Apr 30, 2010

Amy Search Diperintah Bayar RM 18,000 Kerana Cuai


Masa first time dengar kisah kecuaian pekerja di Restoran Cheng Ho milik Amy Search yang menyebabkan seorang kanak-kanak yang juga pelanggan restoran melecur teruk meremang juga bulu roma ni.Bayangkan lah kanak-kanak berumur 2 tahun (Sekarang 4 Tahun ) melecur teruk dibahagian belakang badan.

Dah lama saman difailkan dan hari ini Mahkamah memerintahkan Amy Search membayar RM 18,000 kepada Nik Muhammad Zakwan (4) setelah bapanya Nik Zahir Nik Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy Search cuai didalam menjalankan perkerjaan sehingga menyebabkan belakang Nik Zakwan melecur teruk.Nik Zahir Nik Idris menamakan Amy Search sebagai defendan.

Hmm..Pekerja buat taik boss yang kena.Nak buat macam mana sebab boss jugak yang bertanggungjawab untuk memastikan pekerja dibawah jagaanya mengikuti langkah keselamatan yang tepat.Dah diperintah bayar kena lah bayar.Takpe lepas ni ada konsert besar Double Trouble kan abang Amy,Mesti masyukk..Takat RM 18,000 lelap mata je.

Apr 29, 2010

Elyana Segan Dah Makin Tembam


Ayaarrkk..Elok sikit rupa si Elyana ni bila Rokku tengok gambar dia yang dah makin chubby nih.Kalau nak bandingkan dengan dulu memang kurang menyelerakan sebab kurus sangat..Wakakaka..Taktau lah kan taste masing-masing,perempuan ni suka badan macam Amber Chia so takleh watpe lah kan.


Dah tembam ni dengar ceritanya si Elyana ni malu pulak kalau dijemput untuk sebarang sesi fotografi kerana badannya yang semakin gumuk itu.
" Saya akui yang sekarang ni saya kurang yakin dengan penampilan diri.Berat badan saya yang naik mendadak membuatkan saya mengelak dari terlibat dengan mana-mana sesi fotografi.Tapi ini tidak bermakna saya tidak melakukan sebarang aktiviti.Saya masih menerima undangan nyanyian dan baru saja mengacarakan sebuah rancangan masakan di RTM dan bakal ditayangkan tidak lama lagi."


Dari 51 kilogram berat badan Elyana telah naik mendadak kepada 62 kilogram.Elyana juga mengatakan yang selera makannya masih sama seperti dulu dan tidak pula dia makan secara berlebihan.
" Saya sudah berjumpa dengan doktor kerana takut dengan masalah kesihatan yang lain.Tapi doktor cakap tiada apa-apa masalah,mungkin kerana perubahan hormon." Elyana sekarang ditaja oleh gym terkenal Celebrity Fitness dalam usahan mengurangkan lemak berlebihan di perutnya itu.Kehkehkeh..

" Dulu saya pernah makan pil,tapi apabila saya berhenti mengambilnya,berat badan saya bertambah naik.Sekarang saya tak berani dan tidak mahu mengambil sebarang pil perlangsingan lagi." Tambah Elyana.
Rokku tengok ok je badan Elyana ni,Takde sebarang ketulan lemak berlebihan yang ketara Hahaha.. Mungkin jugak bagi perspektif perempuan,sedikit perubahan tu bermakna 'Kami Sudah Gemok'! kalau sudah kamu berfikiran begitu,Tak dapek den nak nolong..

Apr 28, 2010

Bunga Citra Lestari Hamil 4 Bulan


Dah lama spekulasi tentang Bunga Citra Lestari sedang hamil ni bermain-main di media Indonesia,tetapi baru sekarang pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari mengakuinya.
Benda baik pun nak sorok-sorok lah diorang ni! Dengar cerita jugak semalam Dynas telah selamat melahirkan baby perempuan,tapi sebab gambar belum ada Rokku malas pulak nak tulis.Hehehe..

Berbalik kepada kisah kehamilan Bunga Citra Lestari ni,sejak hamil ni dengar ceritanya Bunga Cerita Lestari asik nak melantak Mee Ayam je,Kat indon je ade kot? Biasa lah kan orang tengah mengidam.
Abis satu Jakarta dijelajah oleh Ashraf dan Bunga Citra Lestari untuk mencuba Mee Ayam yang paling sodap sekali untuk menunaikan hajat Bunga Citra Lestari yang sedang sarat mengandung.

Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair turut mengadakan kenduri doa selamat diatas kehamilan ini namum hanya keluarga terdekat saja yang dijemput.Turut dijemput adalah berberapa kumpulan anak yatim ketika kenduri doa selamat itu berlangsung.

Mesti interesting bila anak diorang dah lahir nanti,nama anak diorang jadi macam mana pulak nanti.panjang berjela macam ibunya ke atau nama ala-ala melayu malaysia seperti nama ayahnya.Jangan berentam sebab berebut nak kasi nama dah la eh? Rokku plak tingin nak melantak Mee Itik ni,Sapa nak belanja!

Apr 27, 2010

Gambar Baby Terbaru Eizlan Yusof


Zareef Yusof nama baby somel ni milik pelakon Eizlan Yusof dan isteri Vie Shantie dan telah selamat dilahirkan pada 23.4.2010 di UMRA Specialist Center Shah Alam.Sebelum ini pasangan Eizlan dan Vie juga mempunyai seorang anak perempuan Zaara.Kali ni dapat lelaki pulak,Rokku suka tengok cara diorang berdua ni di Facebook.Vie Shantie dan Eizlan memang selalu beromentik-romentik kat FB dan selalu jugak layan Mafia Wars! Hahaha..
Dah sepasang dah sorang perempuan sorang lelaki,mana lah tau nak tambah lagi lepas ni.Kasi 5 6 orang lagi ke..Hehehe..Tahniah sekali lagi Rokku ucapkan kepada Eizlan dan Vie dan untuk korang tataplah gambar-gambar nih!


Atilia Rugi RM30,000 Rumah Di Pecah Masuk


Kesian Atilia bila banyak barang-barang yang mempunyai nilai sentimental baginya hilang apabila kondominium miliknya di Metropolitan SQ Damansara Perdana dipecah masuk.Atilia dikatakan kerugian hampir RM 30,000 setelah komputer riba,kamera digital dan 10 utas jam tangan berharga dan berjenama dicuri.

Semasa kejadiaan Atilia tidak berada dirumah dan menyedari rumahnya telah dipecah masuk pada malamnya.Atilia juga mengesyaki yang rumahnya dipecah masuk oleh seseorang yang dikenali olehnya.Hmm.. Sape tu Atilia? Pak Guard Nepal tu ke? Kehkehkeh..Setelah pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam,Atilia mendapati rumahnya berselerak dan terus membuat laporan polis serta melaporkannya kepada pengurusan kondominiumnya.

Paling Atilia sedihkan adalah kehilangan jam tangan berjenama Raymond Weil kepunyaanya yang juga merupakan hadiah istimewa dari seseorang.
" Nasib baik pencuri itu tidak mengambil duit dan barang berharga yang lain.Susah saya nak luahkan tentang insiden yang berlaku ini.Mungkin sudah ditakdirkan nasib saya kurang baik pada hari itu.Tambahan pula ia pertama kali berlaku kepada saya.Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang lain " Ujar Atilia.

Sabar lah Atilia,Biar barang yang hilang jangan awak yang menjadi mangsa.Atilia cakap orang yang dikenali yang buat onar dikediamannya itu.Mungkin jugak suspek yang bermain dikepala Atilia telah pun Atilia beritahu kepada pihak polis.Kalau dapat tangkap pun rasanya takde harapan nak dapat balik barang-barang tu.Pencuri tuh awal-awal dah lelong kat E Bay atau Mudah.com kot? Huhuhuhu...

Apr 26, 2010

Gambar Dato Siti Nurhaliza Di Starbuck Sambil Layan FB


Boleh caya ke Dato Siti Nurhaliza lepak kat Starbuck sambil menikmati Wifi percuma macam orang lain? Huhu Pelik je kan? Tak kena serbu dengan peminat ke,baru je nak surf internet terus kena serbu dengan orang-orang yang nak mintak autograph! Dah nama pun Dato Siti Nurhaliza,Dari indon sampai lah ke orang nepal pun kenal dengan dia.Tapi dalam gambar ni takde pulak orang mengacau eh? Starbuck kat Zimbabwe kot ni..Kehkehkeh..
Comel je laptop Dato Siti Nurhaliza ni,Sedondon dengan baju dan orangnya! Hehehe..Layan je lah..


Bob Kuman Dimasukkan Ke ICU


Info yang diterima tak pula menyatakan kenapa Bob Kuman dimasukkan ke ICU,Sakit dan sebabnya masih tidak jelas dan Rokku tak dapat berikan disini.Yang pasti adalah Bob Kuman KU2 atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Tawakal.

Azwan Ali turut mengesahkan tentang hal ini tetapi tidak memberikan detail yang lengkap.Aduhh susah lah kalau kita tak tau kenapa dia dimasukkan ke ICU.Kalau dulu Bob Kuman KU2 pernah dimasukkan ke ICU kerana sakit paru-paru berair sekitar oktober 2009.Mungkin jugak sakit yang sama berulang?

Harap-harap Bob Kuman kuat menghadapi semua ini dan sebagai peminat kita semua tolong lah mendoakan supaya Kuman tabah dan kembali sihat seperti sediakala.Kadang-kadang kalau tengok badan orang yang berisi ni rasa takut jugak.Macam-macam penyakit boleh bersembunyi dalam badan tu.Kita ni jaga lah kesihatan elok-elok.

Apr 24, 2010

Apa Lan Pet Pet Buat Tuh? KahKahKah..!


Mungkin jugak semasa diorang menangkap ini gambar,Lan Pet Pet dengan Wangi The Fabulous Cats ni tengah mabuk laut kot? Selamba je main buah orang! Wakakakakka..Anyway this is a funny pic untuk mereka yang berfikiran terbuka.Main-main sambil mengeratkan silaturahim apa salahnya.

Jangan sampai isteri Lan Pet Pet nampak pic ni dah la yer,Kang tak pasal-pasal dia pun nak jugak sekeping gambar yang macam ni! Tapi diambil dengan buah kelapa! Kehkehkeh..Korang enjoy je lah,Rokku pon tak sihat sangat ni..Take care semua!

P/S Kalau korang nak komen,Apa agaknya dialog yang sesuai untuk Wangi ketika di'peras' ugut oleh Lan Pet Pet ni? Sila Komen..

Apr 23, 2010

Gambar Anak Terbaru Ajai


Danisha namanya,kecik-kecik sudah cute kalau sudah besar pasti ramai jejaka yang akan tertawan! Hehehe..
Danisha adalah hasil penat lelah perkahwinan Ajai dan isteri Norliza Mohammad Illias dan selamat dilahirkan secara normal, Dengan berat 2.9 Kilogram pada jam 5.10 petang semalam di Pusat Perubatan Roopi Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Menurut Ajai Danisha Lahir 2 minggu lebih awal dan dia sentiasa berada disamping isterinya disaat kelahiran itu.
" Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat.Saya sudah terlalu gembira dan teruja.Tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan saya ketika ini." Ujar Ajai yang turut mempunyai seorang anak perempuan bersama dengan bekas isteri Nurul.

Rokku pun mungkin akan menjadi Tok Cu dalam sehari dua ni! Kahkahkah..Anak buah Rokku dah mengadu sakit hendak bersalin sewaktu Rokku menulis artikel ini! Diharapkan dia selamat dan tenang dengan pengalaman pertama melahirkan anak ni.Korang tetap panggey Rokku,bukan Tok Cu ok.? Huahuahua..

Apr 22, 2010

Ella Bercinta Dengan Lelaki 15 Tahun Lebih Muda?


Kalau nak ikutkan dekat seribu kali Rokku dengar kisah cinta Ella ni dari kecik sampai lah dah berjanggut nih,Cerita punya cerita tak jadi jugak.Dengan artis pun ramai,Dah takde jodoh kot nak buat macam mana kan?
Ni kisah terbaru tentang percintaan Ella dan seorang jejaka bujang berusia 29 tahun.Dengar ceritanya dia seorang yang berkerjaya atau dalam erti kata lainnya banyak duit lah! Kayo! Hehehe..

Problemnya menurut sumber si jejaka pilihan hati Ella ni masih belum mahu menamatkan zaman bujang dan masih belum puas dengan hidup tanpa sebarang komitmen.Ini mendatangkan sedikit masalah didalam perhubungan mereka namun disebabkan cinta yang mekar dihati mereka berdua gagahi jua dalam menjalani hidup bercinta.Kalau macam tu bila lagi mak cik ehh..kak Ella oii..! Dah bersarang labah-labah dekat badan kitorang ni yang penat menunggu hari bahagia kak Ella nih!.Kehkehkeh

Dalam pada itu terdengar juga yang rakan-rakan teman lelaki Ella ni sebenarnya kurang menyenangi Ella kerana sering berkelakuan manja dan kadang kali terlalu mengontrol teman lelakinya itu.Betul ke tak Wallahualam.Tapi dikatakan yang teman lelaki Ella ni terlalu menyayangi Ella dan sanggup tidak mengendahkan langsung kata teman-temannya yang turut mempersendakan kebolehan Ella berbahasa English dek cintanya yang setinggi gunung everest terhadap Ella!

Jahat la kawan-kawan dia nih! Patutnya bila teman baik kita dah ada kekasih kita menyokong dan sekali sekala menasihati beliau bukannya mengutuk habis habisan! Ape punya orang,ish ish ish..Kalau cerita ni benar maka Rokku doakan supaya Ella selamat naik ke singgahsana dan bertahkta sebagai raja sehari nanti.Amin..
Sumber  

Apr 20, 2010

Datuk Bung Mokhtar Didakwa Berpoligami Tanpa Izin


Berpoligami tanpa izin isteri pertama dan mahkamah! Itu lah kes yang bakal dibawa ke Mahkamah pada 18 Mei ini.Walau sah dari segi hukum dan syarak tapi Malaysia ni ada undang-undang, Mana boleh main redah je! Datuk Bung Mokhtar sepatutnya lebih arif mengenai hal ini,kan tak pasal-pasal dah kena masuk mahkamah.

Zizie Izette yang dihubungi menegaskan yang perkahwinan tersebut berlangsung dengan sah mengikut hukum syarak.Ada wali dan ada Saksi cuma kesilapan telah dilakukan bilamana Datuk Bung Mokhtar gagal mendapatkan keizinan isteri pertama serta mahkamah dan itu menyalahi undang-undang negara.


" Bagaimanapun kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang.Kita tunggu saja keputusannya pada 18 Mei nanti dan lihat apa yang bakal berlalu selepas itu." Ujar Zizie yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur bersama Datuk Bung Mokhtar hari ni.Kedua-kedua Zizie dan Datuk Bung mengaku bersalah terhadap pertuduhan berpoligami tanpa izin yang dibacakan kepada mereka.

Zizie tidak mahu memberikan lebih komen terhadap kes ini kerana ianya ibarat membuka pekung didada.
" Saya rasa tidak seronok untuk bercerita tentang perkara ini.Saya tahu mesti ramai yang tertanya tanya tentang sebab musababnya." Ditanya mengenai adakah perkara ini menjejaskan hubungannya dengan Datuk Bung Mokhtar, Zizie menjawab yang mereka berdua masih lagi suami isteri.Sumber

Hmm..Macam-macam dunia ni kan? Nak kahwin dua tapi tak mintak izin,kan dah susahkan diri namanya.Ditambah dengan kesibukan tugas sebagai MP yang dipikul oleh Datuk Bung Mokhtar.Sedikit sebanyak perkara ini akan mencemarkan nama baik beliau.Rokku sendiri taktau apa hukumannya untuk kesalahan sebegini,korang tau? Kalau tau sila komen ok,untuk dikongsi bersama orang yang tak tahu supaya menjadi ilmu dikemudian hari..Kehkehkeh..

UPDATE: Terbaru yang Rokku dapat tahu adalah sabit kesalahan 'Poligami Tanpa Izin' dibawah enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) no.2 Tahun 2003 ialah Denda RM1,000 atau penjara 6 Bulan atau kedua-duanya sekali.Zizie juga dituduh 'Berkahwin dengan Bung Mokhtar Tanpa Kebenaran Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk' mengikut seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.Sementara itu Zizie turut didakwa 'Bersubahat' didalam kes ini dan turut diheret sama adalah abang dan adik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi Abd Samad,Samzy Fuzette dan pelakon hot dan sedang meningkat naik Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mokhtar dibawah seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.Kesemua mereka mengaku bersalah dan dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM 500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anne Pula Bakal Bercerai?


Lalalalalala..Asik citer pasal cerai je sekarang nih,tapi kalau dah itu yang hot dan dicari ramai terpaksa juga lah Rokku mengulas mengenainya,Korang enjoy aje lah ye? .Kali ini Anne Ngasri atau Nasriah Ngasri 26 dan suami Abdul Wafi Hassan 29 pula bakal mengakhiri perkahwinan yang telah dibina selama 5 tahun dengan penceraian.

Anne Ngasri tidak mahu memperkatakan tentang penyebab yang membuatkan mereka bercerai dan bakal diselesaikan di Mahkamah tidak lama lagi.Khabar angin yang tersebar tidak disangkal oleh Anne dan mengesahkan yang dia dan suami bakal berpisah.
" Memang benar apa yang diperkatakan mengenai rumahtangga saya,tetapi saya tidak boleh memberikan sebarang komen sehingga Mahkamah membuat keputusan " Ujarnya yang kini sibuk dengan pengambaran Lagenda Budak Setan untuk Astro.

Anne Ngasri berkahwin dengan Wafi pada 2006 diwaktu usianya hanya 22tahun dan dikurniakan 2 anak.Kes pengesahan lafaz cerai pasangan ini bakal didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 mei depan. Sumber.. Nak buat macam mana kalau dah 5 tahun saja jodoh yang ada,Sekarang ni kena lah kasi perhatian lebih pada anak-anak walaupun sudah berpisah,Mereka kecil lagi dan tak paham maksud perpisahan tuh.Biasanya kalau dah bercerai berai ni,anak-anak lah yang paling terkesan.. Ntah lah Rokku pun dah takde komen nak kasi dah..

Apr 19, 2010

Gambar Tunang Aziz M Osman Dan Puteri Lily Lokman


Huhuhu..Dasat! Buat ke sekian kalinya abang Aziz M.Osman kita tersenyum duduk disinggahsana walaupun hanya majlis pertunangan.Hehehe..Selepas gagal dengan perkahwinannya sebelum ini bersama dengan pelakon Nor Aliah Lee gagal dan perkahwinan seterusnya bersama dengan seorang ustazah Radhiah Ramli juga gagal dan salah disisi agama apabila ustazah berkenaan masih lagi didalam edah apabila melangsungkan pernikahan dengan Aziz M Osman.

Sekarang Aziz M Osman telah melangsungkan pertunangannya dengan seorang pelakon Rokku rasa tapi belum femes lagi budak nih,Anak kepada pengarah terkenal Luqman Ghani! Iaitu Puteri Sarbainun Lokman atau nama komersialnya Puteri Lily Lokman.Sedap ape Sarbainun tuh? Unik je.. Nak jadi artis kena ada nama komersial ye tak? Ahaks..Aziz M.Osman 48 dan Puteri Sarbainun Lokman 21 selamat ditunangkan di Taman Lagenda Mas,Cheras,Kuala Lumpur.


Majlis hanya dihadiri oleh saudara-saudara dan teman rapat kedua belah pihak,Seniwati Afida Es yang juga merupakan ibu kepada Aziz M Osman meluahkan rasa gembiranya dengan pertunangan ini dan mengharapkan jodohnya pada kali ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin juga dari kita semua.Jumlah hantaran pula dirahsiakan oleh kedua-dua pasangan( Mesti tinggi hantaranya nih!) dan 6 Jun hadapan akan termetarai lah ikatan pertunangan ini dengan majlis pernikahan dan perkahwinan Aziz M Osman dan Puteri Lily Lokman.Cayalah bro! Semoga semuanya akan berjalan lancar menjelang ke hari bersejarah nanti eh..

P/S Sorry baru dapat 1 gambar..Ni pun dapat songlap je..Nanti Rokku tambah lagi.. XD

Apr 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan


Inalillah..Sorang lagi anak seni dan kali betul-betul sedih kerana dia adalah penyanyi lagu leleh atau yang korang semua panggil lagu kampung yang paling Rokku minati! Ya Allah..Kau cucurilah rahmat keatas rohnya dan tempatkan lah beliau dikalangan mereka yang beramal soleh.

Beliau kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas pulang dari rakaman Hits 1 di RTM pada tengahhari tadi,banyak versi dimana sebenarnya kemalangan tersebut yang berlaku pada petang tadi dan Rokku tidak mahu menyentuh bab dimana dan bagaimana.Kita tunggu sahaja berita rasmi dari media rasmi.

Kemalangan dan perihal Achik Spin meninggal dunia telah disahkan oleh PR FMC Records dan Rokku perolehi dari Twitter berberapa artis dan selebriti tempatan.Al Fatihah kepada Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari dan lahir pada 1 Julai 1982.Terlalu cepat beliau pergi meninggalkan kita dan semua ini adalah kehendak Allah S.W.T..Sebarang Update akan Rokku berikan dari semasa ke semasa.. :(

UPDATE: Terbaru yang Rokku perolehi,Achik Spin atau Abdillah Murad Md Shari  terlibat dengan kemalangan ngeri di Km 14 Lebuh Raya Kajang Seremban.Allahyarham yang berada didalam MPV rakan telah terbabas dan terbakar.Disahkan bahawa Achik Spin meninggal dunia ditempat kejadian.Pada masa ini anggota bomba dan polis masih berada di tempat kejadian untuk mengawal lalulintas dan mayat telah dibawa ke hospital Tuanku Jaafar.Pegawai Turus Traffic Negeri Asisten Supritenden Abdul Jalil Abdul Hamzah mengesahkan kejadian.

UPDATE: Terbaru dikatakan MPV Toyota Estima telah melanggar papan tanda sebaik saja keluar dari kawasan Rawat dan Rehat dekat susur keluar ke Pajam.Achik spin mengalami kecederaan parah dikepala dan berberapa bahagian badan yang lain.Saksi mengatakan Allahyarham tercampak keluar dari MPV tersebut sebelum kenderaan itu terbakar dan meletup.Orang ramai cuba untuk menyelamatkannya  namun gagal. Sumber

UPDATE: Jenazah Achik Spin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said pada jam 1 tengah hari tadi.Jenazah dimandi dan dikafankan di hospital dan kemudiannya dibawa ke rumah mentuanya di taman desa ros ampangan seremban.Turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir adalah Hattan,Siti Nordiana,Lan Kristal dan Tomok.Menurut isterinya,Achik telah siap mengecat rumah dan beriya-iya mengemasnya seperti ingin menyambut tetamu.Allahyarham juga tidak kelihatan seperti biasa,Allahyarham lebih banyak berdiam diri sejak akhir-akhir ini.

" Maya Karin Tak Tepati Janji " Suami David Shorthose


Akhirnya David Shorthose tampil dengan kenyataan kepada media dan meluahkan rasa kurang senangnya terhadap sikap Maya Karin yang sering tampil membuat kenyataan kepada media dan meminta supaya Maya Karin berhenti dari memberi komen kepada media.Maya Karin tidak sepatutnya mengulas tentang status perhubungan mereka di media dan itu telah melanggar perjanjian yang dibuat Maya kepada David Shorthose.

" Saya berharap supaya dia cuma menjawab no komen apabila ditanya,itu lebih daripada cukup berbanding dengan lain-lain kenyataannya yang membuatkan masyarakat menjadi tertanya-tanya dan berteka teki dengan apa yang berlaku.Saya memang tidak setuju dengan tindakannya,dia patut berhenti dari memberikan sebarang komen."

Bila ditanya mengenai masa depan hubungannya dengan Maya Karin,David Shorthose enggan mengulas lanjut dan hanya berserah kepada takdir.Bagaimanapun David mengakui yang dia masih lagi menyayangi Maya yang dikenali selama 7 tahun sebelum berkahwin.Kes ini masih belum dirujuk ke mahkamah Syariah untuk jalan penyelesaian.

Mengenai khabar angin yang David Shorthose bakal meninggalkan Malaysia dan kembali ke Liverpool,David menafikannya dan tidak berhasrat untuk berhenti dari menjadi pendidik di negara ini.Rokku ucapkan bravo kepada David Shorthose yang mahu tampil dan memberikan komen terhadap kisah rumahtangganya yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat-peminat.

Berapa kerat sangat suami atau isteri kepada artis yang bukan artis yang mahu memberikan komen terhadap gosip-gosip yang melanda? David Shorthose tampil untuk mengulas keadaan sebenar dan turut menafikan gosip yang Rokku tulis mengenai dirinya yang bakal meninggalkan Malaysia.Kepada Maya Karin pula diharap Maya dapat mengurangkan komen kepada media seperti yang diminta oleh David dan mungkin tidak akan mengeruhkan lagi situasi genting yang melanda rumahtangga mereka.

Apr 16, 2010

Disihir Tidak Lemahkan Fezrul Khan


Apa agaknya yang berada dalam hati orang yang suka bermain dengan sihir ni? Dengki dan iri hati di lempiaskan dengan menyihir individu yang mereka marahkan.Adehhh..Melayu je yang suka berkelakuan macam orang takde tamadun ni.Orang meniaga untung sikit dari dia,Sihir! Orang berjaya lebih sikit dari dia,Sihir! Kepala lutut kau..

Itu juga lah yang terjadi dan dialami oleh Fezrul Khan yang disihir.Sekarang dia sudah hampir sembuh sepenuhnya dari sakitnya setelah lebih 3 bulan menderita akibat buatan orang.
" Alhamdulillah saya sudah 95% sembuh,Hampir 3 bulan saya menderita sehingga berat badan saya susut sebanyak 10 kilogram.


" Masa terkena saya tak bagitau orang pun yang saya sakit,Mula-mula saya sesak nafas.Susah sangat nak bernafas.Bila tengok sekeliling saya rasa macam nak pitam.Lama kelamaan saya merasa seperti ada sesuatu yang berjalan dekat kepala.Saya rasa dia bergerak-gerak dekat muka saya.Siksanya hidup ketika itu."

Walau pun dalam keadaan sangat sakit dan lemah Fezrul Khan masih tetap hadir untuk pengambaran drama 'Aliff Firdaus'
" Kemudian saya pergi ke hospital dan melakukan berbagai ujian,Saya buat MRI,Stress test dan juga ECG tapi doktor kata saya tak sakit dan menasihati saya supaya berubat secara tradisional.Banyak juga tempat yang saya pergi untuk berubat secara tradisional.Saya banyak berdoa supaya cepat sihat,Saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan banyak membantu sepanjang saya sakit." Sumber Dialog

Bila ditanya tentang siapa gerangan yang berdengki dengannya,Fezrul tidak berani menuduh siapa-siapa.Fezrul mendakwa dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan hanya gembira dengan keadaannya yang semakin sihat.Nak musuh-musuh pun buat apa kan Fezrul Khan? Biar orang buat kita jangan pulak kita membalasnya,Kalau dibalas sama saja kita dengan si lahabau tersebut.Dah nama pun kita ni tinggal di Nusantara.Bab sihir menyihir memang kepandaian orang-orang Nusantara.Pandai berkawan dengan setan sampai diri pun menjadi setan!

Apr 15, 2010

Gambar Erra Fazira Dan Keluarga Di Tanah Suci Mekah


Rokku cukup suka dengan gambar baby somel Engku Aleesya dengan mama tercinta Erra Fazira yang berlatar belakangkan Kaabah nih.Sangat menarik walaupun gambarnya takde la high quality sangat.Mesti cute macam mama dia jugak bila dah besar nanti si Engku Aleesya nih! Dengan dibentangkan sejadah dan kitab suci yang disediakan,hati hanya ingin melakukan ibadat saja.Tengok gambar je dah membuatkan Rokku teringin nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci.


Manis je akak Erra kita ni bertudung kan kan kan? Dah kahwin dan dah menjadi ibu ni tak teringin nak betul-betul bertudung ke Erra? Gambar ni adalah koleksi ketika Erra Fazira dan keluarga pergi menunaikan umrah dan dikatakan turut sama didalam adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Ini mengikut sumber lah,betul atau tidak Tuan Guru turut sama tu masih samar-samar.


Dalam kesibukkan menjadi artis dan ibu masih banyak masa yang sempat diluangkan oleh Erra dan keluarga untuk mengerjakan umrah,mungkin lepas ni tiba pulak masa untuk mengerjakan Haji pula untuk Erra dan Engku Emran,InsyaAllah..

Gambar Pertunangan Dia Fadila


Dia Fadila ni bertunang bila eh? Rokku sendiri tak pasti tarikh sebenar Dia Fadila dan Redza Abdullah ditunangkan tapi takde bising-bising pun kan?.Mungkin jugak Dia Fadila sedar yang dia tidak lagi sepopular dulu kot? Atau memang nak sorok? Tunang Dia,Redza Abdullah ni berkerja dalam bidang pemasaran.Syarikat apa tu Rokku tak dapat korek,Huhuhu..


Tup tup dah bertunang! Dan pasangan Redza dan Dia Fadila bakal bernikah pada Oktober ini.Dia Fadila yang senyap dari karier nyanyian sebenarnya sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).Handal gak tu,umur baru 26 tahun dah dapat jadi pensyarah!


Dia Fadila sendiri mengakui yang majlis pertunangan ini dilakukan secara express,jadi kurang bising sikit kalau nak dibanding kan dengan artis lain.Mengulas tentang Redza,Dia Fadila mengatakan yang berbanding dengan cintanya yang terdahulu Redza lebih bersungguh-sungguh untuk mendekatinya.Ramai lelaki yang takut dan gerun dengan bapa Dia Abu Bakar Sudin,Tapi Redza lain sedikit dia tak segan dan berani untuk berjumpa dengan keluarga Dia.

Redza mengambil kesempatan pada 14 Febuari lalu dimana family dia mengadakan hari keluarga dan Redza bertemu dengan keluarga serta bapa Dia Fadila dan mengatakan yang dia mahu memanjangkan hubungan dengan Dia Fadila secara lebih serius.Fuhh..Memang gentleman lah bro! Tu namanya berjuang separuh mati demi cinta yang suci! Kehkehkeh..Alhamdulillah sebab dah pun termeterai satu ikatan diantara Dia Fadila dan Redza Abdullah.Oktober nanti buat besar-besaran sikit eh?

Apr 13, 2010

Suami Maya Karin Bakal Tinggalkan Malaysia?


Kalau dah siap sedia nak tinggalkan Malaysia tu tandanya apa? Mungkin semakin berserabut masalah rumahtangga yang dialami oleh Maya Karin dan Suami Steven Shorthose yang juga merupakan seorang guru disebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.

Dengar cerita Steven Shorthose telah pun menghantar notis berhenti kepada pihak pentadbiran Alice Smith International School dan sudah pun bersiap sedia untuk pulang ke Liverpool England! Ehh pulang dengan membawa hati yang lara ke Steven?

Jika benar yang Steven Shorthose bakal kembali ke negara asal serta berhenti dari menjadi guru disini maka sudah tentu lah ura-ura masalah rumahtangga Maya sudah menghampiri breaking point nya.Kalau boleh Rokku nak melihat supaya Maya dan Steven kembali berbaik-baik semula.

Tapi jika perpisahan yang menjadi jalan terbaik untuk kedua belah pihak maka tiada siapa yang boleh melawan takdir.Kita tak payah lah buat banyak spekulasi,beri ruang dan peluang untuk mereka disaat seperti ini.Kita doakan yang terbaik untuk Stevan dan Maya!

Pejabat Erma Fatima Dipecah Masuk


Pejabat Erma Fatima iaitu Rumah Karya Cipta Sdn Bhd yang terletak di Wangsa Maju telah dipecah masuk oleh lahabau-lahabau yang ber IQ rendah dan telah mengalami kerugian sebanyak RM 7,000 pada jumaat lalu 9 April 2010.

Kejadian disedari oleh petugas pejabat bersebelahan yang melihat pintu jeriji besi pejabat Erma telah dipotong.
Antara barang yang dicuri adalah Komputer,TV Plasma dan wang tunai! Adehh nape letak wang tunai kat office Erma oii? Bawak lah balik duit tu kok ye pun..

Tadi Rokku cakap yang diorang ni ber IQ rendah kan? Tapi mungkin jugak diorang ni ber IQ seperti adik Adi Putra tuh sebab Erma merasakan yang pencuri tersebut seakan tahu tentang kedudukan CCTV dipejabatnya.Lebih powderful adalah bila pencuri tersebut membawa lari CCTV tersebut sebagai tanda kenang kenangan! Wakakakak..

Erma telah membuat laporan polis di balai polis Wangsa Maju.Yang menyusahkan Erma adalah bila banyak kerja grafik untuk drama dan teaternya disimpan didalam komputer yang dicuri dan itu menangguhkan projek-projek Erma yang sedang berjalan.Takpe lah Erma,Dugaan tuh.Lalui dengan tenang dan lepas ni kena kerja keras lah nak recover balik data-data yang dah hilang.Buat pencuri tuh,moga-moga korang cepat mampos!

Apr 12, 2010

Emelda Pregnant?


Wahh Wahh..Dari gambar ni macam betul yang Emelda tengah pregnant kan? Takkan perot buncit sangat sampai macam tu sekali! Baju tu tak mungkin besar kat bahagian perot tak tentu pasal kan?Kalau betul pregnant Alhamdulillah..

Kena tunggu jawapan dari Emelda lah jawabnya.Kalau masa kahwin perot Adlin lagi besar tapi dalam gambar ni perot Emelda 3 kali ganda lebih lemaknya! Huhuhuhu..Korang rasa camne? Pregnant atau tidak? Sila komen!
Korang yang bermata sharp seperti burung Falcon tu mesti lebih pandai membuat penilaian.Rokku ni rabun sikit! Hehehe..

Kalah sah mesti Emelda akan buat kenyataan nanti,dua personaliti yang amat disenangi oleh peminat.Nampak loving je dan diharap berkekalan sehingga hujung nyawa.Ngeri pulak bila banyak kisah penceraian nih.Kita nak yang baik-baik dan doalah yang baik-baik saje ok?

Filem Suster Keramas Penuh Dengan Adegan Melampau?


Rasanya kalau filem seperti ini dikeluarkan di Malaysia maka akan berlaku lah rusuhan kerana pasti satu Malaysia tidak akan bersetuju dengan tahap kelucahan yang seperti ini.Filem yang diterbitkan di Indonesia mungkin lebih bebas dari Malaysia,kalau disini paling lucah pun filem Remp-It agaknya! Sepatutnya kita berbangga kerana filem disini masih lagi ditapis dengan tegas walaupun kadang-kadang kita tersentap bila ada aksi melampau yang disajikan untuk tatapan mata kita yang suci nih!



Filem Suster Keramas dari Indonesia ini menampilkan bintang porno Jepun Rin Sakuragi sebagai pelakon jemputan dan nampaknya dia betul-betul di 'kuramas' oleh tuan director filem ini untuk memastikan impak sebesar mungkin hasil dari lakonannya.Rasanya kalau dah ditayangkan di Indonesia nanti pastinya box office besar nih.Pelik jugak eh,macam mana fungsi pihak penapisan filem disana? Pada mulanya filem ini mahu mengunakan khidmat bintang porno no 1 Jepun iaitu Maria Ozawa tetapi pemilihan Maria mendapat bantahan besar-besaran dari banyak pihak di Indonesia sehingga ada yang mengugut untuk melakukan sesuatu jika Maria Ozawa tetap datang ke Indonesia.

Ingatkan dah taknak lah buat filem yang menampilkan bintang porno disebabkan ugutan dari masyarakat yang marah dengan idea filem ini! Sekali diorang dah siapkan pun filem ini dengan heroin baru Rin Sakuragi yang mungkin dibayar dengan harga tinggi oleh producer yang kemaruk nak cari duit! Adehhh..Rokku tak pasti samaada filem ini dah ditayangkan di Indonesia atau belum,tapi yang pasti jangan lah pulak ada producer dari Malaysia yang teringin nak menjemput bintang-bintang filem aksi 18 SX datang ke sini dan berlakon disini.Nak cari untung pun buat lah filem ala-ala Papadom ke,Sepet ke..Barulah orang pandang tinggi industri perfileman kita.Walaupun producer berdepan risiko rugi dan langsung tak pulang modal!

Cerai Lagi : Aleeza Kassim Pula Bercerai


Cerita cerai lagi eh kawan-kawan? Jangan marah ahh..Aleeza Kassim model dan pelakon popular mengaku telahpun diceraikan talak satu oleh suaminya yang merupakan seorang hartawan Mohd Fauzi Che Ros pada Febuari lalu di kediaman mereka di Hyatt Saujana,Subang Jaya.

Tapi Aleeza Kassim menafikan yang rumahtangganya yang berantakkan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga dan meminta semua pihak supaya menunggu keputusan Mahkamah pada 21 April ini.
Aleeza yang dihubungi pihak media pada mulanya cuba mengelak dari memberikan komen namun akhirnya mengakui desas desus penceraiannya yang telah tersebar.


Aleeza mengakui tertekan bila ramai teman-teman yang bertanya apabila mereka telah dapat menghidu kisah penceraian Aleeza.Bukan Aleeza hendak menipu tetapi ni perkara yang baru didalam hidupnya dan dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak.Aleeza masih lagi mahu menyelamatkan rumahtangganya dan terus berusaha kearah itu,Aleeza dan Fauzi turut ke Mahkamah pada Mac lalu untuk sesi mendapatkan nasihat.

Satu lagi pasangan bahagia dah berpisah,kalau dilihat apa yang terjadi kepada artis kita sebenarnya itu juga lah yang berlaku didalam masyarakat kita di Malaysia ni.Banyak betul penceraian sekarang ni,Rokku penah dengar kisah pasangan bercerai setelah berkahwin selama 4 bulan hanya kerana bergaduh mengenai rancangan TV.Berebutkan remote TV pon boleh membawa kepada penceraian! Nampak sangat tak matang dalam berfikir.Macam-macam dunia ni..

Apr 10, 2010

Isteri Benjy Diberhentikan Kerja Dan Dihalau Dari Rumah Sewa


Kesian giler bila Rokku dengar kisah isteri kepada Benjy,Safiya Stephenie yang mengalami trauma dan ditindas kerana kes dadah Benjy yang masih lagi hangat diperkatakan.Safiya juga tidak keluar dari rumah kerana takut dan bimbang dicemuh serta dikutuk masyarakat dan difitnah bersubahat bersama suaminya.
Paling tak patut bagi Rokku adalah bila Safiya diberhentikan kerja sebagai guru tadika tanpa sebab munasabah.Sampai saja ke tadika tempatnya berkerja dia terus diberikan surat berhenti dan itu menyebabkan Safiya kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup dan menyara anaknya.

Lagi teruk apabila Safiya dihalau dari rumah sewanya di Jalan Segambut dengan alasan yang kes Benjy mendapat liputan meluas dan menjejaskan reputasi pemilik rumah itu.Sekarang Azean Irdawati harus membantu dari segi kewangan dan keperluan menantu dan cucunya itu walaupun Azean Irdawati sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap.Azean yang bergantung dari sumbangan orang ramai sedih dengan nasib yang menimpa cucu serta menantunya dan kini dengan sumber kewangan yang terhad,Azean terpaksa berkongsinya bersama menantu dan cucunya pula.

Hmm..Yang kononnya bersalah adalah Benjy dan bukanya isterinya.Kenapa pulak Safiya yang diberhentikan kerja? Rumah sewa tu takde masalah sangat,tapi kalau dah sumber pendapatanya hilang makin susah lah hidup Safiya bersama anaknya yang sudah cukup tertekan dengan keadaan yang menimpa mereka.Rasanya tindakan Azean Irdawati menceritakan kisah menantu dan cucunya ini adalah satu tindakan yang bijak kerana mungkin ramai pihak yang bersimpati akan tampil dan memberikan bantuan atau memberikan perkerjaan kepadan Safiya.
Tu lah kalau bertindak dengan tidak memikirkan apa yang bakal terjadi kepada keluarga isteri dan anak-anak.Semua pihak jadi susah dek masalah yang ditimbulkan oleh Benjy

Radhi OAG : Selamat Tinggal Dadah!


" Saya sudah bebas bebas dari dadah " Itu lah pengakuan berani dari Radhi OAG yang akhirnya mengaku pernah mengambil dadah malah sejak dari belasan tahun lagi! Kini sudah 2 bulan 9 hari Radhi OAG berjaya menghindari najis dadah.
" Saya tahu pengakuan ini bakal mengejutkan banyak pihak tetapi sebagai artis dan manusia yang bertanggung jawab,saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya."
" InsyaAllah saya akan menjalani kursus pemulihan dadah dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini."

Selepas ini Radhi mempunyai rancangan untuk tampil dan berkongsi pengalamannya bersama masyarakat demi manfaat bersama.Masalah dadah dikalangan artis di Malaysia ni adalah perkara biasa sebenarnya,tapi berapa ramai yang sanggup mengaku kesalahan serta ingin berubah dan tampil untuk berkongsi pengalaman hitam mereka bersama masyarakat? Respek tinggi Rokku berikan kepada Radhi yang ingin berubah dan mungkin juga ramai penagih serta penguna dadah diluar sana yang akan terpanggil untuk turut bebas dari dadah sekaligus memperbaiki semula hidup mereka berdasarkan kisah Radhi OAG.

Dari usia 15 tahun Radhi OAG dah bergelumang dengan najis dadah dan dia sendiri mengakui yang sudah bermacam-macam jenis dadah yang telah dicubanya.Rokku percaya yang ramai jugak remaja diluar sana yang melalui fasa kekeliruan dan rasa ingin mencuba seperti ini dan diharapkan kisah Radhi ini dapat mengubah mereka sebelum terlambat.Ditanya mengenai motivasi yang menyebabkan dia mahu berubah Radhi mengulas.

" Banyak yang berlaku dalam hidup ini sehingga ia menyedarkan saya untuk berubah.Kegagalan rumah tangga,kehidupan peribadi yang berkecamuk dan kerjaya nyanyian yang agak merudum benar-benar membuka mata saya "
" Namum saya bersyukur kerana Tuhan masih memberi peluang kepada saya,saya berasa amat bersalah melihatkan anak lelaki saya yang terus membesar dan dengan keadaan saya yang tidak stabil begini."
" Faktor-faktor itu menyentuh hati saya untuk berubah,terima kasih juga kepada rakan-rakan di Karyawan yang banyak membantu saya sepanjang proses ini." Sumber

Alhamdulillah..Kalau dah 2 bulan bebas dadah tu tandanya memang Radhi dah mampu untuk melawan rasa ketagih yang bersarang di mindanya.Bukan senang nak berhenti selama 2 bulan! Korang jangan ingat nak berhenti dari pengaruh dadah selama 2 bulan itu adalah perkara yang mudah.Diorang ni dah sebati dengan benda tu dan dah jadi darah daging mereka.Tak dapat dadah dalam 2 hari je dah sanggup bunuh mak ayah ni kan pulak 2 bulan! Tahniah Radhi! Kita sebagai peminat jangan lah asyik nak menghukum,sekali sekala cuba lah menyokong mereka yang nak berubah dan kembali ke pangkal jalan seperti Radhi dan ramai lagi di kalangan masyarakat kita.Bantu dan sokong lah niat murni mereka yang mahu memperbetulkan keadaan seperti kisah Radhi OAG ini.

Apr 9, 2010

Gambar Cahaya Mata Terbaru Afdlin Shauki


Korang takkan dapat gambar yang lebih fresh dari ni! Hahaha..Siap ada gunting lagi tuh! Tapi memang somel lah..Macam ayah dia jugak,Dilahirkan pada pukul 3 pagi tadi kat hospital mana tah! Tak cukup maklumat! Huhuhu..


Nama dia memang unik dan kalau korang pandai carik maksud nama anak Afdlin ni tolong lah komen eh?
Ileana Matin Shauki namanya..Memang sedap bunyiknya,dalam sibuk-sibuk Afdlin masih lagi aktif memproduksi bersama isterinya kan? Kehkehkeh..

Alhamdulillah lah untuk Afdlin.Anak tu rezeki dan pastinya lepas ni filem-filem keluaran Afdlin akan meletup-letup dan mantap kutipan box office nya Amin..

Saman Lagi! : Sheila Rusli Dan Berita Harian Disaman RM 5 Juta Oleh Datuk Azlina


Saman lagi! Satu belum selesai,satu lagi masuk dalam ini cerita.Datuk Azlina Che Abdullah yang juga merupakan bekas rakan kongsi kepada Sheila Rusli untuk kes restoran Nasi Dagang House Sheila Rusli.Dalam kes restoran tuh Sheila Rusli yang menyaman Datuk Azlina tapi dalam kes kali ni Datuk Azlina tampil dengan menfailkan saman fitnah bagi menuntut gantirugi am sebanyak RM 5 Juta terhadap penerbit akhbar Berita Harian,Berita Harian dan Sheila Rusli sendiri berhubung penerbitan 3 artikel yang dikatakan menfitnah Datuk Azlina.

Kes saman Sheila terhadap Datuk Azlina masih belum selesai dan akan disambung pada 14 Julai ini,Tapi jumlah saman yang dikemukakan oleh Sheila Rusli terhadap Datuk Azlina takde lah sampai berjuta! Tapi saman yang dihadapi oleh Sheila Rusli dan Berita Harian.3 artikel yang dikatakan mempunyai unsur fitnah kepada Datuk Azlina adalah 'Nasi Dagang House Sheila Rusli Bungkus!','Sheila Rusli Minta Nasihat Peguam' dan 'Ramai Simpati Nasib Sheila' yang diterbitkan oleh Berita Harian pada 9,12 dan 14 Oktober 2005.

Dalam kenyataan balas Datuk Azlina mengatakan yang Berita Harian menerbit dan mencetak perkataan-perkataan yang berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar dari dirinya.Oleh itu Datuk Azlina menuntut ganti rugi am RM 5 Juta,ganti rugi khas,teladan,kos dan lain-lain yang difikirkan sesuai.Sumber

Adehh..Rasanya ni artikel saman atau something yang berkaitan saman yang ke seriban yang Rokku dah ulas.
Bukan nak jadikan blog ni blog mengulas tentang saman tapi memang itu yang panas dan hangat! Bayangkan lah RM 5 Juta dik..! Mana kau nak raba banyak tu? Berita Harian memang lah banyak duit,Tapi kalau kena kat Sheila Rusli memang sayu lah nak cari jalan untuk  membayar saman tuh walaupun Sheila Rusli memang kaya.Hmm..Rasanya pendekatan berdamai lebih molek kot? Kalau tetap dibawa ke Mahkamah maknanya Sheila dan Berita Harian kena fight cukup-cukup lah untuk menang kes ni.

Apr 8, 2010

Mari Berperang Korang Sokong Sapa? Fasha Sandha Or Nora Danish?



Ape kejadahnya bergaduh bagai nak rak? Pastu merisikokan rahsia-rahsia diri dibocorkan dan dibaca oleh jutaan peminat? Mungkin selama ni Nora Danish ingat yang Fasha Sandha hanya akan berdiam diri dan tidak membalas segala cacian yang dilemparkan oleh Nora Danish melalui account Twitter miliknya tapi Perang besar dah bermula bila Fasha Sandha menghantar armada perangnya untuk mematahkan kata-kata keji Nora Danish!

Seriously this is some extreme accusation yang kena pada batang hidung Nora Danish! Seram gak bila baca tweet balas Fasha terhadap Nora ni.Tapi kita mula dari awal,kalau korang ingat lagi masa ABPH 2009 semasa Fasha Sandha di boo ribuan penonton (Dengar cerita ada gak artis yang Boo! Fasha) Nora Danish ada menghantar tweet Booo..Booo..Booo..Yang berbunyi seperti mengejek Fasha Sandha.Rokku pon dengar gak malam tu tapi Fasha datang ke tidak tu Rokku tak pasti.

2 hari lepas sekali lagi Nora Danish menhamburkan ketidakpuasan hatinya kepada Fasha Sandha dengan mentweet ayat yang berbunyi Admit your mistakes and ask for forgiveness.Don't be a hypocrite,People are not stupid.Learn from being Booed ! Ramai yang menyangka Fasha Sandha hanya akan berdiam diri dan membiarkan dirinya dikutuk (Sebab memang salah dia pun!) Tapi tidak..Fasha Sandha melancarkan roket dari dalam tanah buatan ayah pin dan membalas dengan kenyataan yang Fuh!! Panas..


Meh Rokku sambungkan ayat si Fasha ni sebab Twitter ni memang sengal,Sikit je boleh tulis! Fasha Sandha membalas dengan sopan sekali nampaknya.Kehkehkeh Me..'Hypocrite'? Tell me about yourself.Are you perfect? I believe you're not.So who are you to judge people huh? You went to party and 'drunk'.You show finger Fuck to me at mamak stall for no reason.So are you a nice lady? Are you an idol? BTW Thanks for calling me ugly devil.You are still beautiful in my eyes..


Pehhh..Sodap seperti ayam masak lomak cili api omak den kata-kata Fasha Sandha ni.Korang yang baca sila lah buat pengadilan sendiri.Bagi Rokku ni satu perkara yang amat silly dan menjatuhkan maruah diri sendiri! Skang ada orang kata awak tu kaki minum..Ape cer? Walaupun orang yang mengata tu pun banyak jugak gosip pasal 'Drunk' ni.Ntah lah,Still berperang lagi kat twitter tuh.Sindir menyindir dan tak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak.Diri sendiri yang malu ada lah..

Dira Dan Ash 'Bau' Bercerai


Ehh..Macam baru je kita tengok diorang ni kat Sehati Berdansa kan? Kemesraan dan chemistry yang ditunjukkan di Sehati Berdansa tu sangat real,Tak sangka pulak dalam diam-diam rumahtangga yang dibina dan dikurniakan seorang puteri sedang berantakkan.Pasangan Dira dan Ash telah pun memohon untuk mengesahkan penceraian di Mahkamah Syariah.
Ash yang diminta mengulas mengatakan ini adalah sejarah didalam keluarganya kerana tiada seorang pun didalam keluarga Ash yang bercerai berai.Tapi ini semua ketentuan Tuhan,Usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut telah dilakukan namun kalau tiada jodoh saya tidak mampu untuk melawan kehendak takdir.

" Apa yang boleh saya katakan adalah saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami,Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga yang berada.Tapi ini melibatkan masa depan anak kami,Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu mungkin saya telah gagal bertindak sebagai ketua keluarga."
" Saya taknak kata punca rumahtangga kami bermasalah kerana Dira yang berubah dek dunia glamor dan orang ketiga.Saya sendiri tidak tahu punca Dira berubah,Yang saya tahu adalah Dira amat kuat berkerja,Pergaulannya mungkin menyebabkan dia berubah tanpa dia sedari."

Gempak gak statement dari Ash ni,berubah ke Dira selepas popular? Memang Dira makin popular dengan drama yang diterbitkan syarikatnya sendiri dan selalu dimainkan di Astro serta pencalonan top 5 ABPH baru-baru ini.Dira yang turut dihubungi juga tidak keberatan untuk meluahkan kisah rumahtangga mereka.
" Saya kecewa dengan perkahwinan ini,ianya tidak seperti yang saya harapkan.Saya melalui keadaan begini mungkin kerana saya terlalu berharap."
" Saya hanya mampu melakukan yang terbaik,jika tidak dapat mempertahankan rumahtangga ini saya redha.Sebab saya taknak kecewa sepanjang masa.Apa yang penting adalah masa depan anak kami,Soal kebajikan anak saya tidak mempunyai masalah berkongsi hak bersama Ash.

Bila ditanya mengenai populariti yang membuatnya lupa dan berlaku curang Dira menjawab..
" Kalau saya sudah lama hendak berlakon saya tidak akan kahwin awal! Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan termasuk dengan membabitkan diri didalam dunia seni.Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak saya."
" Saya juga berharap Ash akan melalui susah senang bersama-sama tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Mungkin juga faktor usia kami yang muda membuatkan kami berfikir secara kebudak-budakan."
Bila sayang dah pudar dan cinta dah layu camni lah jadinya.Tak boleh nak salahkan Dira atau pun Ash sebab yang diceritakan disini cuma 5% dari kisah sebenar.Kalau kisah cerai berai ni macam tak best je kan? Kalau kisah kahwin ke dapat anak ke tu Rokku bersemangat sikit.Takpe lah,dah takdir.Laluilah hidup dengan senyuman eh Dira dan Ash. sumber

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics