Feb 16, 2010

Budak-Budak Kecik Ajak Sheera@Halimah Jongang Kahwin!

Kuat betol penangan drama popular Halimah Jongang ni! Sampai ada budak-budak kecik yang sanggup offer untuk mengahwini Sheera yang memegang watak sebagai Halimah Jongang! Kahwin lari ke dik? Dah sunat ke belum? Kahkahkah..Dasat-dasat budak zaman sekarang,makan minum mak abah suapkan lagi dah pandai nak ajak awek cute macam Sheera ni kahwin eh?

Sheera terkejut bila ada kanak-kanak yang memberitahunya yang dia sanggup menikahi Halimah Jongang bila dia sudah dewasa nanti! Hehehe Time tu Halimah Jongang yang kau suka tu gigi pon dah takde dik oii! Muke dah berkedut,rambut dah putih! Sanggup ke? Hihihihi..Sheera juga merasa bangga bila drama lakonannya bersama Pierre Andre mendapat sambutan hebat dari penonton dan rating yang baik.
Sheera juga mahu dikenali ramai mulai sekarang dan sedar yang ramai peminat cuma mengetahui yang dia adalah anak kepada Aznah Hamid dan Halimah Jongang tetapi bukan nama sebenarnya!

Biasa lah tu Sheera,Rokku sendiri taktau sapa nama minah yang berlakon sebagai Betty didalam siri Ugly Betty di Star World tu! Huhuhu..Dah lama dalam industri dan banyak hasilnya macam Aznah Hamid nanti barulah orang akan kenal siapa Sheera yang sebenar!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics