Mar 4, 2010

Shidee Dan Jamaliah Sudah Berbaik Semula

Patut lah hari-hari yang panas semakin redup,rupanya Shidee dan mentua@ bekas kekasihnya sudah berdamai semula! Amin.."Marah saya sekejap saja dan saya sedia memaafkan mereka" kata Jamaliah yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan mendakwa dia tidak merestui perkahwinan mereka serta memburuk-burukkan Shidee.Marah saya sudah menjadi sejuk lebih-lebih lagi apabila memikirkan tentang hakikat yang dia (Siti Fairunisa) merupakan anak yang paling saya sayangi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka serta sering juga bertanya kepada rakan terdekat mereka mengenai khabar anak dan menantu saya itu.Jamilah menambah yang dia bakal berpindah ke Gemas,Negeri Sembilan untuk membantu menjaga ibunya serta perniagaan adiknya disana.
Mungkin saya akan berada disana buat selamanya dan memulakan hidup baru.Sedihnya bunyi kenyataan makcik Jamilah ni kan? Sob Sob Sob..

Sementara itu Shidee yang diminta mengulas berkata "Tidak ada gunanya bermasam muka dan meyimpan kemarahan yang membuta tuli kerana sebagai seorang yang sudah dewasa dan matang perselisihan faham haruslah diselesaikan dengan cara yang paling berhemah."
Shidee menambah yang dia berhasrat untuk membawa Jamilah ke kampungnya untuk majlis persandingan disana pula.

Alhamdulillah..Berdamai sudah pihak yang bertelagah ni,walaupun kes ni agak berbelit pada permulaannya dengan dakwaan Jamilah yang kononnya Shidee dan dia bercinta serta dakwaan Shidee suka berjudi dan macam-macam lagi yang terpampang didada akhbar dan blog namun ini lah jalan yang paling molek untuk meyelesaikan masalah iaitu dengan cara berdamai! Hati mak macam tu lah,keras-keras pun lembut jugak akhirnya sebab mengenangkan kasih kepada anak tersayang! Tapi anak pulak sanggup menyakitkan hati mak dengan bermacam-macam cara.Dunia-dunia..

Mar 3, 2010

Abby Abadi Dan Zul Pula Disaman?

                                            
Saman dan saman saja aktiviti industri seni hiburan kita ni sekarang kan? Saman menyaman yang membabitkan artis tiap-tiap hari ada! Sheila Rusli menyaman,Ammar dan Puteri Sarah menyaman,Nabil pulak disaman dan kini Abby Abadi dan Zul Ariffin yang dikatakan sekadar 'teman tapi mesra' pula yang disaman! Aduhh..Gawat ni sebab Rokku pencinta Abby Abadi! Salah satu sebab yang membuatkkan Rokku makin sayang adalah bila Abby Abadi menjadi Fans untuk blog ini! Hahahaha...Tenkiu kak Abby jasamu dikenang! Apalah sangat blog Rokku yang belum sampai 2 bulan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain! Tapi Abby Abadi tetap menjadi Fans blog ni dan untuk itu Rokku akan jadi pro Abby Abadi! Hehehehe..

Saman difailkan penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati,Nor Faiz Ahmad Hilmi terhadap Abby Abadi dan Zul Ariffin menerusi syarikatnya Aficionado Media Sdn Bhd dengan mendakwa yang Zul dan Abby telah melanggar kontrak dan menarik diri dari telefilem terbitan syarikatnya.Alasan yang diberikan oleh Abby dan Zul adalah pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka,semuanya bermula bila ada gosip yang tersebar mengenai Abby yang memaksa syarikat produksi mengambil Zul untuk berlakon bersamanya.Abby yang ditemui pula merasa marah dengan saman tersebut dan menyalahkan pihak produksi dan menafikan ura-ura yang dia sudah pun mendapat bayaran untuk telefilem itu.

"Saya tidak mendapat satu sen pun" Tegas Abby yang bengang dengan kenyataan pihak produksi yang kononnya bersikap diva dengan menuduhnya memaksa mereka mengambil Zul sebagai pakej bersama.
Rokku rasalah gandingan Abby dan Zul pasti mampu menaikkan rating telefilem itu jika kerana peminat-peminat diluar ingin tahu dan ingin melihat lakonan mereka berdua diluar Gerak Khas dengan corak cerita dan drama yang berlainan.Jadi kenapa cerita yang kononnya Abby mendesak pihak produksi mengambil Zul bersama tersebar? Dan seperti kata Abby kononnya cerita itu datang dari pihak produksi itu sendiri.Kalau telefilem itu menjadi bualan mulut dan mendapat rating yang tinggi pihak produksi jugak yang untung bukan? Dapat lagi projek baru dari stesen tv! Hehehe..Rokku pon penat gak asik tulis pasal saman je,tapi nak buat macam mana dah ini yang terjadi dan terhangat dipasaran! Korang lak? Layan je la..

Nabil Bakal Disaman RM2 Juta

                                      
Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa,ni bukan badan binasa lagi dah ni! Ni bukan binasa lagi ni tapi badan terus hancur berderai macam kaca murahan yang diimport dari Vietnam.Kehkehkeh.. Sebelum ini Rokku pernah mengkritik tindakan Nabil mengutuk dan menghina filem nya sendiri dan memberikan review buruk sebelum filem masuk panggung,malah Nabil melakukanya ketika tayangan perdana filem tersebut! Nak panggey apa tindakan beliau ni? Bodoh ke? Sengal ke? Atau memang takde akal nak berfikir secara matang?

Jumlah saman yang difailkan oleh penerbit filem Lu Pikir La Sendiri adalah sebanyak RM 2 Juta! Korang tau kan ada berapa kosong dalam 2 Juta? RM 2,000,000! Tak ke naya tu? Dari awal sebelum kes ni masuk mahkamah kita sudah boleh melihat siapa yang bakal kalah dan siapa yang akan menang.Sangat jelas statement Nabil itu yang korang boleh baca di Nabil Kutuk Filem Sendiri? Siot Sungguh! Korang sendiri boleh nampak bertapa tidak berakalnya statement dari Nabil yang langsung tidak memikirkan tentang nasib filem ini dan dengan selamba beliau mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan niat peminat yang ingin menonton gandinganya bersama Mila.Dengar cerita lagi yang Nabil tidak memberikan komitmen kepada siri promosi yang dianjurkan oleh pihak penerbitan filem ini.Makin marah lah tuan producer tu betul tak? Huahuahua..

Kini saman RM 2 Juta akan difailkan kepada Nabil! Siapa yang patut disalahkan? Rokku tak rasa kes ini boleh diselesaikan secara baik kerana ini membabitkan perlaburan yang bernilai jutaan ringgit dan hanya dengan satu komen tak berakal dari Nabil,filem ini telah gagal mencapai target kutipan yang ditetapkan oleh pihak penerbitan yang mengeluarkan duit yang bukan sedikit untuk menjayakan filem ini.
Untuk korang pulak kalau nak bercakap tu lain kali biar lah berpada-pada,gunakan akal dan fikiran.Jangan ingat yang pandangan dan pendapat peribadi anda itu tidak akan mendapat perhatian.Nak pulak sesuatu yang membabitkan kerjaya anda sendiri! Silent is gold bak kata omputih,Heheheheh...

Mar 2, 2010

Berita Harian Kasi Hint Lagi!

                                                      
Korang pun mesti ada vote artis-artis kesayangan korang kan? Ramai betul artis-artis yang melobi undian peminat diFacebook.Rokku tengok Lisa Surihani,Fara Fauzana dan ramai lagi sudah memulakan proses melobi undian sejak awal-awal lagi.Rokku paling suka dengan cara Fara Fauzana yang memberikan hint saja kepada peminatnya dengan bertanya "Korang ada handphone tak?" Hahahah..Pandai sungguh Fafau ni kasi hint saja dan peminat pulak dah dapat agak mesti fafau nak suruh undi ni!

Hari ni Berita Harian mengeluarkan hint mengenai Top 10 artis yang mendapat undian tertinggi,dan seperti yang dijangkakan nama Dato Siti,Aizat,Fara Fauzana,Tiz Zaqyah,Faizal Tahir dan Mawi tersenarai sebagai Top 10 paling popular menerusi undian SMS dan keratan akhbar.Antara lain yang turut tersenarai adalah Remy Ishak dan Aznil.Turut mengikuti rapat dibelakang Top 10 ini adalah Stacy,Akim,Yuna,Liyana Jasmay dan Noorkhiriah.

Seperti biasa lah agenda Berita Harian mengeluarkan hint-hint ini adalah untuk memancing lebih undi dari korang semua! Jadi jangan berhenti mengundi dan jangan pulak anda berhutang kredit telefon selepas ini ye? Hahahah..Nak senang pergi tawaf satu kampung atau pangsapuri korang tu dan mintak keratan Berita Harian jiran-jiran korang dan undi banyak-banyak tanpa pakai kredit walau sesen pun!Huahuahua..Berjimat cermat amalan mulia! Berikut adalah senarai kategori yang sedang sengit bersaing!

Penyampai Radio Lelaki Popular - saingan di antara Faizal Ismail dan Aznil Nawawi. 


Penyampai Radio Wanita Popular - saingan di antara Fara Fauzana dan Linda Onn. 


Artis Komedi Lelaki Popular - saingan di antara Nabil dan Saiful Apek. 


Artis Komedi Wanita Popular - saingan di antara Noorkhiriah dan Kenchana Dewi 


Artis Baru Lelaki Popular - saingan di antara Black dan Akim. Minggu lalu saingan sengit di antara Hafiz dan Black. 


Artis Baru Wanita Popular - saingan di antara Tiz Zaqyah dan Yuna.

Azan Akhirnya Berkumandang Di Radio Era

Dulu masa kecik-kecik boleh dikatakan Rokku ni merupakan manusia yang paling fanatic dengan Era Fm! Setiap masa Rokku akan dengar Era,kalau takde Era memang kurang sempurna lah hidup Rokku.Memang melalaikan ketika itu,mendengar radio tanpa henti.Sedar-sedar je dah pukul 6 petang! Zohor terbalik,Asar tertonggeng! Lupa semua yang patot Rokku sempurnakan.Sekarang citarasa dah lain,Rokku sudah amat jarang mengodek frekuensi radio dan mendengar Era.Tapi semalam secara tak sengaja Rokku tergodek dan terdengar Era dan paling menakjubkan adalah Rokku dengar Azan Asar berkumandang!

Alhamdullilah,selepas bertahun-tahun dikritik kerana hanya memutarkan lagu dan tidak langsung menyiarkan Azan akhirnya pihak AMP Radio Network bertindak menyiarkan Azan bermula minggu ini atau minggu lepas.Terlambatkah untuk mula menyiarkan Azan? Bagi Rokku tiada istilah lambat bila ada niat untuk berubah,Era mempunyai rangkaian pendengar yang boleh dikatakan 99% Muslim! Kenapa hanya menyiarkan lagu nasyid ketika Azan? Apa sensitiviti yang Era cuba elakkan? Jika Era didengar oleh 50% Muslim dan 50% lagi bukan Muslim maka kita semua boleh memahami tindakan Era itu tapi majoriti pendengar mereka adalah orang Islam yang dalam berhibur masih perlu diingatkan untuk menyempurnakan Solat!

Setelah tidak popular baru lah tindakan untuk berubah diambil oleh radio Era,mungkin ketika mereka popular mereka menganggap ketika Azan orang akan buat endah tak endah dan mengalihkan siaran kepada radio lain dan itu risiko yang mereka tidak mahu terjadi kepada rating radio Era! Mungkin mereka menganggap orang yang mendengar radio ingin mendengar lagu dan bukannya Azan! Jadi mereka pun memutarkan lagu nasyid bagi mengantikan seruan Azan.? Jika begitu lah yang mereka fikirkan memang dah lama tersesat radio Era ni dah Rokku bersyukur sangat-sangat dengan perkembangan ini! Semoga lepas ni ada lah segmen-segmen agama dan carta lagu nasyid pulak eh? Kan radio Era suka putar lagu nasyid? Hehehehe..

Mar 1, 2010

Detektif Era Bongkar Rahsia Artis

Hahaha..Sapa pernah mengikuti segmen ni? Segmen yang diberi nama Detektif Era ini mengunakan mesin pengesan bohong atau Lie Detector yang berfungsi sebagai alat untuk mengantoikan artis yang terperangkap diatas kerusi panas itu.Ianya umpama berada dimahkamah dan sesi soal jawab yang dilakukan walaupun penuh hilai tawa tetap membawa keputusan yang mengejutkan pendengar-pendengar Era.

Antara Artis yang terkantoi adalah Saiful Apek yang walaupun pada zahir nya hanya releks tetapi didalam hatinya mesin Lie Detector itu mampu mengesan rasa tercabar dan cuak yang ada didalam diri Apek apabila mengenangkan kedatangan pelawak generasi baru dan bintang paling popular 2008 Ahmad Nabil! Mesin itu juga berjaya mengesan yang Marsha sebenarnya lebih 'horny' kepada Aznil HJ Nawawi berbanding pengarah dan penyanyi popular yang pernah digosipkan dengan nya iaitu Yusry KRU.Hihihihi..

Dengar cerita ada jugak artis yang lari disebabkan risau akan kantoi dan gagal melepasi ujian mesin mesti jujur tersebut.Huahuahua..Ada ke patot dia lari! Menurut pengurus program Era Nazri Noran,program ini sebenarnya telah mula diperkenalkan kepada pendengar radio Hitz.Fm tiga tahun yang lalu tetapi bukan ditujukan kepada selebriti tetapi kepada peminat radio Hitz.Ujian dilakukan oleh pakar poligrafi encik Akbar Satar dari Akbar& Associates.

Sekarang puan Azwana Alia @ Azwan Ali pula yang diberikan tanggung jawab untuk mengendalikan Detektif Era,Yela mungkin orang kurang suspen dengan kelibat Aznil yang merupakan pengacara yang easy going dan kurang lasernya.Tapi dapat pulak Azwana Alia sebagai Detektif Era! Artis-artis yang datang pun cuak mengenangkan keleseran molot si Azwan Ali tu!.Sebab Azwan kalau pasal nak kantoikan orang memang cukup pandai! Huhuhu...
Korang selalu dengar saja segmen best ni kan? kali ni Rokku kasi gambar esklusif buat korang! Time ni artis yang terbabit tengah cuak dan berpeluh takut rahsia terbongkar dan didengar jutaan peminat! Ntah-ntah pakai pampers kot? Huahuahua..

Ringkasan tentang mesin Lie Detector.Mesin ini mengesan seseorang dengan reaksi fisiologi dan perubahan dalam tubuh,jika mangsa berbohong gelombang akan akan bergetar lebih cepat dan jika dia berkata benar maka gelombang nya lebih stabil.Ramai yang lulus dengan cemerlang seperti Norman KRU yang mengatakan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap adik-adiknya serta Cat Farish yang berkata benar tentang isu  kenapa begitu ramai ahli kumpulannya yang menarik diri dan isu yang mengatakan Cat Farish kurang menjaga kepentingan ahli kumpulannya.Fazli Zainal juga berjaya menjawab isu Gay dengan jujur tetapi kantoi bila dia berbohong tentang kekasih hati! Malah Fazli sendiri keliru kenapa dia gagal menjawab soalan itu kerana dia sememangnya tidak mempunyai teman wanita.

Bagi Azwan Ali pula pengalaman mengendalikan program Detektif Era merupakan suatu pengalaman yang menarik,contohnya bila ada artis yang meminta supaya soalan tidak ditanyakan kepadanya dan diedit dari siaran radio! Didie Alias mengalirkan air mata bila menceritakan kisahnya ditipu kawan baik sendiri,Program ini juga adalah platform untuk artis menjernih kan sebarang kontroversi yang terpalit dengan tampil berani dan berhadapan dengan mesin kontroversi The Lie Detector! Nantikan Detektif Era yang bakal dibawa ke stesen TV astro ria dan dijadikan program TV pula manakala segmen di radio Era bakal ditayangkan di You Tube!

Erema Songlap Duit Seri Bayu Dan Peguam Erema Tarik Diri?


Ni satu lagi kes mahkamah yang melibatkan selebriti tanah air yang bercerai,lepas ni makin banyak kes cerai yang bakal mengambil tempat.Ni kisah penceraian Erema dan Seri Bayu,Peguam yang mewakili Erema telah menarik diri dari kes tersebut dengan alasan yang dia telah dipecat oleh Erema sendiri dan Erema sudah pun mengambil peguam baru.Peguam Syarie Ahmad Tarmizi Shariff menghantar notis penarikan dirinya pada 22 febuari lalu.

Erema pula diberikan notis amaran kerana gagal hadir ke mahkamah,sementara itu Hakim Syarie Ghazalie Ahmad menangguhkan perbicaraan kes terbabit kepada 17 mei depan.Pada 22 disember lalu Hakim Ghazalie Ahmad memerintah kan Maybank mengeluarkan penyata akaun milik Erema bermula Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk diteliti dan disiasat oleh kerana dakwaan oleh pihak Seri Bayu yang Erema telah memasukkan wang Royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya secara tidak sah!

Pemohonan dibuat Seri Bayu yang didakwa tidak memberikan nafkah kepada isterinya sejak 2007,semasa prosiding Erema pula mendakwa yang Seri Bayu telah gagal memberikanya nafkah zahir dan 'batin' serta memberikan tekanan emosi kepadanya.Erema bernikah dengan Seri Bayu pada 19 disember 2006 yang turut menderita sejenis penyakit saraf.

Percintaan yang pada mulanya kita lihat amat luar biasa! Gadis secantik Erema sanggup menikahi seorang yang sakit kronik seperti Seri Bayu.Tak sangka pula dalam diam-diam banyak sungguh kontroversi yang terjadi.Seri Bayu cakap Erema curang dan Erema menafikanya.Erema pula mengatakan yang Seri Bayu banyak menipu duit penyanyi dan tidak menyiapkan lirik mereka setelah mendapat bayaran.Siapa yang salah tu Tuhan saja lah yang tahu,kes pun masih dalam perbicaraan.Kita tunggu dan lihat apa pula yang bakal terjadi selepas ini. :)

Eksklusif Gambar Baby Yatt Haryatti


Alhamdulillah,Selamat sudah Yatt Haryatti melahirkan baby somel yang cute ni! Ni gambar eksklusif anak yang baru saja dilahirkan semalam.Namanya pun cute jugak,Suci Hanania Malika Bt Abdul Mutalib.Amboi nama anak artis Malaysia ni memang powderful lah! Sangat menarik dan unik,Dah besar nanti mesti cute macam mak dia jugak.Mana lah tau kalau-kalau Suci Hanania Malika mengikuti jejak langkah ibunya dan menjadi pelakon pulak nanti.Hehehe Semoga hidup berkeluarga dan tangungjawab sebagai ibu menjadikan Yatt lebih bahagia hendaknya Amin..


Scha Dengan Awal, Diana Danielle Dengan Farid Kamil?

Hehehe,what and odd couple! Awal ala-ala lembut,Scha pulak keras macam tomboy! Huahuahua Sapa nak jawab? Tidak lama selepas Awal mengatakan dia sedang 'keluar' bersama-sama seseorang kini Scha pula mengakui yang dia sedang 'keluar' bersama-sama dengan Awal.Sama tinggi,sama cute dan cukup sepadan bagi Rokku.Scha cuba bermain teka teki dengan tidak menberitahu siapakah jejaka yang sedang berdating dengannya dan bila dia ditanya adakah lelaki itu Awal? Scha dengan tersenyum menjawab Awal adalah lelaki yang 'paling baik' dengan saya sekarang.Nak cakap kami berdating rasa 'geli' lah pulak nak guna perkataan dating tetapi memang kami ada 'keluar' bersama.

Alahh mengaku je lah,susah tol lah dengan artis Malaysia yang suka berahsia dan berteka teki ni.Nak sorok macam mana? Selagi Rokku ada korang tak boleh sorok apa-apa! Huhuhuhu Kalau dah dapat pengantinya si abang Fahrin tu elok lah kan? Penat jadi single nih,bila bercinta dan dalam hati tu dah ada taman! Semangat untuk berkerja dan melakukan yang 'terbaik' tu pasti lebih meluap-luap bak pop corn panas yang sedang di goreng! Hekhekhek..Semoga perhubungan kali ini membawa berkat hingga ke jinjang pelamin dan bukan membawa lebam dimuka ye Scha?


Ni kisah Diana Danielle pulak berteka teki,dari jawapanya nampak sangat yang Diana memang sedang bercinta dengan Farid Kamil.Diana tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan pertanyaan yang diajukan kepadanya! Jadi diorang ni bercinta ke tak? Bak Rokku jawab kan sebab Diana tersipu malu sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipit beliau yang cute itu. Diana dengan Farid memang sedang bercinta dan dah kantoi pon! Siap keluar dating dan makan suap menyuap lagi! Huhuhu,nampak sangat dari senyuman dan gerak geri yang mereka berdua ni memang sedang dilamun cinta!

Rokku tak kisah kalau diorang nak berahsia,tapi apa kejadahnya dalam berahsia tu mereka siap kasi hint yang memang betul mereka sedang bercinta? Sorang cakap saya sedang keluar dengan seseorang dan bila ditanya adakah lelaki itu Awal? Dia kasi hint balik dengan terang benderang dengan mengiyakan kenyataan yang dikatakan rahsia itu.Sorang lagi tidak mahu lagi kisah peribadi mengatasi kisah kerjayanya,atas alasan yang dia tidak mahu kisah silam berulang kembali.Tapi sorok punya sorok,kantoi jugak! Hahahaha Semua orang dah nampak Diana dan Farid berdating sambil makan malam bersama dalam keadaan yang romantik bak filem terbitan Yusuf Haslam! Mana nak sorok? Siap manja-manja dan senyum-senyum kambing ketika dinner tu.Bawa pulak kawan-kawan nak cover line,tapi cover line tak menjadi sebab nampak sangat aura percintaan terbit dari pandangan mata mereka berdua,Aduhhhh... Jangan dah putus nanti baru nak mengaku dh putus macam Erra dan Hans dulu.Takde angin takde ribut,tiba-tiba putus lak! Macam-macam!

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics