Alah siannyer sayang Rokku Tiz Zaqyah tercinta ni,tertekan dengan gosip yang sedang hebat melanda dirinya mengenai ura-ura dia berbau arak dan menghisap rokok.Umum tahu kehadiran Tiz kedalam industri hiburan tanah air dengan membawakan watak gadis idaman malaya iaitu Nur Amina bagi drama popular Nur Kasih yang pernah ditayangkan di tv3 dan dengar bakal difilemkan tidak lama lagi.
Tiz mengakui hati dan perasaannya tertekan dengan gosip sebegitu yang membawa nama buruk bukan saja kepada Tiz tetapi juga kepada keluarganya.Tiz dilihat seperti seorang anak gadis yang nakal dan ada saja pihak yang cuba mencari salah dan silapnya.Tiz menambah saya hanya mampu bersabar dan saya tahu lama kelamaan cerita buruk ini akan senyap juga.
Keluarga banyak memberikan sokongan moral kepadanya didalam menghadapi kontroversi ini,Tiz juga sedar akan sikap peminat yang mahukan dia menjadi seperti Nur Amina didalam dan diluar drama tetapi saya adalah Tiz Zaqyah dan saya adalah diri saya.Ditanya mengenai Remy Ishak,Tiz menafikan gosip tentang percintaan mereka dan menegaskan yang Remy hanya seorang teman artis kepadanya.
Rokku nak cakap satu je,buat apa nak tertekan kalau anda dipihak yang benar Tiz,lalui hari-hari dengan penuh ketenangan dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku.Cakap-cakap itu tak boleh membunuh! Bak kata perpatah Anjing menyalak Gunung tak akan runtuh,Semua orang ada salah dan itu membuktikan yang kita ni manusia! Masih terlalu ramai yang mencintai dan meminati Tiz (Termasuk Rokku!).Huahuahua...
Macam mana nak lihat kebenaran jika tiada bukti? Cakap-cakap hanya mengundang spekulasi dan bukannya pengesahan yang sahih! Hidup dalam dunia artis ni ada banyak likunya,Tiz baru merasa sikit dan akan datang lebih banyak gosip dan spekulasi buruk yang akan melanda! Hadapi dengan tenang ok Tiz? :)
No comments:
Post a Comment