Mar 30, 2010
UPDATE: Din Beramboi Masih Hidup Dan Jangan Percaya Kepada Rumors
Selama ni nampak macam sihat je Din Beramboi bila pagi-pagi kita dengar dia buat lawak dan menghiburkan kita semua bersama Aznil di segmen Riuh Pagi Era.Ketika bersama dengan Aznil untuk Riuh Pagi Era pada 24hb Mac yang lalu Din Beramboi sempat memberitahu kepada pengurus radio Era Nazri Noran yang badanya terasa sakit.Pada keesokkan harinya pula Din menghantar SMS yang mengatakan dia demam dan tidak boleh tidur.Akhirnya pagi semalam Din Beramboi terpaksa ditahan di Hospital kerana keadaanya menjadi semakin serius.
Penyakit Din Beramboi masih lagi belum diketahui dan dia masih lagi berada didalam kawalan doktor dan tidak sesiapa pun dibenarkan melawat.Nazri Noran yang sempat melawat juga mengakui Din Beramboi kelihatan lemah dan tidak sihat.Semasa mengendalikan program Mandi di Astro Warna Din tidak pernah mengambil cuti sakit sebaliknya terus berkerja walaupun dalam keadaan sakit.
Terbaru doktor terpaksa memberikan Din Beramboi ubat tidur kerana dia tidak dapat tidur selama 3 hari berturut-turut dan keluarga Din tidak membenarkan lawatan kerana mahu Din Beramboi berehat secukupnya.
Din Beramboi ni pelawak kesukaan ramai,Rokku tahu ramai yang akan mendoakan kesejahteraan Din dan mahukan pelawak tersohor negara ini kembali sihat! Sejak kebelakangan ni kuat betul Din Beramboi berkerja kan? Dari TV ke Radio,semua dia buat.Dapat rehat ke tak tu? Walaupun rezeki jangan ditolak tapi kesihatan diri kena jugak jaga.Rokku akan cuba update perihal sakit Din Beramboi pulak lepas ni.
UPDATE: Terbaru mengenai Din Beramboi,punca sebenar yang menyebabkan Din Beramboi koma dan organ dalamannya berhenti berfungsi adalah kerana Denggi Berdarah dan juga Jangkitan air kencing tikus yang sebenarnya memburukkan lagi keadaan.Jika tengah hari tadi keadaanya sudah kembali stabil tetapi menurut berita terbaru dari adik Din Beramboi mengatakan yang keadaan Din kembali kritikal dan doktor memberitahu untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.Malam ini di Masjid Al Ikhlas,Taman Seri Melati,Selayang akan diadakan solat hajat buat Din Beramboi.Diharap korang yang berdekatan datanglah untuk sama-sama mendoakan supaya Din kembali sihat seperti sediakala.
UPDATE: Terbaru Din Beramboi dilaporkan sudah sekali lagi kembali stabil,dan tidak berada didalam keadaan koma.Anak Din Beramboi Nil Aina Hadibah berkata yang keadaan Din Beramboi beransur pulih berbanding semalam dimana keadaanya sangat kritikal.Pihak hospital masih lagi tidak dapat mengenalpasti sakit yang dihidapi oleh Din tetapi disyaki Din menderita Denggi Berdarah dan juga mempunyai simptom jangkitan virus kencing tikus.
UPDATE: Hari ni 1 April dan khabar angin masih lagi terus berterbangan di Twitter dan Facebook dan disebarkan oleh artis-artis sendiri mengenai Din Beramboi yang telah meninggal dunia.Dah lah korang tak pergi hospital lawat dia.Korang sedap-sedap cedok khabar angin dan buatkan orang percaya yang bukan-bukan..Kalau orang biasa tweet mungkin ramai yang tak percaya..Tapi ni artis sendiri.Siapa artis tu? Korang carik lah sendiri! Teruskan berdoa untuk Din Beramboi. Dia masih bertarung dengan sakitnya dan doa kita semua diharap dapat meringankan beban yang sedang ditanggungnya..
7 comments:
kesiannya~
semoga dia cpt sembuh T__________T
hope he gets well soon..
padahal uncle tengok dia tu ceria dan sihat..tapi tu lah dalaman dia kita tak tau cmner..semoga din beramboi sembuh ...uncle minat dia sejak dia jadi deejay di THR lagi.
semoga dia cepat sembuh :)
Ya Allah..
selamatkan lah pak cik din...
.
ya allah ... selamatkan la pkck din beramboi ... kau sembuhkanlah penyakitnye ... amiiin ... sayang pkck din beramboi ...
Post a Comment