Feb 19, 2010

Saya Tidak Restu Perkahwinan Shidee Dan Siti!

Hmm..Tu suara ibu kepada Siti Fairunnisa Aziz 22 yang meluahkan kemarahannya yang sakit hati apabila dikatakan perkahwinan Shidee 51 dan Siti tidak mendapat restu darinya! Jamilah 47 ibu kepada Siti menegaskan yang anaknya Siti lari dari rumah sehelai sepingang dan mengatakan Shidee bukan lah seorang lelaki yang boleh menjadi suami yang baik!Jamilah membuat laporan polis tetapi disanggah anak nya sendiri apabila Siti mengatakan yang dia berkahwin dengan kerelaannya sendiri!

Jamilah menambah tabiat Shidee yang suka berjudi membuatkan dia terpaksa menanggung kerugian dan bisnesnya lingkup.Tiada rombongan merisik atau meminang dihantar Shidee dan Jamilah cuma dimaklumkan tentang pernikahan itu 2 hari sebelum tarikh mereka berdua akan dinikahkan! Itupun Jamilah mengetahuinya dari rakan Shidee dan mereka mengatakan yang dia tiada hak untuk menghalang pernikahan tersebut.HUH? Jamilah turut mengatakan yang wali Siti iaitu adiknya telah diugut oleh Shidee dan rakan-rakannya selepas enggan menjadi wali,nak tak nak adiknya terpaksa menjadi wali untuk pernikahan tersebut!
Jamilah turut mempersoalkan bagaimana Shidee mampu untuk menyara anaknya dan menjadi suami yang baik kerana dia tidak mempunyai kerja tetap.Aikk nak makan batu saje ke Shidee? Hihihi..

Well,itu kata mak Siti dari apa yang Rokku dengar dari angin sepoi bahasa yang bertiup bak halilintar membelah bumi dikatakan Shidee sebenarnya bercinta dengan Jamilah dan bukannya anak Jamilah! Ayyaarrkk!! Pengsan wa dengar benda ni,Jamilah kononnya patah hati lah disebabkan Shidee memilih dan membawa lari anaknya sekaligus mengkhianati pertolongan Jamilah yang selama ini membantu Shidee.
Ntah lah,bercinta dengan mak,kahwin dengan anak! Hebat tak? XD

1 comment:

Anonymous said...

sapa beliau ni? tak kenai laaaa

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics