Feb 25, 2010

Sharifah Shahira Dan Kak Engku Pengacara ABPH 2009

Sharifah Shahira dan Kak Engku bakal mengendalikan ABPH 2009! Adakah anda excited? Huahuahua..Rokku kurang excited sikit pasal pemilihan ni,first of all both of them adalah pengacara yang selalu buntu walaupun dah ada skrip,especially Kak Shira kita tu! Bagi Rokku sepatutnya untuk event anugerah sebesar ABPH 2009 ni pengacaranya perlu balance,perlu ada feeder dan perlu ada killer! Tapi untuk gandingan Kak Engku Dan Kak Shira ni susah sikit nak cari keserasian,kehebatan dan kelawakkan mereka sebab tiada real killer didalam diri  mereka berdua ni.

Siapa gandingan yang sesuai untuk memantop kan ABPH 2009 ni? The Killer yang boleh menceriakan keadaan dengan lawak jenaka dan usikan tajam yang boleh menambahkan debaran dan warna warni acara sebesar ABPH 2009 ini? Rokku akan cuba listkan nama-nama besar yang boleh menghuru hara serta mengamatkan keadaan! Contoh satu Nabil,pemenang ABPH 2008 ini punya karisma dan idea yang cukup untuk membuatkan gandingan Shira dan Kak Engku bertambah tenaganya dan bukan hanya dipenuhi dengan teriakan yang menbingitkan dan pengacaraan yang kosong sahaja! Akhir pesembahan penonton tidak langsung akan berbicara tentang pengacaranya kerana keboringan tahap gaban yang dipersembahkan.Nabil boleh membantu dengan mencelah pada setiap dialog diantara Shira dan Kak Engku  dengan kreativitinya serta menukarkan acara bebel Shira dan Kak Engku menjadi satu lawak yang disertai hilai tawa penonton!


Din Beramboi adalah satu lagi contoh pelawak killer yang boleh membantu Shira dan Kak Engku dengan lawak merapu yang tiada point tetapi mampu membuatkan orang ketawa sehingga keluar air mata dan segala air-air yang berkaitan! Huahuahua..Din Beramboi ada aura tersendiri yang membuatkan kita senang dengan lawaknya walaupun kadang kala lawak Din melampaui batas sedikit dengan menyelitkan kutukan dan carutan yang tidaklah keterlaluin.Tetapi itu lah ramuan untuk menceriakan suasana bosan dan Din jugak lah penyebab Rokku tak dapat tido bila asyik mendengar lawak sengal beliau bersama Aznil di Riuh Pagi Era! Huhuhu.. Aznil bertindak sebagai feeder sementara Din membunuh setiap satu persoalan yang dilontar Aznil dengan siri lawak yang super kelakar! Ditambah dengan Shira Dan Kak Engku pastinya gandingan mereka bertiga boleh mengangkat ABPH 2009 sebagai acara berprestij yang gilang gemilang dari semua segi pengacaraannya.

Contoh terakhir yang Rokku rasakan boleh membantu dua pengacara wanita tersebut adalah Abang Jem atau Salleh Yaakob! Huhuhu,Siapa tak suka dengan Abang Jem? Walaupun sesekali suara seperti orang yang mengantuk dihidangkan kepada kita pada setiap pagi di Radio Sinar tetapi dengan kreativiti dan aksi yang mantop Abang Jem yang bersahaja mampu membuatkan satu kereta,bas atau rumah bergelak ketawa di pagi hari!Sikap lawak yang selamba dan kemampuannya menukarkan dialog separuh kelakar Krill dan Kak Engku menjadi satu bahan yang sangat mengelikan hati adalah sesuatu yang sukar dicari! Abang Jem Juga pernah menjadi pengacara ABPH sebelum ini bersama-sama Kak Ogy dan kita dapat lihat dialog-dialog laser dan kureng dari Kak Ogy ditukarkan kepada lawak yang menciut hari oleh Abang Jem!

Rokku hanya menyebut berberapa nama,masih ramai lagi barisan pelawak baru yang mampu membantu pengacaraan malam gemilang ABPH 2009 seperti Zizan dan Johan yang boleh diselitkan pada masa tertentu untuk membantu menceriakan majlis,ini sekadar pendapat dari Rokku yang merasakan majlis anugerah sebesar ABPH 2009 ni perlu complete dari setiap segi dan ditambah dengan idea kreatif serta lawak yang berkesan dan bukan sekadar pengacaraan yang ok-ok sahaja.Bukan nak merendahkan kemampuan Shira dan Kak Engku tetapi ini adalah pandangan jujur dari Rokku yang tidak dibayar untuk meluahkan idea bagi memantapkan ABPH 2009. Carta undian yang Rokku anjurkan di blog ini nampaknya masih didahului Fara Fauzana! Wow..! Tiz Zaqyah mengekori dengan rapat tetapi trend undian menunjukkan hint yang Fara akan menang! Apa kata pembaca Berita Harian pula? Kita tunggu ABPH 2009 yang bakal berlangsung tidak lama lagi!

3 comments:

Anonymous said...

xnak dengar tutup telinga dan tutup tv..org suma suka....time abp nanti kau xyah tengok..

Anonymous said...

kak engku fans:

hello rokku..ganding itu adalah pemilihan berita harian lagi so awk nk mempertikai kan ke???dan lagi satu kenapa xpangil jer pangacara popular mcm farah dan aznil yg menang tiap tiap tahun..rezeki dek...saya sokong yg kt atas to.taknak dgr tutup telinga...xpayah buat hujah..sebab pilihan dah buat.setiap pengacara ada lebihan masing masing....ok..so nanti awak buat acara atau award awak sendiri dan panggil pengacara yg awak suka....ok.bye bye

Anonymous said...

wei rokko... rokku.. rokok... best ape gandigan kak engku n sharifah s... ngko x pyh la nak komen org... cermin ckit muka ko tu....!

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics