Mar 16, 2010

Jurey Latiff Rosli Fail Saman RM 10 Juta Kepada Melodi,Nas Ahmad Dan TV3



Rasanya Rokku ingat lagi masa Jurey Latiff Rosli diterjah oleh Nas Ahmad,Jurey adalah seorang pengarah terkenal yang korang mungkin pernah dengar atau mungkin juga tidak.Motif segmen terjah itu adalah kerana masalah rumah tangga Jurey Latif Rosli kalau tak silap Rokku (Sila betulkan kalau korang rasa Rokku salah).Semasa terjah Jurey sedang berada di majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

Jurey marah dan bengang dengan tindakan Nas Ahmad dan team produksi Melodi yang menyiarkan sebuah email layang tanpa merujuk kepada Jurey terlebih dahulu.Jurey diwakili oleh peguam Shaharudin Sham Sunder didalam saman ini sebelum itu telah bertindak dengan memberikan notis kepada Nas Ahmad dan Melodi untuk meminta maaf secara terbuka dan harus disiarkan menerusi surat khabar dan televisyen namun Nas Ahmad dan Melodi tidak mahu berbuat demikian dan hanya mendiamkan diri.

Dan jalan penghabisan yang paling powderful dan diambil adalah untuk Jurey menyaman Nas Ahmad dan Melodi kerana menyebarkan fitnah.Jurey menfailkan dua saman iaitu saman malu dan saman fitnah! Dan saman tersebut bernilai RM 10 Juta! Huahuahua..Jangan main-main oooo..Bagi Rokku kes ni memang kuat! Sebab email yang diterima bukan lah satu bukti fizikal yang membolehkan sesiapa saja untuk memalukan dan memfitnah orang lain! Nak pulak Melodi tu rancangan yang ditonton oleh lebih 3 juta penonton! Sudah tentulah sebarang cerita kurang baik akan menjatuhkan kredibilti dan maruah sesiapa juga yang diterjah!

Semalam Harun Salim Bachik telah meminta untuk Nas Ahmad dan TV3 menamatkan segmen terjah yang telah dikeluarkan dari Melodi dan diberi time slot sendiri.Nas Ahmad didalam kenyataan balas menafikan segala tomahan yang telah diberikan kepada Terjah dengan alasan yang Terjah sebenarnya mengajar pihak artis untuk menjadi lebih baik! Dah kena saman pulak Nas Ahmad si rambut ketak dan Melodi, dan jumlah saman pula bukan sedikit.Kes yang dibawa dan difailkan juga agak kuat dan mesti menarik untuk kita nantikan kesudahan saman ini! Adakah TV3 akan memberhentikan Terjah? Atau perkara ini akan memberikan lebih keuntungan kepada TV3? Kalau menang RM10 Juta tu buat filem besar la Jurey nanti! Huahuahua..

3 comments:

orang muo said...

sokong kena saman..segmen terjah ni lebih membawa ke arah negatif sama ada isu yg diketengahkan itu betul ataupun tidak kerana mendedahkan keburukan org dilarang dlm Islam & melanggar etika budaya melayu. segmen ni juga memusnahkan kerjaya dan nama org lain. apala tv3 dgn penerbit ni. macam tak belajo agama...ha ngko..

orang muo said...

ha ngko { tv3 & penerbit & wartawan laa he he]

Anonymous said...

terjah mmg la bg artis jadi baik..tapi yg terjah,penerbit,wartawan terjah atau sume yg terlibat tu baik ker...setiap org pernah lakukan kesalahan kan...artis pun manusia biasa,xkan kehidupan peribadi luar ngan dalam nk ambik tau..patut2la..ni kadang2 main terjah tak tentu pasal...aku tgok pun jadi hangin..cam tgok dok sedap2 lepak kat umah..tau2 org dtg bawak kamera tnya soklan peribadi..xtenang hidup..

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics