Feb 18, 2010

Kos Filem Hanyut Rm16 juta?

Filem Hanyut yang bakal diarahkan oleh pengarah prolifik negara U-Wei yang pada mulanya dikatakan akan menelan belanja sebanyak Rm25 Juta tetapi menurut sumber yang lebih sahih Rokku mendapat tahu yang filem yang diadaptasi dari novel Almayer Foley ini akan menelan belanja sekitar Rm16 Juta dan bakal menampilkan pelakon terkenal Malaysia dan Indonesia dan juga bintang Prison Break Chris Vance! Wah kurmak,Prison Break memang favorite Rokku dan untuk melihat Chris Vance melakonkan filem sehebat Hanyut adalah sesuatu yang sukar hendak dipercayai.

Kali terakhir filem berbajet melebihi Rm10 Juta dihasilkan adalah filem Puteri Gunung Ledang dan hasil kutipan dipawagam adalah sekitar Rm2 juta sahaja! Berbaloikah menghasilkan filem semahal Hanyut dan mengambil risiko yang amat besar dengan penerbitan se mega ini.? Apa yang Rokku tau dari segi debaran dan sifat ingin tahu kita semua membuatkan ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan filem epik ini! Korang jangan lupa pergi pawagam dan support filem Malaysia ok!

Hanyut mengisahkan tentang seorang pedagang inggeris yang berdepan banyak suka duka semasa di Borneo sekitar kurun ke 19,Impiannya untuk mencari lagenda gunung emas berdepan banyak cabaran dan karenah isteri,kuasa penjajah,ketua suku kaum Borneo,pedagang arab serta kisah cinta anaknya Nina(Diana Danielle) yang menaruh hati terhadap seorang putera melayu Dian Maroola( Adi Putra).

Almayer(Chris Vance) yang mengahwini seorang wanita betawi,Mem (Sofia Jane) dan menghantar Nina anak mereka untuk belajar disingapura supaya Nina membesar dengan nilai kebaratan.Namun apabila Nina kembali ke pangkuan Almayer,darah kemelayuan Nina masih kuat dan membuatkan dia jatuh cinta dengan Dian Maroola.Ibunya Mem yang menyokong percintaan mereka tidak membantah hasrat Nina untuk melarikan diri bersamanya.Almayer cuba menyakinkan Nina yang Dian Maroola adalah musuh dan bukannya seseorang yang patut dijadikan suami namun gagal.Apa yang bakal terjadi seterusnya itu korang kena tunggu sampai filem ni siap! Hehehe..Mintak-mintak sukses lah filem Hanyut yang bakal mengegar pawagam tanah air tidak lama lagi eh!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics