Feb 8, 2010

Dan Pengetua AF8 Adalah!!! ....

AF8 kembali lagi! malam-malam anda tidak akan seperti dulu,siapkan tisu sekotak setiap minggu untuk menyapu air mato korang yang bakal menangis kesayuan bila ada pelajar yang tersingkir dan siapkan muka yang pura-pura excited bila production team AF8 buat 'kejutan' nanti.Kehkehkeh

Pelajar-pelajar dah audition bagai nak rak,tapi pengetua dengan pengacara still belum dapat dimuktamad kan katanya,walaupun kita tau yang team production Astro dah dapat orang nya dan sedang bertungkus lumus nak cari idea untuk 'kejutan' para peminat AF nanti.Well.. sangat banyak nama yang disebut,Ramli MS,Sheila Majid,Dato Siti Nurhaliza,Norman KRU,Dato Sharifah Aini,Anita Sarawak dan ramai lagi.Dalam banyak-banyak calon ni Rokku cuma suka seorang yang Rokku rasa patut dapat title pengetua untuk musim baru ini iaitu Norman Hakim ehhh...Norman KRU!

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai Norman KRU adalah calon favorite yang bakal mengisi kerusi panas itu dan Rokku sokong 120% keputusan ini,kalau perubahan yang dicari AF8 maka pemilihan Norman KRU adalah tepat! Bukan saja dia merupakan seorang usahawan industri seni tanah air yang berjaya tetapi Norman KRU juga merupakan seorang pemikir kreatif dalam segi star quality,strategi dan apa yang diperlukan budak-budak mentah diluar sana tu untuk berjaya menjadi artis yang terkenal.Dia mempunyai syarikat rakaman sendiri dan peluang bagi bakal pelajar AF8 untuk bernaung dibawah KRU adalah amat cerah selepas Astro menutup Meastro Talent And Management yang merupakan payung dimana lepasan pelajar AF dikumpulkan.

Rokku harap siapa pun dipilih esok( Selasa 9 Feb 2010 ) bakal menjalankan tugas dengan baik dan membantu anak didik mereka terus maju kedepan dan bukan ditinggalkan terkontang kanting sahaja.Rokku tabik Tiara Jacquelina yang berterusan membantu dan mendidik anak murid nya semasa di AF7 dahulu.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics