Tahniah kumpulan Kecik! Kini nama anda adalah sebaris dengan bekas-bekas juara seperti Yus,Nabil dan Sepah yang menempa kejayaan dengan menjadi juara bagi program realiti paling mendapat tumpuan di Malaysia iaitu Raja Lawak.Yes paling mendapat tumpuan,kenapa Rokku cakap macam tu? Sebab berdasarkan rating dari Astro Raja Lawak telah mengatasi rating bagi program reality yang lain dan juga mendapat rating lebih tinggi dari Akademi Fantasia!Bukan senang nak beat AF tapi program Raja Lawak telah berjaya melakukannya dan membuatkan penonton sentiasa menunggu-nunggu apa jenis lawak yang bakal disajikan untuk task terbaru.Rancangan ulangan Raja Lawak juga mendapat rating yang sangat tinggi dan lihat saja Raja Lawak di You Tube! Beratus ribu views yang menonton video-video kelakar tak henggat dari pelawak-pelawak baru tanahair.
Malam tadi Kecik diangkat sebagai juara Raja Lawak sekaligus membawa pulang hadiah yang berupa sebuah trofi,wang tunai RM14,000,sebuah Naza Sorento,Set karaoke,Peti Sejuk,TV Plasma dan jam tangan Hugo Boss! Idlan peserta solo dari utara mendapat tempat kedua sementara Alex juga peserta solo dari sabah mendapat tempat ketiga.Bagi Rokku taraf mereka bertiga ni lebih kurang sama saja,tiada yang lebih lawak dari yang lain dan masing-masing mempunyai cara lawak yang berbeza.Tiada favorite bagi Rokku dan kemenangan Kecik malam tadi tidak langsung mengundang sebarang kejutan.Rokku mahu Idlan dan Alex mencontohi Zizan,Johan,Angah dan Along yang walaupun tidak memenangi Raja Lawak mereka tetap mampu melakar nama didalam industri hiburan tanahair dan menjadi popular!
Ini adalah platform untuk anda membina nama dan diluar sana lah tempat sebenar dimana Idlan dan Alex perlu membuktikan yang mereka betul-betul serius dan mempunyai tekad untuk berjaya! Lihat saja kumpulan Mamu yang tersingkir sebelum Raja Lawak final dan telah ditawarkan tempat untuk berlakon dibawah arahan Afdlin Shauki! Selepas ini pasti ada peluang yang mendatang dan jangan pulak lepas ni korang buat kerek pulak kat luar eh? Jangan kutuk filem korang sendiri dan jangan marah bila peminat banyak sangat mintak autograf dan beratur nak ambik gambar! Korang yang pilih cara hidup yang dikenali dan pandai-pandai lah menjalani hidup sebagai orang yang terkenal selepas ini! Kalau Rokku dengar benda-benda bodoh yang korang buat memang Rokku akan bash cukup-cukup kat blog nih! Huahuahua..Untuk juara kumpulan Kecik congrats Rokku ucapkan! Orang Sabah bukan hanya pandai menyanyi tapi Kecik buktikan orang Sabah juga pandai berlawak! Hehehehe..
Mar 8, 2010
Mar 7, 2010
AC Mizal Beli Kereta Bentley Yang Berharga RM1 Juta!
Dasat lah AC! Berkat kerja keras dan usaha yang berterusan dalam menjayakan perniagaan serta kerjaya pengacaraanya kini AC Mizal mampu memandu kereta Bentley yang berharga RM1 Juta! Ni bukan saman eh! Ni harga kereta mewah yang baru saja dibeli oleh AC Mizal dan dengan harga yang mengambarkan betapa berjayanya bisnes gelang magnet yang diusahakan oleh AC Mizal! Kalau nak harap bayaran dari pendapatannya yang bergelar pelakon,pengacara dan penyanyi boleh dikatakan agak sukar untuk AC Mizal membeli kereta berjenama mewah sebegitu tetapi pendapatan melalui bisnesnya yang sudah pun menjengah pasaran antarabangsa adalah salah satu penyumbang kejayaan AC Mizal yang dalam diam-diam sudah bergelar jutawan!
