Feb 23, 2010

Dr Romzey Bakal Terbitkan Filem Aksi Muay Thai!

Wahh,Rokku dengar je dah bersemangat! Filem aksi Muay Thai yang bakal mengabungkan dua negara iaitu Malaysia dan Thailand.Filem tersebut bakal menampilkan aksi pelakon Malaysia dan Thailand serta peserta The Contender Asia 2! Dr Romzey menyasar untuk mengedarkan filem ini ke Thailand dan ke pasaran antarabangsa!

Filem tersebut mengisahkan tentang seorang yang dipenjara dan disiksa oleh kumpulan banduan serta tidak dipedulikan oleh warden penjara,kumpulan banduan itu diberikan lampu hijau oleh warden penjara untuk membelasah banduan terbabit kerana sudah lama berdendam dengannya.

Filem Muay Thai ini berkisar tentang dendam kesumat,pergaduhan,pembunuhan dan kisah pengedaran dadah yang melibatkan sempadan Malaysia dan Thailand.Namun barisan pelakon-pelakon filem mega terbitan Dr Romzey ini masih belum diketahui dan dirahsiakan!

Ujibakat bagi filem tersebut bakal diadakan pada minggu ketiga mac di pejabat Herba Prima Marketing Sdn Bhd dan bakal memberikan peluang bagi pelakon-pelakon baru serta lama samaada popular atau tidak dan bakal dikendalikan oleh panel berpengalaman didalam industri perfileman Malaysia Imran Ismail.

Ni lah filem yang Rokku tunggu-tunggu! Aksi,pembunuhan dan konflik yang bakal ditampilkan didalam filem ini Rokku rasa akan membuatkannya box office! Ditambah dengan kelibat peserta The Contender Asia 2 yang menampilkan bakat Muay Thai dari seluruh Asia,Malaysia dan Thailand.Harap-harap kali ni Dr Romzey pilih lah pengarah yang betul-betul berpengalaman dan bukan pengarah yang hampeh dan suka menimbulkan kontroversi! Biar filem ni berdiri dengan review 5 bintang dan bukannya kontroversi murahan seperti yang terjadi sebelum ini.

4 comments:

Fello de Caminero said...

sapa dia nie?? Pergh... mantop...

Rokku said...

Dia lah jutawan produk pelansingan badan yang terkenal..huhuhu..
Skang mau jadi orang filem pulak..

Anonymous said...

NI FILEM SYOK SENDIRI KE APE NI HAHAHAHA...MEREPAK LAH

Anonymous said...

pengedar ubat nk bikin filem??POOOOODAAAHH~~~

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics