Mar 2, 2010

Berita Harian Kasi Hint Lagi!

                                                      
Korang pun mesti ada vote artis-artis kesayangan korang kan? Ramai betul artis-artis yang melobi undian peminat diFacebook.Rokku tengok Lisa Surihani,Fara Fauzana dan ramai lagi sudah memulakan proses melobi undian sejak awal-awal lagi.Rokku paling suka dengan cara Fara Fauzana yang memberikan hint saja kepada peminatnya dengan bertanya "Korang ada handphone tak?" Hahahah..Pandai sungguh Fafau ni kasi hint saja dan peminat pulak dah dapat agak mesti fafau nak suruh undi ni!

Hari ni Berita Harian mengeluarkan hint mengenai Top 10 artis yang mendapat undian tertinggi,dan seperti yang dijangkakan nama Dato Siti,Aizat,Fara Fauzana,Tiz Zaqyah,Faizal Tahir dan Mawi tersenarai sebagai Top 10 paling popular menerusi undian SMS dan keratan akhbar.Antara lain yang turut tersenarai adalah Remy Ishak dan Aznil.Turut mengikuti rapat dibelakang Top 10 ini adalah Stacy,Akim,Yuna,Liyana Jasmay dan Noorkhiriah.

Seperti biasa lah agenda Berita Harian mengeluarkan hint-hint ini adalah untuk memancing lebih undi dari korang semua! Jadi jangan berhenti mengundi dan jangan pulak anda berhutang kredit telefon selepas ini ye? Hahahah..Nak senang pergi tawaf satu kampung atau pangsapuri korang tu dan mintak keratan Berita Harian jiran-jiran korang dan undi banyak-banyak tanpa pakai kredit walau sesen pun!Huahuahua..Berjimat cermat amalan mulia! Berikut adalah senarai kategori yang sedang sengit bersaing!

Penyampai Radio Lelaki Popular - saingan di antara Faizal Ismail dan Aznil Nawawi. 


Penyampai Radio Wanita Popular - saingan di antara Fara Fauzana dan Linda Onn. 


Artis Komedi Lelaki Popular - saingan di antara Nabil dan Saiful Apek. 


Artis Komedi Wanita Popular - saingan di antara Noorkhiriah dan Kenchana Dewi 


Artis Baru Lelaki Popular - saingan di antara Black dan Akim. Minggu lalu saingan sengit di antara Hafiz dan Black. 


Artis Baru Wanita Popular - saingan di antara Tiz Zaqyah dan Yuna.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics