Feb 15, 2010

Artis Wanita Cuba Buruk-Burukkan Rozita Che Wan?

Rezeki masing-masing tapi pelik sungguh dengan sikap manusia yang terlalu cemburu dengan kesenangan orang lain ni! Itu lah yang menimpa Rozita Che Wan bila ada dikalangan artis yang cemburu akan kejayaannya dan cuba memburuk-burukkan namanya!

Nak dijadikan cerita Rozita Che Wan berjaya mendapat tawaran untuk menjadi duta bagi sebuah produk aksesori terkenal iaitu Avon,Ada artis yang cuba menjatuhkannya dengan memburukkan nama Rozita Che Wan kepada orang kuat syarikat tersebut! Rozita mendapat tahu cerita sebenar apabila orang kuat syarikat tersebut memberitahu perihal kejadian itu kepadanya.

Rozita yang terkejut berkata dia mengenali artis wanita itu tetapi tidak lah terlalu rapat,cuma kenapa dan apa motif artis wanita itu memburukkan nama Rozita?
Rokku rasa ni lah sebabnya industri seni kita ni penuh dengan macam-macam masalah! Bila orang dapat tajaan sikit cemburu,pakai kereta mewah sikit cemburu! Apa nak jadi? Kalau cemburu pon jangan lah sampai menjatuhkan nama baik orang lain,diam-diam sudah lah! Simpan dalam hati dan bertekad untuk menjadi setingkat lebih baik dari orang yang kita cemburui itu! Tanam azam dan bangkit melawan secara sihat! Pasal bomoh membomoh belum cerita lagi ni! Huahuahua.. Ragam Artis Malaysia macam tu la..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics