Hakim pon penat gak,tak abis-abis kisah artis saman menyaman! Kes saman terhadap rakan kongsi restorannya Datuk Azlina Che Abdullah mungkin akan diselesaikan diluar mahkamah selepas hakim Datuk Lim Yee Lan memerintahkan mereka berdua menghadiri sesi mediasi dan merekod kan terma penyelesaian.Sheila dan Azlina yang berpegangan tangan masuk ke kamar hakim sementara peguam masing-masing hanya menunggu di bilik mahkamah.
Selepas pertemuan itu Sheila memberitahu yang mereka akan cuba menyelesaikan kes saman itu secara baik,Dalam saman itu Sheila menuntut Datuk Azlina untuk membayar gantirugi sebanyak Rm55,000 yang dimasukkan sebagai modal ke dalam perniagaan itu,keuntungan dari 1 sept hingga 30 sept 2005,kos keuntungan masa depan,gantirugi am,gantirugi teladan,gantirugi teruk dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Mengikut perjanjian lisan diantara Datuk Azlina dan Sheila,Sheila dikehendaki mempromosikan restoran itu kepada teman wartawan,artis dan orang ramai sementara Datuk Azlina mengendalikan penyedian resepi dan hidangan utama restoran itu.Pada 30 sept 2005 Sheila yang ke restoran itu mendapati ianya telah ditutup oleh Datuk Azlina dan Datuk Azlina membuka restoran baru bersebelahan dengannya.Datuk Azlina dalam pembelaannya mengatakan yang Sheila telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakan kongsi dan kegagalan Sheila untuk meneruskan operasi restoran itu semasa gilirannya.
Elok lah kalau nak selesai luar mahkamah,siap pegang tangan pulak tu! Hehehe pertanda baik tu,nak musuh pon buat apa? Ni mesti kes hari raya aritu dan bermaaf maafan nih! Hakim pon naik muak nak melayan artis Malaysia ni! Asik-asik saman! Lepas ni lagi banyak saman dari artis kita! Patot la kepala hakim yang bertugas tu botak licin! Wakakakka...
2 comments:
kan manis kalau si datuk hajah siti nurhaliza pakai tudung cmni...bkn mcm potpouri tu
mmg manis..manis macam maey..haha
Post a Comment