Feb 19, 2010

Mawi Menang Kes Saman Rm1 Juta!


Penat Ikin urut-urut dada abang Mawi yang risau akan kena saman Rm1 Juta oleh Yassa Sdn Bhd kerana didakwa melanggar hak harta intelek akibat syarikat Mawi yang mengeluarkan produk air mineral tanpa kebenaran syarikat asal.Alhamdulillah selepas penat urut dada abang Mawi yang nervous Ikin boleh menarik nafas lega apabila mahkamah memutuskan yang Mawi World Sdn Bhd menang kes saman tersebut dengan alasan tuduhan plantif (Yassa Sdn Bdh) adalah tidak berasas dan bahawa plantif sendiri telah memberikan kebenaran untuk Mawi World Sdn Bhd hak untuk mengunakan info dan butiran lesen yang terdapat pada air mineral tersebut.

Mawi yang ditanya wartawan dengan muka tersenyum ala-ala Man Belon mengatakan yang dia sudah mengagak keputusan yang bakal diterima dan selama ini dia berada dipihak yang benar dan tidak mahu mengomen lebih bila ditanya pihak wartawan kerana merasakan lebih baik kes ini dibiarkan kepada pihak pembelaan Mawi untuk membuktikan kebenaran pihak Mawi.Pelik jugak kan? Dah kasi kebenaran tapi still saman Mawi? Ape cer? Agaknya bila dia jual air mineral kurang mendapat sambutan bila Mawi jual terus laris macam lepat pisang cik timah janda! Kahkahkahkah..Rokku suka dengan tagline Caca Raja Lawak bila dia menyebut 'Masyarakat'.....Huhuhu
Banyak betul kisah saman sekarang ni kan? Asik-asik saman je!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics