Mar 2, 2010

Azan Akhirnya Berkumandang Di Radio Era

Dulu masa kecik-kecik boleh dikatakan Rokku ni merupakan manusia yang paling fanatic dengan Era Fm! Setiap masa Rokku akan dengar Era,kalau takde Era memang kurang sempurna lah hidup Rokku.Memang melalaikan ketika itu,mendengar radio tanpa henti.Sedar-sedar je dah pukul 6 petang! Zohor terbalik,Asar tertonggeng! Lupa semua yang patot Rokku sempurnakan.Sekarang citarasa dah lain,Rokku sudah amat jarang mengodek frekuensi radio dan mendengar Era.Tapi semalam secara tak sengaja Rokku tergodek dan terdengar Era dan paling menakjubkan adalah Rokku dengar Azan Asar berkumandang!

Alhamdullilah,selepas bertahun-tahun dikritik kerana hanya memutarkan lagu dan tidak langsung menyiarkan Azan akhirnya pihak AMP Radio Network bertindak menyiarkan Azan bermula minggu ini atau minggu lepas.Terlambatkah untuk mula menyiarkan Azan? Bagi Rokku tiada istilah lambat bila ada niat untuk berubah,Era mempunyai rangkaian pendengar yang boleh dikatakan 99% Muslim! Kenapa hanya menyiarkan lagu nasyid ketika Azan? Apa sensitiviti yang Era cuba elakkan? Jika Era didengar oleh 50% Muslim dan 50% lagi bukan Muslim maka kita semua boleh memahami tindakan Era itu tapi majoriti pendengar mereka adalah orang Islam yang dalam berhibur masih perlu diingatkan untuk menyempurnakan Solat!

Setelah tidak popular baru lah tindakan untuk berubah diambil oleh radio Era,mungkin ketika mereka popular mereka menganggap ketika Azan orang akan buat endah tak endah dan mengalihkan siaran kepada radio lain dan itu risiko yang mereka tidak mahu terjadi kepada rating radio Era! Mungkin mereka menganggap orang yang mendengar radio ingin mendengar lagu dan bukannya Azan! Jadi mereka pun memutarkan lagu nasyid bagi mengantikan seruan Azan.? Jika begitu lah yang mereka fikirkan memang dah lama tersesat radio Era ni dah Rokku bersyukur sangat-sangat dengan perkembangan ini! Semoga lepas ni ada lah segmen-segmen agama dan carta lagu nasyid pulak eh? Kan radio Era suka putar lagu nasyid? Hehehehe..

5 comments:

Hana said...

dulu kan ramai dj bukan muslim..so diorang taknak putar Azan kot?

Rokku said...

Skang pon ade gak hana..Burn tu..

Anonymous said...

hot fm is the top radio in malaysia..

Anonymous said...

hot.fm pon xdak azan maa..

e p i x ____ said...

sdp la azan kat era tu

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics