Mar 25, 2010

Ringkasan Ragam Artis: Gambar Anak Dr Fazley,Benjy Ditahan Semula Selepas 5 Minit Dibebaskan,Sari Yanti Dan Siti Nurhaliza Mengandung?

Anak Dr Fazley

Disebabkan hari ni perkembangan industri agak terhad maka Rokku akan mengcompile kan gosip-gosip pada hari ini! Hehehe..Pertama adalah gambar anak penyanyi pelakon dan tokoh korporat terkenal Dr Fazley yang selamat dilahirkan pada ahad lalu.Dah 2 anak Dr Fazley dah dan kedua-duanya adalah lelaki. Nama anak pertama Dr Fazley unique jugak! Ahmad Fariedz namanya dan yang kedua ni macam kesinambungan nama abangnya pulak iaitu Fieradz dan nama timangannya adalah Payish.! Amboi! Asal nama anak-anak artis ni berbelit sangat! Kalau kat hollywood mesti jadi bahan je budak tu bila dah besar esok! Apple lah! Blanket lah! Giler ahhh..
Benjy Ditahan Semula
Ni kisah Benjy pulak,baru ditahan selama 5 minit dia telah pun ditahan semula dan meninggalkan ibu dan adiknya kebingungan kerana tidak dimaklumkan usul penahanan semula yang dilakukan oleh pihak polis.Sebelum itu Benjy telah pun dijamin dengan ikat jamin berjumlah Rm2000 dan mencetuskan perbalahan diantara peguam Benjy dan pihak polis.Azean yang nyata kesal dengan tindakan pihak polis yang tidak memberikan sebab kenapa Benjy ditahan semula. "Berberapa kali kak Yan bertanya kenapa dia ditangkap semula namum tiada sorang pun memberikan penjelasan kepada kak Yan.Tidak kah mereka sedar yang kak Yan ni sedang sakit,Tak boleh beritahu elok-elok ke? Ulasnya

Sari Yanti Hamil 5 Bulan
Kalau Dr Fazley dah menimang cahaya mata ni kisah artis yang bakal menimang cahaya mata dan sedang berbadan dua.Yang confirmnya ialah Sari Yanti sedang hamil 5 bulan dan dia terpaksa menolak sebarang tawaran berlakon kerana dia mengalami alahan yang teruk. " Setiap pagi saya akan muntah dan pening sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.Sebab itu saya tolak semua tawaran kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak,kali terakhir saya berlakon adalah untuk drama Kisah Kaisara musim ke 3 " Ujar Sari Yanti. Best eh? Dah 5 bulan senyap-senyap je,lepas ni still selim lagi ke badan tu? atau naik mendadak pastu kena masuk The Biggest Loser Asia pulak! Hehehe Cari publisiti!

Dato Siti Mengandung?
Cakap pasal siti ni ada gosip panas yang mengatakan Dato Siti Nurhaliza sedang mengandung! Rokku sendiri gembira bila dengar Gosip ni,dah lama jugak Datuk K dan Siti mendirikan rumahtangga dan mesti diorang bagai nak koyak berusaha kan? Huahuahua..Tapi ni still lagi gosip panas yang sedang kedengaran.Time ni baru lah semua yang benci Terjah dan Melodi akan tune in sebab nak tahu perkembangan gosip Dato Siti Mengandung nih! Dah kutuk pastu tengok balik! Huhuhu..Kalau betul mesti Dato Siti Nurhaliza akan mengumumkanya kepada semua peminatnya nanti.Korang tunggu je lah!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics