Feb 12, 2010

Hans Isaac Dilayan Bak Artis 6 Bintang Di Filipina!

 
Hans Isaac yang baru-baru ini ke Filipina sebagai pelakon filem Miss You Like Crazy yang diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina yang merupakan nama pengarah terkemuka di Filipina,turut menghangatkan filem tersebut adalah Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz. Filem Miss You Like Crazy ini akan ditayangkan di 130 pawagam seluruh Filipina,Amerika,Canada dan India!Dasat!!

Paling powderful bila Hans Isaac diberikan layanan macam superstar Hollywood! Dia diberikan kereta mewah sepanjang masa pengambaran dan penginapan 6 bintang serta seorang pembantu peribadi! Dasat!! Kalo macam tu Rokku nak pergi Filipina dan berlakon kat sana,nak rasa layanan macam tu jugak! Kalo kat Malaysia mimpi lah nak dapat macam tu.

Teman rapat Rokku yang berada di Filipina pernah berkata yang artis-artis Filipina memang demanding tahap gaban! Sampai hilang hormat teman Rokku itu kepada mereka yang melayan pembantu-pembantu mereka macam sampah saja.Mungkin jugak produksi Filipina sudah terbiasa dengan keperluan menyediakan perkhidmatan kelas mewah bagi artis yang terbabit,cuma kita orang Malaysia ni je yang terkejut beruk bila dapat layanan macam tu..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics