Feb 14, 2010

Nabil Bakal Disaman Producer Filem Lu Pikir La Sendiri!

Haaa..Kan Rokku dah cakap,perbuatan mengutuk filem terbaru lakonannya bersama Puteri Sarah Liyana dan Mila AF boleh membawa tanggapan buruk peminat dan membuatkan kita semua malas nak layan filem Lu Pikir La Sendiri yang sangat hampes seperti kutukkan hero filem tersebut Nabil! Padah menanti Nabil bila producer filem tersebut sedang meneliti apa tindakan undung-undang yang boleh diambil terhadap Nabil disebabkan keceluparannya yang mengkritik filem itu ketika ditanya oleh wartawan hiburan semasa tayangan perdana Lu Pikir La Sendiri baru-baru ini.

Dah sah-sah kau tu hero Nabil!Yang kau kritik kaw-kaw filem tu sebelum tayangan bermula apa pasal? Tak hormat ke kat producer yang dah keluarkan bajet berjuta-juta untuk produksi,bayaran pelakon dan promosi filem tu? Kalau bajet kau yang keluarkan takpe gak! Rokku awal-awal lagi dah rasa kesian kat Datuk Suhaimy Othman yang menerbitkan filem ni dan mengeluarkan jutaan ringgit bagi memastikan filem ni berjalan lancar,dia terpaksa menanggung malu akibat kritikan Nabil dan membuatkan semua orang yang bersemangat nak menonton dan exited menjadi layu seperti teratai layu ditasik madu.

Skang dah kena saman,sapa patut disalahkan?Kita ambil contoh filem Adnan Sempit yang mendapat kritikan gila babun dari semua pihak tapi akhirnya apa jadi? Filem tu meletup-letup macam mercun Gong Xi Fa Chai malam tadi dan untung besar! The thing is orang tak kisah kalau wartawan yang kutuk sebab itu dah sangat biasa terjadi! Filem yang kena puji kutipan pon yang ado! Yang kena kutuk untung melambung-lambung pulak,tapi jangan lah sampai pelakon sendiri yang mengutuk dan mengkritik plus pada masa yang paling tak sesuai iaitu sebelum tayangan dimulakan disemua pawagam! Hmm..Rokku pon dah penat nak kritik biar lah korang pulak yang kritik.

2 comments:

BubuPrincess_96 said...

bt0l3.. apalaa nabil ni,, x sayang mulut betul.. kan daa kena saman.. tuu arr.. mulut x de insurans.. hu3

jum terjah said...

kerana mulut......

huhuhu...

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics