Feb 12, 2010

Fahrin Raja Facebook Lelaki!

Tahniah Fahrin bila Fanpage Fahrin Ahmad mencapai 100,000 ribu peminat! Syabas Fahrin bukan senang nak dapat ramai fans kat Facebook ada artis yang cuma ada 3000 peminat tapi Fahrin dah lepas 100,000 ribu dan ini menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi dari peminat Fahrin yang setia disisi Fahrin dari mula hingga lah sekarang meskipun Fahrin dihimpit kontroversi 'Pukul' terhadap bekas aweknya si Linda dan Scha.

Rokku rasa tekanan yang dihadapi Fahrin sekarang mesti terlalu besar dan berat,kehadiran peminat yang ramai dan banyak memberikan kata semangat kepada beliau adalah salah satu cara yang dapat mengurangkan stress yang berselaput dikepala Abang Fahrin kita ni!

Korang jangan lupa become fan untuk Fanpage Ragam Artis di Facebook! baru sahaja seminggu lebih Ragam Artis dilancarkan sudah ada 32 Facebook Fans dan 3100 pelawat melawati blog yang sangat mentah ini! Thanks kepada kamu-kamu yang menyokong Ragam Artis! Rokku kiss korang ketat-ketat,Muahhh!!!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics