Mar 21, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Yanie Mentor protege kepada Ning Baizura untuk rancangan realiti Mentor musim pertama telah pun meninggal dunia pagi tadi kerana ketumbuhan pada paru-parunya dan telah pun terlantar selama lebih 4 bulan.Patut lah dia senyap je kan? Sakit pun dia tak hebohkan kepada wartawan.Rokku baru saja dapat berita ni dan disokong oleh tweet yang dilakukan oleh artis dan kenalan rapat Yanie dan mengesahkan yang beliau telah kembali ke Rahmatullah.



Setelah berperang untuk pulih selama 4 bulan,Yanie akhirnya kembali ke pangkuanNya.Yanie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Keningau Sabah.Sepanjang penglibatanya didalam industri,Yanie telah popular dengan lagu duet bersama Diddy 'Saling Terpesona' dan 'Drama' duet bersama Ning Baizura mentornya dan rakan baiknya Nikki.Allah lebih menyayanginya dan Rokku harap kita semua sedekahkan lah Al Fatihah kepada Allahyarhamah Yanie yang Rokku tidak berapa pasti akan nama sebenarnya.Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka yang solehah.Amin..

Terbaru: Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Likas Sabah pada jam 12.00 tengah hari tadi. Al Fatihah 

5 comments:

Anonymous said...

al-fatihah...betul2 terkejut
Allah lbh sygkan yanie

FCUKZBLOG said...

alfatihah untuk almarhum

Yuyu Rafael said...

ya Allah. terkejutnya dapat tau psl ni. ape pun, tuhan lebey sayangkan dia. dari-Nya kita dtg, dan kepada-Nya kita pulang. alfatihah..

azzim said...

sgt sedih ... baru shj tahu...
ya Allah, tempatkanlah dirinya dikalangan hamba-hambaMu yang dikasihi & dijauhkan dari api neraka...

tiada lagi guna harta dunia...

Nur Fannun said...

baru tau...al-fatihah

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics