Yeahhh,Mesti ramai artis Malaysia terutamanya penyanyi yang jarang mendapat peluang untuk lagu mereka diputarkan diradio melonjak kegembiraan seperti kangaroo dapat pisang apabila Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan syarat wajib putar lagu baru bagi artis tempatan mulai 1 Mac ini.
Tindakan tersebut diambil selepas kementerian meneliti masalah yang melanda industri muzik tempatan dan bimbang masalah ini akan berlarutan,Datuk Seri Utama Rais Yatim terkejut bila mengetahui nilai industri muzik Malaysia yang semakin menurun sejak 2001 Rm 200 Juta dan kini 2010 Rm 70 juta sahaja.Penurunan nilai industri muzik ini perlu diambil serius dan tindakan ini diambil bagi mengelak kan perkara ini berlarutan.Terlalu banyak lagu luar yang diputarkan stesen radio tempatan dan bukannya lagu yang dihasilkan artis Malaysia sendiri.
Amin! Rokku adalah antara orang yang paling benci dengan sikap radio Era,Suria dan Hot Fm yang terlalu meminggirkan lagu buatan tempatan,Artis kita yang hebat seperti Atilia,Nurul,Liza Hanim dan ramai lagi termasuklah artis baru dipinggirkan begitu sahaja.Bukan sikit modal yang mereka keluarkan,penat lelah mereka terbazir begitu sahaja bila radio menendang lagu mereka keluar dari list 'mesti putar' stesen radio mereka sesuka hati dan tidak langsung menghargai nilai seni yang dihasilkan didalam negara sendiri!
Memang Rokku muak dengan lagu artis indonesia yang melimpah masuk ke negara ini dan Alhamdulillah senario yang memuakkan Rokku ini bakal berubah bermula Mac dan kita semua akan berpeluang mendengar karya hasil dari kreativiti bakat kelahiran bumi tercinta ini,Malaysia Boleh! Hehehehe..
1 comment:
betol tu....aku pun muak dgn band2 indon!!!!!!!!!benci!!!!melimpah2 kat mesia ni!!!!!!org yg minat band2 indon ni mmg mat2 minah2 berjiwa indon btl!!!!!!!tak salah kalaw minat tp takkanlah sampai industri muzik sendiri jatuh merudum???!!!!
Post a Comment