Mar 8, 2010

Kecik Juara Raja Lawak 4!

Tahniah kumpulan Kecik! Kini nama anda adalah sebaris dengan bekas-bekas juara seperti Yus,Nabil dan Sepah yang menempa kejayaan dengan menjadi juara bagi program realiti paling mendapat tumpuan di Malaysia iaitu Raja Lawak.Yes paling mendapat tumpuan,kenapa Rokku cakap macam tu? Sebab berdasarkan rating dari Astro Raja Lawak telah mengatasi rating bagi program reality yang lain dan juga mendapat rating lebih tinggi dari Akademi Fantasia!Bukan senang nak beat AF tapi program Raja Lawak telah berjaya melakukannya dan membuatkan penonton sentiasa menunggu-nunggu apa jenis lawak yang bakal disajikan untuk task terbaru.Rancangan ulangan Raja Lawak juga mendapat rating yang sangat tinggi dan lihat saja Raja Lawak di You Tube! Beratus ribu views yang menonton video-video kelakar tak henggat dari pelawak-pelawak baru tanahair.

Malam tadi Kecik diangkat sebagai juara Raja Lawak sekaligus membawa pulang hadiah yang berupa sebuah trofi,wang tunai RM14,000,sebuah Naza Sorento,Set karaoke,Peti Sejuk,TV Plasma dan jam tangan Hugo Boss! Idlan peserta solo dari utara mendapat tempat kedua sementara Alex juga peserta solo dari sabah mendapat tempat ketiga.Bagi Rokku taraf mereka bertiga ni lebih kurang sama saja,tiada yang lebih lawak dari yang lain dan masing-masing mempunyai cara lawak yang berbeza.Tiada favorite bagi Rokku dan kemenangan Kecik malam tadi tidak langsung mengundang sebarang kejutan.Rokku mahu Idlan dan Alex mencontohi Zizan,Johan,Angah dan Along yang walaupun tidak memenangi Raja Lawak mereka tetap mampu melakar nama didalam industri hiburan tanahair dan menjadi popular!

Ini adalah platform untuk anda membina nama dan diluar sana lah tempat sebenar dimana Idlan dan Alex perlu membuktikan yang mereka betul-betul serius dan mempunyai tekad untuk berjaya! Lihat saja kumpulan Mamu yang tersingkir sebelum Raja Lawak final dan telah ditawarkan tempat untuk berlakon dibawah arahan Afdlin Shauki! Selepas ini pasti ada peluang yang mendatang dan jangan pulak lepas ni korang buat kerek pulak kat luar eh? Jangan kutuk filem korang sendiri dan jangan marah bila peminat banyak sangat mintak autograf dan beratur nak ambik gambar! Korang yang pilih cara hidup yang dikenali dan pandai-pandai lah menjalani hidup sebagai orang yang terkenal selepas ini! Kalau Rokku dengar benda-benda bodoh yang korang buat memang Rokku akan bash cukup-cukup kat blog nih! Huahuahua..Untuk juara kumpulan Kecik congrats Rokku ucapkan! Orang Sabah bukan hanya pandai menyanyi tapi Kecik buktikan orang Sabah juga pandai berlawak! Hehehehe..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics