Rokku pernah keluarkan satu entry mengenai tarikh kahwin Zizan Nin tak berapa lama dulu dan kini ada satu lagi kisah mengenai Zizan Nin,Cerita ni Rokku dapat dari satu blog gossip.Kononnya Zizan Nin berlagak dan tidak mahu peminat mengambil gambarnya.Kisah terjadi bila seorang jurukamera dari blog berkenaan pergi ke satu majlis pelancaran kosmetik jenama terkenal di Mid Valley malam tadi.
Jurukamera blog terbabit pun terlihat lah kelibat Zizan Nin yang sedang ditemubual oleh berberapa wartawan.Jurukamera tu pon ambik lah gambar Zizan Nin secara paparazzi dan kelihatan seperti Zizan Nin sudah bersedia untuk beredar selepas menjawab pertanyaan wartawan.Zizan kemudiannya bertanya "Awak dari majalah mana"? kepada jurukamera berkenaan.Dengan coverline jurukamera tersebut menjawab,
"Gambar ni cuma untuk simpanan peribadi."
Dengan pantas Zizan Nin menutup kamera si jurukamera terbabit dengan tangannya dan mengatakan "No photo for personal use!" Bila dah kena marah jurukamera tu pon terdiam kejap,begitu mahal dan eksklusifnya si Zizan Nin ni sampai peminat pon tak boleh ambik gambar dia.Kerek sungguh peminat nak ambik gambar pon salah ke? Wartawan-wartawan majalah yang popular je boleh ambik gambar lu? Ramai lagi artis lelaki yang popular tak penah Rokku dengar perangai kerek yang sampai macam ni.! Kalau rasa diri tu mahal sangat tak payah lah jadi artis kat Malaysia ni,pergi jadi artis kat hollywood! Sungguh panas hati Rokku bila mendengar cerita ni! Untuk korang jangan ambik gambar Rokku! Rokku nak kerek kejap! Nak jadi artis!
No comments:
Post a Comment