Mar 26, 2010
Dato Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Produk Kecantikannya SimplySiti
Macam boleh meletup je produk ni,kalau dilihat dalam ramai-ramai artis yang ada didalam industri ni Rokku rasa mesti korang pun bersetuju yang Siti Nurhaliza adalah antara artis yang mempunyai kulit yang paling cantik dan mulus bak kata sifu M.Nasir.Hehehe..Dan kini korang semua boleh berkongsi kulit sehalus dan semulus Dato Siti dengan pelancaran produk kecantikkan pertama dari Dato Siti pada selasa depan di sebuah hotel di ibu negara.
Produk itu akan dinamakan SimplySiti itu telah pun diedarkan dan dijual cuma masih belum banyak publisiti mengenainya.Tagline untuk produk SimplySiti ini adalah Rahsiaku Kini Milikmu! Penat berahsia rupanya Dato Siti kita ni kan? Huhuhu..Mungkin jugak ada pihak yang merasakan kehadiran Dato Siti Nurhaliza kedalam industri produk kecantikkan ini agak sedikit terlambat memandangkan sudah terlalu banyak produk tempatan yang bersepah dipasaran dan tak termasuk produk antarabangsa yang sentiasa berlawanan sesama sendiri!
Rokku juga pasti yang mesti ramai pengusaha produk kecantikan tempatan yang merasa tergugat dengan kehadiran SimplySiti.
Tapi jika dilihat dari nama Dato Siti dan kecantikkannya,Rokku rasa masih ramai yang berminat untuk mencuba SimplySiti kerana mahukan kulit secantik Dato Siti Nurhaliza.Nama Dato Siti yang gah disini dan pelancaran secara besar besaran juga mungkin akan memberikan impak publisiti yang besar buat produk tersebut. Haiih..Memang susah jadi pompuan nih,Tengok Rokku ni! Tanpa produk apa-apa kulit Rokku tetap cantik dan jambu! Tak payah susah payah menyental muka 5 6 kali sehari! Huahuahua..Tapi kalau Dato Siti Nurhaliza nak kasi Rokku produk tu secara free,Rokku dengan rendah diri akan mengebas pemberian tersebut.Rejeki jangan ditolak! XD
2 comments:
ya Allah cantiknye.....
nampak plak makeup tok ti tu cm tebal ajew.... hehehehe kedapatan tak sm ngan kaler kulit kat tepi rambut tu
Post a Comment