Mar 5, 2010

Aznil Hj Nawawi Mengaku Bakal Isi Kerusi Pengkritik Tetap AF8

                                         
Selepas AC Mizal mengumumkan penarikan diri beliau sebagai pengacara AF8 banyak desas desus yang mengatakan kemungkinan kembalinya Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara AF8 namun ianya tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang dipilih sebagai pengacara AF8,Rokku jugak pernah mengeluarkan khabar angin mengenai Aznil yang bakal mengisi kerusi panas pengkritik tetap AF8.Kalau Rokku cakap tu mesti akan terjadi punya! Aznil sendiri telah mengesahkan bahawa beliau akan menduduki kerusi pengkritik tetap buat AF8.

"Sebagai pengkritik tetap,saya akan mengunakan pengalaman yang ada untuk membantu pelajar-pelajar membina keyakinan diri mereka untuk bergelar penghibur."
"Saya tidak akan menyentuh aspek teknikal kerana akan ada pengkritik yang lebih layak untuk memperkatakan tentang soal itu".
"Saya berharap untuk berkongsi pengalaman yang telah saya timba bersama pelajar AF8 setelah 2 dekad saya bergelumang dalam industri hiburan tempatan".
Ditanya mengenai pemilihan Jimmy Shanley sebagai pengacara AF8 Aznil mengakui dia amat gembira dengan pemilihan itu, "Saya sudah tua dan keadaan tidak akan sama jika saya masih meneruskan tugas sebagai pengacara AF".

Aznil juga mengakui yakin akan kemampuan Jimmy mengendalikan AF8 dengan pengalaman luas Jimmy selama 7 tahun bersama Trek Selebriti.Jimmy harus belajar untuk menjadi lebih spontan dan peka dengan kemungkinan yang akan terjadi didalam rancangan secara langsung seperti AF8.Jimmy yang terharu dengan nasihat Aznil berikrar akan mengendalikan AF8 dengan cara nya yang tersendiri dan tidak mahu dibandingkan dengan AC Mizal serta Aznil sendiri. "Ini lah peluang untuk saya buktikan kepada semua yang saya mampu melakukan semua ini dan saya harus berkorban dengan meninggalkan Trek Selebriti untuk ke landasan yang lebih baik iaitu AF8"

2 comments:

Md Nasir said...

Salam..
jika benar aznil jd pengkritik tetap,sure rating Af tahun nie meningkat..tak sabar nak lihat perubahan yg dilakukan oleh seorang pengetua muda & berwawasan spt Norman KRU

Anonymous said...

Dia banyak pengalaman dan boleh mengkritik dengan rasional..tkde macam Ogy Ahmad Daud dulu..tau nak marah je..hot 24jam..

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics