Mar 16, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa Setaraf Filem Hollywood

Begitulah hebatnya filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang hanya menelan kos pembikinan sebanyak RM8 juta.Namun filem ini telah berjaya menarik perhatian pembikin dan pengedar filem dari luar negara yang terpegun dengan jalan cerita dan teknik CGI Hikayat Merong Mahawangsa yang setaraf dengan filem luar negara yang menelan belanja melebihi puluhan juta dan kadangkala mencecah ratus-ratus juta ooo!

Kalau kita lihat KRU Studios sebenarnya masih terlalu muda didalam industri filem tanah air namum kualiti,mutu dan usaha yang diletakkan didalam Hikayat Merong Mahawangsa menunjukkan betapa jauhnya visi dan misi yang dipunyai oleh Norman,Edry dan Yusry!
"Ramai pengedar filem di sana yang tidak percaya apabila filem ini diterbitkan dengan kos sekitar RM8 juta. Mereka menjangkakan dengan mutu penerbitan yang ditunjukkan filem ini mencecah kos sehingga AS$30 juta (RM105 juta). Ulas Norman KRU dan pengedar dan pembikin filem yang dijemput untuk menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa itu hanya menonton trailer yang berdurasi 8 minit untuk berasa kagum sebegitu.


KRU Studios juga mendapat geran dari Kementerian Sains,Inovasi Dan Teknologi sebanyak RM4 Juta untuk menampung kos pembikinan filem ini.
"Meskipun Hikayat Merong Mahawangsa belum pun habis pos- produksinya, tetapi sebanyak 25 pengedar dari 25 buah negara sudah pun menempah untuk mengedarkannya di negara mereka.
"Antara pengedar filem yang berminat itu termasuklah dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah. Mungkin lebih ramai lagi pengedar selepas ini. Mereka berminat selepas melihat sendiri promo atau trailer filem itu baru-baru ini," ujar Norman


Rokku sendiri meremang bulu roma bila menyaksikan trailer filem ini dan Rokku tahu korang pun tak sabar untuk menyaksikan filem sehebat ini dan dengan lebih 90% dari filem ini  dijana dengan CGI maka kegempakkan filem ni mesti bertaraf dewa!! Untuk korang yang nak tahu dengan lebih lanjut kehebatan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini sila layari lawan web KRU Studios. Filem Hanyut dan Hikayat Merong Mahawangsa yang mendapat hype yang cukup besar dan diharap peminat filem juga tidak lupa untuk menyokong filem mega yang diterbitkan oleh anak jati negara kita sendiri. Untuk trailer sila click Trailer Hikayat Merong Mahawangsa

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics