Feb 6, 2010

Nabil Kutuk Filem Lu Pikir La Sendiri! Siot Sungguh.


Pelik sungguh kenyataan si Nabil ni bila dia secara terang-terangan mengutuk,mengkritik,menghaktui kan filem terbaru lakonannya bersama Puteri Sarah Liyana dan Mila AF.Nabil mengkritik filem Lu Pikir La Sendiri dan mengatakan walaupun filem ini mempunyai jalan cerita sebenar kisah hidup Nabil namun dia merasakan impaknya kurang menyengat dan tidak sampai.
Kononnya filem Lu Pikir La Sendiri menceritakan 70% kisah hidup Nabil sebelum dia bergelar artis seperti kerja nya yang menjadi mat despatch,menjual ayam dipasar dan meniaga dipasar malam.
Nabil merasakan skrip Filem Lu Pikir La Sendiri lemah dan dia sendiri tidak paham akan jalan cerita skrip tulisan Aminah Rhapor itu.

Nabil ni terkenal dengan kehebatan dia membuat lawak-lawak spontan dan boleh membuatkan kita semua ketawa tak henti-henti,kenapa Nabil tak menolak saja skrip yang diberi dan meminta penulis skrip itu untuk merombak kembali kandungannya? Susah sangat ke? itu kan filem Debut Nabil?(Lu Pikir La Sendiri lebih awal difilemkan dari Sifu Dan Tongga) Lebih senang bila Nabil membantu dalam penulisan skrip dan memasukkan element lawak yang Nabil rasakan lebih memberikan ummpphhh!!

Rokku rasa sangat salah tindakan Nabil untuk bersuara selepas semuanya siap dan menunggu hari tayangan dan memberikan review yang negatif kepada penonton yang menantikan filem ini.Nabil sepatutnya menunggu selepas filem habis ditayangkan sebelum mengkritik.Kalo dah hero filem sendiri kritik sebelum tayangan, kita yang belum tengok ni mesti la rasa tawar hati nak tengok.Rokku rasa kesian kat penerbit filem ni sebab dah tentu filem ni failed dari segi kutipan kelak.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics