May 30, 2010

Anak Nadia Mustafar Kena H1N1


Aduhh..Kesian sungguh bila Rokku dapat tau kisah tentang anak Nadia Mustafar yang dijangkiti virus maut H1N1,bukan seorang tapi kedua dua anaknya Mia Qaisara 2 tahun dan adiknya Qalif Izham 1 tahun disahkan positif virus paling ditakuti waktu ini iaitu H1N1 yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia. Berikutan itu,Nadia dan suami turut dikuarantin untuk pemerhatian pihak hospital.Tapi ramai juga yang pulih setelah menjalani rawatan dan diharap Nadia dan suami tabah serta memberikan sepenuh tumpuan kepada putera dan puteri mereka berdua yang somel tu.


Dengar ceritanya Nadia sendiri hairan bagaimana virus itu boleh tersebar dan menjangkiti kedua buah hatinya itu,sedangkan anaknya tidak keluar rumah sepanjang 3 minggu dan mereka tetap dijangkiti virus maut itu.Tetapi Nadia ada menerima kunjungan sanak saudara yang menghidapi demam dan mungkin dari situ ada jangkitan berlaku.Demam panas dan ragam anaknya ketika berada di hospital membuatkan Nadia sedikit letih dengan keadaan dan situasi,anak anaknya yang selalunya nakal kini hanya terlantar tidak bermaya membuatkan Nadia dan suami sayu bila melihatkan keadaan mereka berdua.Sabarlah Nadia dan suami,harap harap semuanya menjadi lebih baik dan berdisiplin lah menjalani rawatan.Rokku doakan yang terbaik.Amin..

1 comment:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

yeke ni? ermm...semoga anak2 dorang cepat sembuh..

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics