Jun 5, 2010

Gambar Pernikahan Saiful Nizam (TV3) Dan Aida (Gadis Melayu)


Ni gambar pernikahan Saiful Nizam pembaca berita TV3 dengan bekas juara Gadis Melayu Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali yang selamat diijab kabulkan di rumah pengantin perempuan dekat Bandar Country Homes Rawang malam semalam.Saiful 28 dan Aida 25 dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Zali Ismail 59 pada jam 9.30 malam tadi berserta mas kahwin sebanyak RM 6,000.


Kedua pasangan mengenakan busana rekaan Radzuan Radzwil dalam majlis yang dihadiri oleh 500 tetamu dan kenalan rapat antaranya adalah Datin Norazlina Redzuan,Norhaizi Mohd Rani dan Zainal Ariffin Ismail.
Aida menerima tujuh dulang hantaran iaitu jam tangan,cincin,kasut,beg tangan,kek,sirih junjung,barang kemas dan set solekan.Sementara Saiful menerima sembilan dulang hantaran iaitu tafsir Al Quran,songket,butang baju melayu,cincin,kemeja,cermin mata,sirih junjung,kasut dan kek.


Pada 13 Jun kedua mempelai akan diarak dengan kereta kuda di Changlun Kedah untuk persandingan bahagian lelaki.Mereka akan disandingkan dengan tema ala kesultanan melayu di Dewan Sivik Bandaraya Petaling Jaya.Rokku ingat lagi yang mereka berdua ni adalah produk realiti tv terbitan Media Prima,seorang menerusi Malaysian Top Host dan seorang lagi menerusi Gadis Melayu.Dah jodoh dan bertemu di Media Prima.Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa hendaknya..

2 comments:

kaseh cempakaz said...

oh aku suka mereka berdua

norhayati said...

suka gak!! sweet,,,,,,,,,,,

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics