Feb 16, 2010

Ummi Nazeera Tinggalkan Malaysia..

Selepas di Dush-dush oleh bekas kekasihnya Remy Ishak,Ummi Nazeera mahu membawa hati yang lara ke Australia dan menyambung pelajaran dalam Mass Communication peringkat ijazah di Royal Melbourne Institute Of Technology selama 4 tahun dan akan ditemani ibu tersayang Datuk Maziah Musa sehingga Ummi boleh membiasakan diri dengan keadaan di Australia.

Ummi juga memohon maaf kepada semua pihak media kerana dia terpaksa menolak semua jemputan untuk ditemubual sehinggakan promosi filem Lu Pikir La Sendiri pon dia tidak mampu untuk memberikan komitmen.Tambahnya lagi dia sebenarnya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke New York tetapi memandangkan teman-teman Ummi di Melbourne beriya-iya mahukan Ummi ke sana sehingga sanggup membayarkan deposit penginapan rumah sewanya maka dia telah mengubah destinasinya dan memilih Melbourne.

Ummi juga mahu mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang juga merupakan usahawan berjaya dan mahu merahsiakan jenis perniagaan yang mahu diceburinya.Ummi juga tidak berhasrat untuk meninggalkan dunia seni kerana cintanya kepada seni lakonan terlalu besar dan masih ada 2 filem yang masih belum ditayangkan yang menampilkan Ummi.

Ditanya tentang kontroversi di Dush-dush! oleh Remy ishak Ummi tidak mahu untuk terus mengingati kisah lalu dan mahu terus kehadapan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya.Rokku ucapkan selamat berjaya kepada Ummi Nazeera dan bawa pulang segulung ijazah dengan pointer yang gemilang terbilang dan cemerlang! Buang tabiat buruk yang ada didalam diri dan kembali ke Malaysia sebagai orang yang baru! Ummi Nazeera yang baru!

3 comments:

Anonymous said...

alamak rokku..sjibik2 ayat dr paper.. Ehe

Rokku said...

tak semua orang baca paper..
sekali sekala copy paste..kahkahkah

lynnzay said...

aku baca dowh..ekekek

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics