Mar 7, 2010

AC Mizal Beli Kereta Bentley Yang Berharga RM1 Juta!

                               
Dasat lah AC! Berkat kerja keras dan usaha yang berterusan dalam menjayakan perniagaan serta kerjaya pengacaraanya kini AC Mizal mampu memandu kereta Bentley yang berharga RM1 Juta! Ni bukan saman eh! Ni harga kereta mewah yang baru saja dibeli oleh AC Mizal dan dengan harga yang mengambarkan betapa berjayanya bisnes gelang magnet yang diusahakan oleh AC Mizal! Kalau nak harap bayaran dari pendapatannya yang bergelar pelakon,pengacara dan penyanyi boleh dikatakan agak sukar untuk AC Mizal membeli kereta berjenama mewah sebegitu tetapi pendapatan melalui bisnesnya yang sudah pun menjengah pasaran antarabangsa adalah salah satu penyumbang kejayaan AC Mizal yang dalam diam-diam sudah bergelar jutawan!

Dengar cerita AC Mizal juga sudah memiliki sebuah super car berjenama Porsche sebelum dia membeli Bentley tersebut.Wah kurmak! Rokku pon teringak gak nak pakai kereta yang mahal-mahal ni tapi apa boleh buat,Taik idung bulat-bulat saje yang Rokku ada! Huahuahua..Tahniah AC Mizal! Dari 4U2C kepada Gerak Khas siapa sangka kini AC Mizal sudah bergelar jutawan dan hidup senang lenang! Tapi tahniah juga Rokku ucapkan kepada isteri AC Mizal iaitu Emylia Rosnaida yang bertungkus lumus membantu menaikkan kerjaya AC Mizal dan berhenti berlakon semata-mata mahu menguruskan kerjaya pengacaraan,nyanyian dan lakonan AC! Bak kata perpatah inggeris! Behind A Great Man,Theres A Great Woman! Diharap dah kaya raya ni AC dan Emylia tidak lupa pada yang memerlukan! Rezeki yang diberikan Tuhan tu adalah amat adil,jadi berlaku adil lah kepada mereka yang kurang bernasib baik.Untuk korang lak? Rokku kasi kete mainan Bentley sorang sebijik,dah dapat pi main jauh-jauh! XD

3 comments:

Anonymous said...

Harap AC tidak lupakan anak-anak dari isteri pertama kerana anak-anak adalah amanahNya. Jangan nanti rezeki yang ada ditarik balik!

Anonymous said...

its a bentley tho...

Anonymous said...

which bentley is that????
the sporty one or like miss hilton one????

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics