Feb 17, 2010

Rabecca Nur Al Islam Buat Suntikan Bagi Keluarkan Susu Badannya..

Adehhh..Tak pernah lagi Rokku dengar ade orang yang masih dara buat suntikan bagi membantunya mengeluarkan susu badan demi anak angkat tersayang! Serius,ni lah first time seumur hidup ni Rokku dengar ade rawatan untuk mengeluarkan susu badan walaupun belum pregnant! Kehkehkeh.
Rabecca yang mempunyai seorang anak angkat yang berusia 2 tahun sanggup melakukan semua itu dan bersakit-sakit dek kebengkakkan buah dadanya akibat rawatan itu demi Nor Adam Daniel yang somel macam baby kiko itu.

Selepas saja mendapatkan Adam terus Rabecca berniat mahu menyusukan sendiri buah hati pengarang jantungnya itu dengan buah dadanya.Huahuahua..dan mengaku amat teruja untuk menyusui sendiri anak angkatnya itu.Dia juga tidak mengalami sebarang komplikasi selepas mendapat suntikan itu dan cuma dadanya saja yang bengkak kerana proses pengeluaran susu tersebut.

Dia mengakui tidak pernah terbeban dengan pengambilan Adam sebagai anak angkat dan jika ada masa terluang pasti akan dihabiskannya bersama-sama.Semasa dia mengambil Adam dia berjanji untuk tidak menyusahkan ibu dan pembantu rumahnya kerana mahu menjaga Adam sendiri dan tidak mahu membebankan pihak lain.

Rokku respect giler ahh dengan Rabecca! Dia sanggup melakukan semua ini demi anak angkatnya dan menunjukkan sifat keibuan yang bertaraf 5 bintang! Hekhekhek..Dah besar nanti Adam kena ingat jasa ibu angkat yang sangat menyayangi dan berkorban deminya! Banyak jugak yang Rokku dengan kisah anak angkat tinggalkan ibu dan bapa angkat yang sedang sakit begitu saja! Banyak jugak kisah ibu dan bapak yang meninggalkan anak mereka di tempat buangan sampah begitu saja! Sampai kena bakar baby tu..
Hmmm..Dunia ni macam-macam yang akan berlaku,yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.!

1 comment:

abc said...

gebunya pipi adam uhhh... nk cubit2 je,, keh3

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics