Feb 9, 2010

Norman KRU Pengetua,Jimmy Dan Sarimah Pengacara Bersama..

Tak salah lagi info yang Rokku dapat dan baru saja disahkan Norman KRU sebagai pengetua baru AF8 dan pemilihan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley sebagai pengacara bersama juga telah diumum kan oleh Astro.
Norman KRU yang berpengalaman luas serta mempunyai kaliber yang tidak dapat disangkal mengetepikan berberapa lagi calon favorite antara adalah Anita Sarawak,Dato Sharifah Aini dan Ramli MS.

Norman diumumkan bersama-sama nama cikgu-cikgu yang bakal bersama dibawahnya di Hotel Hilton Kuala Lumpur malam tadi,pengunduran AC Mizal membuka jalan bagi pengacara popular Jimmy Shanley dan Sarimah bagi mengantikan kerusi panas pengacara-pengacara AF sekaligus menutup spekulasi kembali nya pengacara nombor 1 negara Aznil Hj Nawawi ke AF8.

Antara nama-nama yang turut menjadi kejutan adalah pemilihan Que Haidar sebagai Guru/Jurulatih Drama bagi pelajar-pelajar AF8 dan kembalinya isteri kepada Que iaitu Linda Jasmine sebagai Guru Seni Tari serta Adnan Abu Hasan sebagai Guru Persembahan Vocal.
AF8 mengekalkan Siti Hajar sebagai Guru Teknik Vocal dan juga cikgu favorite penonton dan pelajar sejak sekian lama Fatimah Abu Bakar sebagai Guru Kaunseling Dan Bahasa Inggeris.

Rokku dapat rasakan AF8 boleh menjadi 'bach' terbaik yang pernah dihasilkan oleh Astro,jika mutu dan kualiti yang diutamakan dan bukan lagi mencari bakat-bakat yang kononnya boleh 'jual'.

Aizat yang tersingkir awal,berbadan gempal dan tidak handsome itu akhirnya menjadi penyanyi paling banyak menjual lagunya di Malaysia,tenaga pengajar dan team produksi AF8 harus sedar yang penonton kini sudah bijak memilih dan in the end the one that stays within the industry is the most quality out of all.
Sediakan tisu banyak-banyak eh? XD

2 comments:

Fello de Caminero said...

kenapa tak bawak sekali anggota kru...

Guru tarian bagi kat kru posse!! Heheh

Rokku said...

Astro tak mampu nak bayar kot? hehehe

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics