Feb 18, 2010

Wardina Salahkan Artis!

Sekali lagi Wardina muncul dengan kenyataan yang bisa memanaskan tengkorak artis-artis Malaysia yang terasa dengan sindiran Wardina! Kali ini Wardina menyalahkan golongan artis antara punca kes pembuangan bayi semakin meningkat dan menyeru golongan artis untuk menunjukkan contoh yang baik bagi peminat-peminat remaja yang melihat mereka sebagai role model dan memberikan teladan yang baik terhadap masyarakat diluar sana.

Wardina meminta artis menunjukkan contoh yang baik seperti tidak bersentuhan kepada yang bukan muhrim walaupun artis tersebut bergambar bersama kekasih hati terutama jika gambar nya adalah untuk diterbitkan didalam media massa yang kononnya mempunyai impak yang besar terhadap masyarakat! Wardina risau akan semua aksi maut artis Malaysia akan menjadi ikutan golongan remaja dan merupakan dorongan untuk melakukan zina!

Kempen menjauhi zina yang disertai Wardina amatlah mulia dan Rokku hormati tetapi Rokku tidak berapa setuju untuk menyalahkan artis dan mengatakan cara berpakaian dan bersentuhan dengan yang bukan muhrim seperti yang terpampang di media massa adalah antara punca masalah ini berleluasa! Rokku rasa terlalu banyak punca luaran yang mendorong perlakuan zina dan buang bayi ini berlaku,bukan sebab artis bagi Rokku kerana tiada langsung adegan ranjang dan seks yang dilakukan didalam penerbitan filem dan drama untuk mengaitkan artis-artis Malaysia sebagai antara punca masalah ini.( Kecuali filem Remp-It yang banyak adegan yang kurang selesa untuk ditonton bersama keluarga!) Kalau ada pun golongan artis yang mendorong perlakuan zina dan buang bayi jumlahnya adalah terlalu sedikit dan mereka itu bukan artis pun bagi Rokku! Artis apa bila hanya berlakon 1 drama dan hanya dikenali menerusi gambar-gambar tidak senonoh yang tersebar? Belum keluar AF dan ada gambar bogel pun dikira artis jugak ke?

Bukan Rokku menyokong artis Malaysia yang keterlaluan tetapi itu semua adalah refleksi terhadap apa yang terjadi didalam masyarakat diluar! Bahan lucah terlalu mudah didapati dari internet hinggalah ke telefon bimbit yang menunjukkan anak melayu sendiri melakukan zina,bila dah mengandung mereka yang kebanyakannya pelajar hilang arah untuk dituju dan akhirnya bayi itu terpaksa dibuang dek kebodohan perbuatan mereka sendiri! Having said that Rokku bersetuju yang golongan artis harus memainkan peranan untuk membantu memberikan kesedaran kepada peminat diluar sana! Rokku nak tengok Siti Nurhaliza keluar dengan kenyataan yang meminta peminatnya menjauhi zina ( Tak pernah dengar Siti menyuarakan sesuatu seperti itu).
Wardina dah menjalankan tangungjawab beliau dan kini giliran kita yang membaca dan mendengar untuk melakukan sesuatu..

10 comments:

Anonymous said...

tak boleh salah kan artis! dah mak bapak derang kasi keluar malam,merayau tak tentu arah pun nak salahkan artis ke?

Famous Lady said...

hari ni pesalah syariah ada 3 org kena sebat, mesti ade kaitan dengan maksiat..

Rokku said...

Budak2 kat luar tak contohi artis malaysia! diorang suke artis hollywood punye dressing! artis ape barang..kehkehkeh

Anonymous said...

salahnye media massa la...dpe yg slalu tyg gmbo x ckup kain...sblum zmn intenet nie..cte2 mlayu dolu2 pon byk yg seksi meksi maa..betolla ape yg wrdina ckp tue..glongn artis salah satu penyumbang kearah mslh sosial..kt cni pon tgk r..byk gmbo x ckup kain je...lol..kebenaran mmg pahit..jgnla mnipu dri sndri..

Rokku said...

anonymous adakah kamu terpengaruh dengan gambar itu kalo anda mempunyai minda dan iman yang kuat? hehehe..

salah satu penyumbang ke arah masalah social adalah artis tu aku setuju! penyumbang yang lain? kau boleh kira? berapa banyak? 1000 different factor yang boleh menyumbang ke arah masalah tu..

nak sebut secara spesifik sampai pengsan pon tak abis..
jiran pon boleh 'menyumbangkan' akidah gak!
artis public figure dan mereka yang adalah target yang paling mudah untuk dipersalahkan!

Rokku said...

Setuju yang artis menyumbang sedikit ke arah itu,tapi artis hollywood lagi teruk! semua adegan boleh jadi..
nak cakap artis malaysia merupakan penyumbang besar dalam mempengaruhi minda budak-budak ni buat jahat salah tu!

beribu lagi factor luaran yang boleh kalahkan pengaruh artis malaysia! kalo indon aku setuju! sana mmg takde cencored langsung! sini sangat cencored dan artis yang buat onar pon berapa kerat je?

Rokku said...

i mean artis indonesia dan filem2 nya..

BubuPrincess_96 said...

mak aku dulu pernah kate,, orang dulu2 pakai baju ketat2 x de pon kena rogol.. tapi skang?? pakai baju yang tutup aurat p0n kena rogol..

ni semua terpengaruh dlm tv r..
sokong bt0l kak wardina.. :P
artis2 p0n kena main peranan gak,, hehe.

Anonymous said...

sokong 500% Wardina, Anoynymous dan bubuprincess!
ini seme sebab media massa dan artis.

Rokku: jgn jadi insan hipokrit. DALAM ISLAM, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

TRUSKAN PERJUANGANMU, WARDINA.
ALLAHUAKBAR!!

Anonymous said...

btul tu..im strongly agree with wardina...sampai bile kite nak buat2 buta, pekak kak telinga..tgok je lah pakaian2 yg dipakai..kebnykannya menjolok mata

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics