Feb 17, 2010

Yusry Memilih Soal Kekasih.

Yusry mengaku kadang kala terasa kesunyian menerpa dirinya namun kesibukkan menghilangkan perasaan sunyi  yang bersarang dilubuk hatinya itu.Hehehe..Pernah jugak kita mendengar Yusry dikaitkan dengan ramai selebriti yang berkerja dibawah arahannya tetapi akhirnya senyap tanpa sebarang tanda sahih yang mereka sedang bercinta.

Yusry menambah bohong lah kalau dirinya tidak merasa sunyi tetapi sekarang dia lebih senang hidup sendiri dan berkerja keras untuk memajukan lagi perniagaan berasaskan hiburan yang dimilikinya bersama Norman dan Edry.Menginjak ke usia 37tahun dia mengaku yang pernah berdating dan cuba mendekati berberapa wanita solo tetapi masih belum bertemu seorang yang mampu memikat hatinya.Hmm..pelik jugak taste Yusry ni,nak wanita yang ala-ala siapa Yusry? Megan Fox ke? Huahuahua

Yusry mahu mengenali hati budi mereka yang bakal berdamping dengannya dengan lebih mendalam dan bukan main tangkap muat saja!Sekarang Yusry sedang gila berkerja dan soal teman bukan lah sesuatu yang penting dalam dirinya buat masa ini.Rokku ucapkan good luck untuk Yusry dan diharapkan dia mampu menghasil kan karya-karya yang lebih mantop dan dalam masa yang sama mendapat teman yang bukan saja mampu memahami kerjayanya tapi mampu melengkapi hidup Yusry didunia dan akhirat! Amin..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics