Mar 15, 2010

Sah Aril Pengacara Trek Selebriti


Hehehe..Rokku dah tau berbulan lebih awal yang Aril akan mengantikan tempat Jimmy Shanley sebagai pengacara Trek Selebriti yang baru.Lain kali kalau Rokku cakap tu percaya je lah sebab sumber yang Rokku dapat memang sahih! Huhuhu..Aril akan memulakan tugas sebagai pengacara Trek Selebriti edisi Akademi Fantasia.Jimmy sudah cukup lama menerajui Trek Selebriti sehinggakan mungkin ramai yang akan berasa pelik dengan perubahan yang dibuat Astro namum Aril sudah pun menetapkan didalam dirinya yang dia tidak mahu terikut-ikut style pengacaraan Jimmy yang bagi Rokku sudah habis baik dari segi santai,selamba dan karisma pengacaraanya!

"Sudah tentu saya gembira dengan peluang berharga ini. Peluang ini adalah cabaran baru yang perlu saya hadapi selepas AF7 dan drama bersiri Kau Dan Aku
"Malah, saya akui banyak perkara yang perlu saya pelajari dari masa ke semasa untuk memantapkan kemahiran dan cara penyampaian.
"Walaupun saya ada sedikit pengalaman mengacarakan program sebelum ini, kepercayaan yang diberikan kali ini lebih besar dan menuntut komitmen lebih tinggi daripada saya," ulas Aril
"Saya juga belajar teknik yang betul untuk bertanyakan soalan kepada selebriti undangan. Perkara ini sangat penting untuk saya kerana aura dan imej Jimmy terhadap program itu sangat kuat dan sebati.


Rokku yakin yang Aril mampu membawa style baru yang mungkin lebih berkemampuan untuk menarik anak-anak muda yang sememangnya meminati Aril dan tarian Shuffle nya untuk menonton Trek Selebriti.Aril turut menambah yang team produksi akan menyuntik element yang berbeza dengan penampilan Jimmy ke dalam Trek Selebriti untuk menambah kelainan Trek Selebrit musim baru ini. 
Rokku yakin yang pemilihan Aril untuk Trek Selebriti musim baru ini adalah sesuatu keputusan yang bijak kerana Aril mempunyai peminat yang sangat ramai dikalangan remaja dan Rokku sendiri nak tengok style pengacara yang menunjukkan kejantanan dan sedikit keras dan rasanya Aril cukup jantannya untuk memberikan nafas baru kepada Trek Selebriti.Ke bagi korang Aril ni lembut jugak? Huahuahua..

3 comments:

Rina Rossoneri said...

haish, xminat mamat neh...nak jimmy...hmmm, nak wat cam ne, jimmy nak melangkah ke fasa baru... redha je leeee

Kay- said...

nak jimmy jugak..cmne nk tgk trek selebriti kalau mamat ni jd pengacara? waaaaaaa.....jimmy.....

Rokku said...

hahaha..nak wat camne..jimmy bz sejak masok AF

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics