Akibat pertelagahan dengan boss produksi filem Dua Alam yang dikatakan masih belum memberikan bayaran kepadanya Hairie Othman telah membuat satu laporan polis terhadap Dr Movie Production Sdn Bhd.
Dia juga menafikan telah menghuru-harakan penerbitan filem tersebut dengan mutu pengarahan yang teruk!
Dia mengatakan bahawa filem tersebut telah diselesaikan dengan baik dan lebih awal dari tarikh akhir yang ditetapkan,Hairie juga kecewa dikatakan sebagai pengarah yang kurang baik dan tiada pengalaman dan berkata laporang polis itu dibuat berikutan kegagalan pihak atasan produksi filem tersebut untuk menyelesaikan bayaran kepadanya dan berberapa lagi pihak yang terbabit menjayakan filem ini.
Tempat Hairie juga telah digantikan oleh pengarah baru Ed Zarith Lokman yang merupakan anak kepada pengarah terkenal sekitar 70an dan 80an iaitu Z Lokman,Hairie turut menpertikai kan sikap produksi yang suka mencari kesalahannya dan menuduh pihak produksi tidak mahu berbelanja lebih untuk menyiapkan filem ini.Rokku rasa agak terkejut bila mendengar dakwaan Hairie kerana setahu Rokku filem ini diterbitkan oleh jutawan-jutawan yang berduit! Kenapa pulak muncul dakwaan tidak mahu memberikan bajet lebih kepada Hairie dan gagal membayar Hairie?
Kalau pihak produksi merasakan Hairie tidak berkemampuan untuk mengepalai dan mengarah filem ini kenapa tidak dari awal saja dia diganti dengan mereka yang lebih berkaliber?Boleh jadi ini semua merupakan satu cubaan mendapatkan publisiti hangat untuk filem dan kalau itu yang mereka cuba lakukan maka Rokku ucapkan Good Luck!
No comments:
Post a Comment