukarkan pada bila-bila masa.Timbul selepas itu kisah Hans yang mahu menyaman AC Mizal namun senyap saja hingga sekarang.

Sekarang pementasan teater Cuci The Muzikal 2 akan kembali dengan bajet besar RM 2 juta dan bakal menampilkan Nabil untuk mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh AC Mizal.Bagi Rokku ini adalah pilihan yang sangat tepat dan adalah teater pertama untuk Nabil! Tapi Hans tak nak komen mengenai perbalahan yang sedang dihadapinya bersama AC Mizal.Isu perselisihan faham bersama AC Mizal bakal diulas oleh Hans tidak lama lagi dan sekarang dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada Cuci The Muzikal 2.

Hans turut memberikan pandangan mengenai Nabil dan saman RM 2 juta yang dihadapi oleh Nabil.
" Apa yang berlaku kepada Nabil adalah kesilapan Nabil sendiri dan saya telah menerangkan perkara ini kepadanya serta memberikan nasihat supaya Nabil tidak mengulanginya lagi " Nak pulak pasal teater Hans sendiri,buatnya Nabil kutuk kaw-kaw macam mana? Huahuahua..Tak ke naya? Gurau-gurau je Nabil!
" Nabil berbakat besar dan sayang jika bakatnya dibiarkan begitu sahaja.Saya harap gandingan Nabil bersama Awie,Afdlin dan saya akan mengulangi kejayaan yang lepas.
" Teater kali ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza " tambah Hans

Turut membintangi teater ini adalah Awie,Afdlin,Nabil,Vanida Imran,Harith Iskander,Jaclyn Victor dan ramai lagi.Bila artis bergaduh sesama sendiri ni rasa macam tak best la pulak,kita semua suka dengan gandingan AC Mizal,Hans,Awie dan Afdlin betul tak? Industri hiburan Malaysia ni kecik sangat,nanti pergi mana-mana anugerah atau function jumpa jugak! Dalam hati ni,Rokku percaya suatu hari nanti mereka berdua pasti berbaik semula,Kembali tersenyum dan berpeluk macam dulu jugak!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics