Feb 23, 2010

Fahrin Mahu Selesai Secara Baik Tetapi Linda Onn Pula?

Persatuan Seniman adalah antara pihak yang beriya-iya mahu Fahrin dan Linda menyelesaikan konflik dan kekusutan yang membawa kepada tindakan Fahrin menyaman Linda ke mahkamah,Fahrin nampaknya masih membuka ruang dan peluang bagi Linda untuk bersama-sama menyelesaikan pertikaian ini diluar mahkamah tetapi Fahrin menegaskan yang saman yang dibuatnya terhadap Linda akan tetap berjalan sekiranya Linda tidak memberikan kerjasama diatas usaha damai yang dijalankan oleh Seniman.

Fahrin menegaskan yang tindakan saman itu diambil bukan kerana marah dan sebab peribadi tetapi kerana dasar professionalisme,kerjaya,nama baik serta sumber rezeki Fahrin yang terjejas akibat kenyataan Linda.Rokku faham sangat apa yang sedang bermain dikepala Linda sekarang,Linda mungkin akan berkeras untuk membiarkan kes ini dibawa ke mahkamah demi untuk membuktikan kebenaran.

Rokku itu tidak salah sama sekali! Itu hak Linda,mungkin juga Linda merasakan jikalau dia menyelesaikan diluar mahkamah maka banyak pihak yang akan melihat beliau sebagai pihak yang salah dan Fahrin adalah pihak yang benar!Jadi tindakan Linda yang berdiam diri diatas usaha damai yang cuba dilakukan pihak seniman bolehlah kita anggap sebagai jawapan yang Linda tidak mahu kes ini diselesaikan secara baik!
Bukan maruah serta nama Fahrin saja yang diperjudikan didalam hal ini,tetapi maruah dan nama baik Linda juga terbabit sama.Rokku cuma mengandaikan kemungkinan,Who knows mungkin juga Linda mahu perkara ini diselesaikan diluar mahkamah dan mengakhiri pertelagahan ini.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics