Feb 16, 2010

Isma Yusof Tidak Mahu Ambil Ganja Lagi!

Azma Aizal Yusoof itulah nama baru yang Isma Yusof berikan kepada Isma yang baru! Pulih dan kembali normal seperti orang biasa! Meninggalkan najis dadah dibelakang dan mahu menutup terus kenangan hitam ketika bergelumang dengan najis dadah.
Dia yang baru saja selesai menjalani proses pemulihan dadah di PUSPEN pusat pemulihan penagih narkotik tahun lalu dan turut ditahan diwad sakit mental di Pusat Perubatan Universiti Melaya kerana ada yang beranggapan yang dia mengalami tekanan mental!

Sepanjang berada di PUSPEN dia belajar untuk menjauhi dan lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri,keluarga serta mereka yang berada di sekelilingnya dan membuatkan dirinya semakin menghargai pengorbanan ibunya yang sentiasa berada dibelakang Isma ketika dia sedang bertarung dengan ketagihan dadah.
Semuanya berpunca dari tekanan kerja yang terlalu banyak,dan membuatkannya melepaskan segala tekanan dengan mengambil ganja! Ramadhan lalu mengajar Isma erti taubat dan membuka hatinya untuk meninggalkan najis dadah.

Oleh sebab tekanan melampau dia lebih suka mengurung dirinya didalam bilik dan cuma membuka pintu bila ibunya yang meminta dia berbuat demikian,masa-masanya dihabiskan dengan membelek naskah Tafsir Al Quran sehinggakan teman-teman beranggapan yang Isma sudah gila kerana sikap nya berlainan dan bertutur dengan mengunakan ayat dari Tafsir Al Quran.Rakan-rakan nya yang merasa pelik memanggil pihak berkuasa dan ibunya untuk membantu Isma pada ketika itu.

Dia yang kembali ke pangkal jalan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada lakonan dan keluarga kerana merasakan dia harus bertanggung jawab terhadap sumber pendapatan keluarganya.
Rokku berharap lebih ramai artis yang mengaku dan kembali kepangkal jalan seperti Isma,bukan kita tak tahu yang masih ramai lagi artis yang menghadapi ketagihan dadah dan masih lagi seronok melakukannya dan tidak mempunyai nawaitu untuk insaf dan meninggal kan dadah durjana itu!

Semua orang punya ruang untuk kembali ke dakapan masyarakat,mujur Isma didampingi mereka yang menyayangi dan mahukannya berubah dan insaf dari noda hitam yang membelenggu dirinya,dadah bukan suatu yang mudah untuk dilupakan! Rokku harap keinsafan itu berkekalan lah hendaknya ye Isma?

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics