Mar 9, 2010

AF8 Didominasi Oleh Pelajar Sabah Dan Sarawak

               
Senarai 12 pelajar AF8 telah pun diumumkan oleh Astro dan boleh dilihat dengan jelas dominasi pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak untuk AF8 yang bakal dipimpin oleh Norman KRU.Apa yang Rokku pelik adalah dari segi pemilihan pelajar-pelajar yang nampak lebih memihak kepada pelajar Sabah dan Sarawak.Mungkin juga ini adalah taktik Astro untuk memancing undi dari Sabah dan Sarawak yang sememangnya cukup mengemari AF dan didalam sejarah realiti TV Malaysia terlalu ramai pemenang yang datang dari Sabah dan contoh yang paling dekat adalah kumpulan Kecik yang baru saja memenangi Raja Lawak 4 pada ahad lalu.

Namun teori mahu memancing lebih undi itu disangkal oleh Norman KRU yang mengatakan pihak produksi Astro memilih berdasarkan merit dan bukannya kerana memberikan kelebihan kepada sesebuah negeri yang mempunyai ramai pengundi seperti Sabah.Norman menambah yang dia melihat bakat serta kelebihan peserta dari Sabah dan Sarawak lebih menonjol dari negeri dari semenanjung dan itu bukan lah sesuatu yang patut didebatkan.Lebih menarik adalah buat pertama kalinya dua beradik bakal mengisi slot pelajar AF8 dan Norman merasakan kualiti dan bakat yang dipunyai oleh dua beradik ini adalah sangat baik dan mempunyai aura mereka yang tersendiri.

Norman sendiri telah merangka pelan jangka panjang untuk pelajar AF8 walaupun sesudah AF mereka tetap akan diberikan pelajaran dan tunjuk ajar.Norman tidak mahu mereka keluar dari AF tanpa mengutip sebarang nilai dan paling kurang pun saya boleh janjikan 6 orang yang berupaya untuk pergi jauh didalam industri ini.Rokku mahu menunggu dan melihat sehebat manakah talent yang telah dipilih oleh team produksi Astro berserta tenaga pengajar bagi kali ini sebelum memberikan apa-apa pandangan.Rokku tidak mempunyai masalah dengan pemilihan yang melebihkan pelajar dari Sabah kerana Rokku sendiri dapat lihat dari AF1 sehingga lah sekarang yang pelajar yang datang dari Sabah memang cukup bakatnya.Cuma yang Rokku kesalkan adalah sikap peminat yang melupakan pelajar-pelajar tersebut selepas habis panas AF sekaligus menguburkan impian mereka untuk pergi lebih jauh.Support them sehingga titisan darah terakhir ok?

Senarai pelajar AF8 Perempuan = ADIRA (Siti Adira bt Suhaimi, 19, Sabah),  AIN (Nadiawaty Ainul Basir, 24, Sabah), ANUM (Dayang Nor Anum Arjuna bt Aharun, 19, Sabah), EMA (Erma bt Suhaimi, 21, Sabah), FARINA (Zafarina bt Jamhari, 28, Sarawak) dan NAD (Nadia Emilia bt Roselan, 22, Selangor).

Lelaki = ALIF (Muhammad Alid b. Kadim, 19, Kuala Lumpur), IWAN (Emirza Azwan b. Zulazrin Chew, 20, Negeri Sembilan), MAULANA (Muhd Firdaus Maulana b. Mohamed, 22, Johor), DAUS (Muhd Shahril Firdaus b. Eli, 22, Sarawak), SHAH (Muhammed Shahril b. Mohs Saleh Hussein, 26, Selangor) dan SHAHIR (Ahmad Shahir b. Zawawi, 22, Perak).

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics