Feb 28, 2010

Ramai DJ AMP Radio Network Bakal Tinggalkan Astro

Starting dengan Seelan Paul dan Faizal Ismail yang meninggalkan AMP dan kini semakin ramai dikatakan bakal meninggalkan AMP kepunyaan stesen tv berbayar Astro mengikuti jejak langkah Fafau,Kieran,Halim dan Linda Onn.Alasan setiap perpindahan ini mungkin berbeza,contohnya Seelan keluar AMP kerana ditawarkan tempat sebagai boss di Hot FM,Linda Onn pula mengatakan dia kurang menjiwai rentak retro yang dibawa oleh radio Sinar dan Kieran yang mendapat tawaran berganda dari tv3 untuk menjadi DJ serta pengacara bagi rancangan yang pernah dikendalikan Halim iaitu Roda Impian.Tetapi kali ni dikatakan yang lebih ramai DJ dari radia berbahasa melayu AMP yang bakal mengucapkan good bye kepada AMP.

Sebabnya adalah ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan AMP memotong gaji DJ popular yang bernaung dibawah AMP kerana rating yang dikatakan jatuh.Sebagai balasan DJ radio kendalian AMP seperti Era,Sinar dan Xfm telah dipotong sehingga ada yang mencapai 50% cut! Huhuhu..Kalau Rokku kena 50% cut bagi gaji Rokku atas sebab rating saja memang Rokku akan hangin satu badan macam diorang gak.Bayangkan lah Era masih no 2 dibelakang Hot Fm dan Sinar pula berada ditempat ke 3! Teruk sangat ke rating tu? no 2 dengan no 3? Turun sikit je terus kene potong? Huahuahua..

Apa yang boleh Rokku katakan adalah dari pandangan Rokku menang sudah kurang kicknya radio dibawah AMP terutamanya Era.Best lagi dengar Sinar dari Era dan sebab tu lah rating Sinar makin melambung-lambung.Era kurang auranya bila lepas segmen Riuh Pagi yang dihura harakan oleh Din Beramboi dan Aznil! Masuk je time DJ lain untuk kendalikan segmen seterusnya terus jadi yang ado! Melepaskan Linda Onn ke Sinar might be keputusan yang memotong leher sendiri oleh AMP apabila bestnya mendengar Linda pada waktu petang tiba-tiba berubah dan membuatkan radio Era jadi suam-suam kuku saja.Tambah pulak gaji kena potong! Makin suram lah suara DJ yang suram tu.Hakhakhak..Apa pun kita tunggu dan lihat siapa yang bakal berpindah keluar dari AMP Radio Network selepas ini.

2 comments:

Anonymous said...

Paknil nak tinggalkan Era ke Rokku?

Rokku said...

tkde ahhhh...DJ lain ahh..yang suam2 kuku..gaji kene potong..paknil tk kene potong..huhu

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics