Feb 18, 2010

Dr Romzey Bakal Saman Hairie Othman!

Semakin melarat pulak kes filem 2 Alam yang diarahkan 2 pengarah dan ada 2 cerita berbeza dari pihak produksi dan Hairie Othman mengenai kes lewat memberikan bayaran kepadanya dan berberapa crew penerbitan walaupun Hairie dikatakan telah menyiapkan filem itu lebih awal dari tempoh yang diberikan producer filem 2 Alam.Dr Romzey menafikan dakwaan Hairie dan mengatakan bahawa pelakon-pelakon telah pun mendapat bayaran awal secara tunai!

Makin parah bila Imran Ismail yang juga penerbit bersama Dr Romzey telah memberikan amaran yang mereka tidak akan teragak-agak untuk menyaman Hairie sekiranya ada komen-komen Hairie kepada pihak media yang berbaur kurang enak dan boleh menjejaskan sebarang lebel Dr Romzey dan Dr Movie Production! Sekiranya Hairie melakukannya dia perlu menarik semula kenyataannya dalam masa 24jam atau berdepan dengan saman dari pihak Dr Romzey.

Apa pun dari segi hype memang filem ni mendapat gegaran jugak lah,dari tajuk filem 2 Alam membawa kepada sasaran 12 juta ringgit yang ditetapkan!Huhuhu..Bagi Rokku ni nak capai sasaran 12 juta  bukan senang,mungkin senang lagi nak mendaki Gunung Everest tapi nak capai 12 juta dengan jalan cerita kontroversi macam filem ni boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan.Mana lah tau ada keajaiban berlaku dan sasaran tersebut dapat dicapai maka kalau itu terjadi Rokku akan makan epal untuk 1 hari tanpa melantak sesuap nasik! Kehkehkeh..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics