Ni lah pertikaian mengenai kontrak,bayaran,royalti dan pengurusan paling mengelikan hati Rokku untuk 2010! Pertama bila Diana Danielle meminta bayaran hasil royalti lagu nyanyiannya bersama Imran Ajmain dan Nabil Raja Lawak,Awal-awal lagi Diana dah bersetuju untuk menyanyi secara percuma bagi membantu Imran tapi bila lagu Hanya Di Radio feat Diana dah malatop, tup tup Diana nak claim lak 'hak' dia,ape cer nih?Dah dari awal kompem nak tolong for free alih-alih mintak upah lak dikemudian hari.Macam anak buah Rokku pulak Kehkehkeh,tapi tak salah kalau Alibi Music memberi sagu hati kepada Diana betul tak? Takkan la royalti langsung tak dirasai Diana sedangkan Nabil dan Imran mendapatnya walaupun Diana bersetuju untuk menyanyikanya secara percuma.Bak kata perpatah 'orang berbudi kita berbahasa'.
Problem kedua bila Diana claim yang kalau nak sign dengan Alibi Music kena setuju untuk Alibi Music uruskan semuanya termasuk la kerjaya modelling dan juga lakonannya,aikkk? bukan Alibi Music tu hanya untuk music ke? Alibi Music menerusi KC Ismail sendiri dah menafikan yang mereka menetap yang Diana harus memberikan kuasa kepada mereka untuk menguruskan semua jenis kerjaya seni Diana.
Dengar cerita lagi yang lagu duet antara Diana dan Andra And The Backbone telah terperap saja kerana band dari indonesia itu kurang berpuas hati dengan mutu vocal Diana.Adehh malu gak kalau jadi kat Rokku Hehehehe.Ura-ura campur tangan ibu Diana yang keterlaluan juga menimbulkan masalah,Alibi Music mengatakan yang Diana dan ibunya mahukan layanan istimewa,hotel 6 bintang dan duit poket semasa di Indonesia turut dipenuhi pihaknya.Rokku rasa memang patut lah semuanya ditanggung oleh Alibi Music kerana mereka yang mengesa serta beriya-iya mahukan duet kolaborasi antara Diana dan Andra And The Backbone menjadi kenyataan.
Alibi Music menuduh Diana bersikap Demanding dan hanya mahukan market International,Rokku nampak sesuatu yang pelik dari komen balas Alibi Music ini,nampak sangat seperti mereka mahu memburuk-burukan Diana,isu Diana mintak royalti lagu,mahukan layanan istimewa dan lain-lain umpama membalas dendam kepada kenyataan Diana sebelum ini.
Rokku tak menyebelahi sapa-sapa dan Rokku lihat kedua-dua pihak ada salahnya.Diana bakat muda yang cute,manis dan multitalented and you are still very young Diana! Slow down sikit dalam apa-apa pun,bak kata Diana susah-susah sangat baik Diana keluarkan duit sendiri untuk Single pertama Diana nanti.
Lagi elok begitu dan makin ramai artis yang pandai berdikari dan makin lebat la rezeki nanti Insyaallah!.
1 comment:
makin berisi plak diana danielle ni aku tgk...tgk pipinye dh tembam sket, lengannye pon beso dh...
Post a Comment