Dengar cerita AC Mizal juga sudah memiliki sebuah super car berjenama Porsche sebelum dia membeli Bentley tersebut.Wah kurmak! Rokku pon teringak gak nak pakai kereta yang mahal-mahal ni tapi apa boleh buat,Taik idung bulat-bulat saje yang Rokku ada! Huahuahua..Tahniah AC Mizal! Dari 4U2C kepada Gerak Khas siapa sangka kini AC Mizal sudah bergelar jutawan dan hidup senang lenang! Tapi tahniah juga Rokku ucapkan kepada isteri AC Mizal iaitu Emylia Rosnaida yang bertungkus lumus membantu menaikkan kerjaya AC Mizal dan berhenti berlakon semata-mata mahu menguruskan kerjaya pengacaraan,nyanyian dan lakonan AC! Bak kata perpatah inggeris! Behind A Great Man,Theres A Great Woman! Diharap dah kaya raya ni AC dan Emylia tidak lupa pada yang memerlukan! Rezeki yang diberikan Tuhan tu adalah amat adil,jadi berlaku adil lah kepada mereka yang kurang bernasib baik.Untuk korang lak? Rokku kasi kete mainan Bentley sorang sebijik,dah dapat pi main jauh-jauh! XD
Aril Pengacara Baru Trek Selebriti?
Jimmy Shanley sudah pun mengendalikan Trek Selebriti selama hampir 7 tahun dan selepas mendapat tawaran bagi mengacarakan AF8 Jimmy mengambil keputusan untuk meninggalkan Trek Selebriti sekaligus membuka peluang kepada pengacara baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jimmy.Banyak nama muncul dan diperkatakan bakal mengisi tempat rancangan popular di Astro Ria itu antaranya termasuklah Zizan Raja Lawak,Yasmin Hani dan Sazzy Falak.Tapi menurut sumber terbaru yang Rokku dengar bukan mereka yang dipilih sebagai pengganti Jimmy tetapi nama Aril AF7 yang muncul dan dikatakan Aril telah pun memulakan tugasnya mengacarakan siri terbaru Trek Selebriti edisi Akademi Fantasia.
Korang mungkin taktau yang Aril pernah menjadi pengacara satu program remaja yang suam-suam kuku di RTM 1 sebelum dia menyertai AF.Menurut sumber itu Aril sangat bersemangat bagi memulakan tugasnya sebagai pengacara baru Trek Selebriti dan kelihatan begitu berkeyakinan ketika mengendalikan Trek Selebriti.
Untuk Aril Rokku ucapkan good luck,nak challenge Jimmy dan apa yang telah Jimmy lakukan untuk Trek Selebriti bukannya sesuatu yang mudah!
Hampir 7 tahun mengendalikan Trek Selebriti pasti ramai yang berasa kekok apabila Aril pula mengisi tempat baru sebagai pengacara dan diharap kalau ada kritikan yang datang jangan pulak sentap tak tentu pasal ambil semua tu sebagai panduan dan perbaiki mutu pengacaraan anda! Jimmy masa first episod mengendalikan Trek Selebriti pon kekok jugak! Macam robot je,keras semacam.Dah lama-lama lembut pulak jadinya si Jimmy tu! Huahuahua..Rokku tak suka nak mempertikai kan keputusan yang diambil Astro ni kerana Rokku sendiri merasakan perlunya bakat-bakat baru diberikan peluang dan ruang untuk muncul dan menggantikan muka-muka lama sebab kadang-kadang tu rasa muak jugak asik muka yang sama je!
Korang mungkin taktau yang Aril pernah menjadi pengacara satu program remaja yang suam-suam kuku di RTM 1 sebelum dia menyertai AF.Menurut sumber itu Aril sangat bersemangat bagi memulakan tugasnya sebagai pengacara baru Trek Selebriti dan kelihatan begitu berkeyakinan ketika mengendalikan Trek Selebriti.
Untuk Aril Rokku ucapkan good luck,nak challenge Jimmy dan apa yang telah Jimmy lakukan untuk Trek Selebriti bukannya sesuatu yang mudah!
Hampir 7 tahun mengendalikan Trek Selebriti pasti ramai yang berasa kekok apabila Aril pula mengisi tempat baru sebagai pengacara dan diharap kalau ada kritikan yang datang jangan pulak sentap tak tentu pasal ambil semua tu sebagai panduan dan perbaiki mutu pengacaraan anda! Jimmy masa first episod mengendalikan Trek Selebriti pon kekok jugak! Macam robot je,keras semacam.Dah lama-lama lembut pulak jadinya si Jimmy tu! Huahuahua..Rokku tak suka nak mempertikai kan keputusan yang diambil Astro ni kerana Rokku sendiri merasakan perlunya bakat-bakat baru diberikan peluang dan ruang untuk muncul dan menggantikan muka-muka lama sebab kadang-kadang tu rasa muak jugak asik muka yang sama je!
Mar 6, 2010
Anak Eja Didera Orang Gaji
Aduhhh..Ngeri betul dengar cerita ni,Anak Siti Shahrizah atau Eja didera oleh pembantu rumahnya yang bukan saja mencederakan anaknya malah turut mencederakan dirinya sendiri! Turut dirosakan adalah perkakasan rumah dan perabot serta pinggan mangkuk berjenama turut menjadi mangsa pembantu rumahnya.Eja kerugian hampir RM 50,000 akibat kerosakan harta benda yang dialaminya.
Eja menambah dia mendapat pembantu rumah itu melalui agensi perkerja asing setelah menjelaskan bayaran sebanyak RM 6,200,Tujuan saya mengambilnya adalah untuk membantu saya menguruskan rumah dan bayi saya ketika saya dan suami tiada diatas urusan kerja.Malah agensi terbabit turut berjanji yang amah yang diberikan kepada Eja adalah seorang yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugas.
Rasa curiga mula terdetik dihati saya bila dia meminta saya memanggilnya dengan nama Susie tetapi nama didalam pasportnya adalah Mona,umur yang dinyatakan didalam pasport adalah 29tahun namun saya yakin yang tidak percaya kerana wajahnya yang terlalu muda (banyak makan jamu kot?) Malah ditubuh pembantu rumahnya itu turut dipenuhi dengan kesan torehan dan cakaran tetapi apabila Eja bertanya dia mengatakan yang itu adalah kesan akibat kemalangan motorsikal yang dialaminya.
Saya mula pelik apabila menemui banyak kesan torehan dan calar pada meja makan,kabinet dapur dan peti ais.Lebih membimbangkan adalah apabila bayi saya Nur Eishal pernah berdarah pada bibirnya dan luka ditangan tanpa diketahui puncanya.Dia juga sanggup mengangkat Al Quran untuk menidakkan perbuatannya menoreh dan merosakan perkakasan rumah! Selepas 3 bulan berkerja pembantu rumah Eja melarikan diri dan dapat dirakam menerusi kamera CCTV dan sempat juga dia merosakkan berberapa lagi perabot dengan menorehnya dengan pisau.
Menurut Eja dia tidak pernah memarahi dan meninggikan suara kepada Susie kerana merasakan Susie menghidapi penyakit penyakit psikologi yang serius,dia tidak boleh melihat barang yang cantik dan sempurna.Dengan merosakkan perkakasan rumah boleh membuatkan hatinya puas dan kami bersyukur yang Nur Eishal tidak dicederakan dengan lebih teruk.
Ni lah masalah pembantu rumah,kalau diorang baik majikan pulak dera! Bila majikan baik diorang pulak dera majikan! Masalah ini tidak akan berhenti kerana demand untuk mendapatkan pembantu rumah adalah amat tinggi dan masih ramai yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah! Macam-macam boleh berlaku,paling menakutkan ianya terjadi didalam rumah kita sendiri!
Betty Benafe Diganggu Lelaki Gila Seks
Gara-gara imej over seksi Betty Benafe kebelakangan ini telah membuatkan dia diganggu peminat misteri yang tahu nombor telefon dan email beliau serta menghantar mesej yang berbaur lucah! Haaa..Pakai lagi seksi-seksi! Kan dah kena sexual harassment,Kehkehkeh..Betty menambah yang lelaki terbabit yang ianya terjadi sejak dua minggu lalu dan Betty pelik bagaimana lelaki tersebut berjaya mendapatkan nombor telefonnya.
Pada mulanya saya menerima kiriman sms dan membaca berberapa kandungan sms itu untuk mendapatkan kepastian siapakah peminat misteri itu dan saya menjadi takut.Semakin lama ianya menjadi semakin menakutkan dan dia juga sanggup menawarkan dirinya untuk menjadi hamba saya.Sampai sekarang saya masih diganggu dan saya sangat risau jika dia berjaya mengetahui dimana tempat tinggal saya! Saya menjadi fobia dengan gangguan ini.
Lelaki yang mengenalkan diri sebagai Mr.Lim itu sanggup merayu berbuat apa saja asalkan pelakon itu mahu menjadi kekasih hatinya.Saya rasa dia seorang yang psyco,cara dia bercakap seperti dia mengenali saya tapi sebenarnya tidak!Jika ini berterusan saya akan membuat laporan polis untuk keselamatan diri saya dan saya cukup gerun mengenangkan cerita seorang model yang dibunuh peminat misteri.
Kena gangguan sudah cik Betty kita ni,si Mr Lim ni dah sasau sebab asik tengok gambar Betty yang seksi sehingga seksa jiwa dan raganya! Tidak tertahan lagi sehingga dia menawarkan diri untuk menjadi hamba Betty! Kehkehkeh..Pernah dengar artis bertudung kena harassment tak? Tak pernah kan? Sebab orang hormat dengan mereka.Artis seksi saja yang terkena dan itu membuatkan Rokku pelik! Kenapa artis seksi je yang kena sexual harassment? Sendiri mau ingat lah.. XD
Mar 5, 2010
Aznil Hj Nawawi Mengaku Bakal Isi Kerusi Pengkritik Tetap AF8
Selepas AC Mizal mengumumkan penarikan diri beliau sebagai pengacara AF8 banyak desas desus yang mengatakan kemungkinan kembalinya Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara AF8 namun ianya tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang dipilih sebagai pengacara AF8,Rokku jugak pernah mengeluarkan khabar angin mengenai Aznil yang bakal mengisi kerusi panas pengkritik tetap AF8.Kalau Rokku cakap tu mesti akan terjadi punya! Aznil sendiri telah mengesahkan bahawa beliau akan menduduki kerusi pengkritik tetap buat AF8.
"Sebagai pengkritik tetap,saya akan mengunakan pengalaman yang ada untuk membantu pelajar-pelajar membina keyakinan diri mereka untuk bergelar penghibur."
"Saya tidak akan menyentuh aspek teknikal kerana akan ada pengkritik yang lebih layak untuk memperkatakan tentang soal itu".
"Saya berharap untuk berkongsi pengalaman yang telah saya timba bersama pelajar AF8 setelah 2 dekad saya bergelumang dalam industri hiburan tempatan".
Ditanya mengenai pemilihan Jimmy Shanley sebagai pengacara AF8 Aznil mengakui dia amat gembira dengan pemilihan itu, "Saya sudah tua dan keadaan tidak akan sama jika saya masih meneruskan tugas sebagai pengacara AF".
Aznil juga mengakui yakin akan kemampuan Jimmy mengendalikan AF8 dengan pengalaman luas Jimmy selama 7 tahun bersama Trek Selebriti.Jimmy harus belajar untuk menjadi lebih spontan dan peka dengan kemungkinan yang akan terjadi didalam rancangan secara langsung seperti AF8.Jimmy yang terharu dengan nasihat Aznil berikrar akan mengendalikan AF8 dengan cara nya yang tersendiri dan tidak mahu dibandingkan dengan AC Mizal serta Aznil sendiri. "Ini lah peluang untuk saya buktikan kepada semua yang saya mampu melakukan semua ini dan saya harus berkorban dengan meninggalkan Trek Selebriti untuk ke landasan yang lebih baik iaitu AF8"
Mar 4, 2010
Zizan Nin Kerek?
Rokku pernah keluarkan satu entry mengenai tarikh kahwin Zizan Nin tak berapa lama dulu dan kini ada satu lagi kisah mengenai Zizan Nin,Cerita ni Rokku dapat dari satu blog gossip.Kononnya Zizan Nin berlagak dan tidak mahu peminat mengambil gambarnya.Kisah terjadi bila seorang jurukamera dari blog berkenaan pergi ke satu majlis pelancaran kosmetik jenama terkenal di Mid Valley malam tadi.
Jurukamera blog terbabit pun terlihat lah kelibat Zizan Nin yang sedang ditemubual oleh berberapa wartawan.Jurukamera tu pon ambik lah gambar Zizan Nin secara paparazzi dan kelihatan seperti Zizan Nin sudah bersedia untuk beredar selepas menjawab pertanyaan wartawan.Zizan kemudiannya bertanya "Awak dari majalah mana"? kepada jurukamera berkenaan.Dengan coverline jurukamera tersebut menjawab,
"Gambar ni cuma untuk simpanan peribadi."
Dengan pantas Zizan Nin menutup kamera si jurukamera terbabit dengan tangannya dan mengatakan "No photo for personal use!" Bila dah kena marah jurukamera tu pon terdiam kejap,begitu mahal dan eksklusifnya si Zizan Nin ni sampai peminat pon tak boleh ambik gambar dia.Kerek sungguh peminat nak ambik gambar pon salah ke? Wartawan-wartawan majalah yang popular je boleh ambik gambar lu? Ramai lagi artis lelaki yang popular tak penah Rokku dengar perangai kerek yang sampai macam ni.! Kalau rasa diri tu mahal sangat tak payah lah jadi artis kat Malaysia ni,pergi jadi artis kat hollywood! Sungguh panas hati Rokku bila mendengar cerita ni! Untuk korang jangan ambik gambar Rokku! Rokku nak kerek kejap! Nak jadi artis!
Jurukamera blog terbabit pun terlihat lah kelibat Zizan Nin yang sedang ditemubual oleh berberapa wartawan.Jurukamera tu pon ambik lah gambar Zizan Nin secara paparazzi dan kelihatan seperti Zizan Nin sudah bersedia untuk beredar selepas menjawab pertanyaan wartawan.Zizan kemudiannya bertanya "Awak dari majalah mana"? kepada jurukamera berkenaan.Dengan coverline jurukamera tersebut menjawab,
"Gambar ni cuma untuk simpanan peribadi."
Dengan pantas Zizan Nin menutup kamera si jurukamera terbabit dengan tangannya dan mengatakan "No photo for personal use!" Bila dah kena marah jurukamera tu pon terdiam kejap,begitu mahal dan eksklusifnya si Zizan Nin ni sampai peminat pon tak boleh ambik gambar dia.Kerek sungguh peminat nak ambik gambar pon salah ke? Wartawan-wartawan majalah yang popular je boleh ambik gambar lu? Ramai lagi artis lelaki yang popular tak penah Rokku dengar perangai kerek yang sampai macam ni.! Kalau rasa diri tu mahal sangat tak payah lah jadi artis kat Malaysia ni,pergi jadi artis kat hollywood! Sungguh panas hati Rokku bila mendengar cerita ni! Untuk korang jangan ambik gambar Rokku! Rokku nak kerek kejap! Nak jadi artis!
Pelakon Russia Jatuh Cinta Dengan Tomok?
Huhuhu..Biar betul Russia punye awek cute-cute siot! Nak pulak pelakon yang datang dari Russia,Mesti rupa ala-ala Anna Kournikova dengan Maria Sharapova nih! Macam mana awek Russia yang jugak merupakan seorang pelakon tu boleh terjatuh cintan dengan Tomok? Korang mungkin tahu dan mungkin tidak mengenai pemergian Tomok ke Dubai bagi membintangi sebuah filem yang diberi tajuk 'Mantera' dan awek Russia tersebut juga membintangi filem yang sama.Filem ni ala-ala filem superhero! Badan Tomok yang sekeping ni sesuai jadi hero apa? Cicakman? atau Orang Lidi Man? Huahuahua..
Dengar cerita lagi yang awek tu selalu ajak Tomok pergi jalan-jalan sekitar Dubai tapi Tomok jual mahal pulak! Adehh ko ni Tomok,nak kena kaki ke baru nak sedar? Awek kiut ajak jalan ko wat derk je? Awek tu dikatakan memang suka dengan Tomok tapi mungkin jugak yang Tomok ni jenis setia so dia tak layan sangat pelakon Russia tu,entah-entah Tomok dah ada awek kat Malaysia ni dan lagi cute dari pelakon Russia tu.Setakat ni Rokku belum dapat sebarang gambar rupa dan kecantikkan pelakon Russia tu so Rokku tak dapat nak kasi kat korang.Nanti-nanti la Rokku update!
Eksklusif : Gambar Awek Hafiz AF
Mungkin korang ada terbaca terbaca tentang kisah awek Hafiz AF yang jambu tu kan? Haaa..Rokku dah dapat gambar awek dia dan ini secara eksklusif untuk korang Rokku persembahkan awek cun yang bernama Fifi Azman ini buat korang! Dengar cerita dia ni pernah berlakon bersama-sama Scha Al Yahya untuk drama Awan Dania tapi Rokku tak perasan pulak si Fifi ni ada tertempek dalam drama tu.Nama pun watak tempelan memang lah susah nak kenal tol tak? Huahuahua
Dah popular jadi girlfriend kepada Hafiz nanti senang lah dapat offer,bak kata orang sambil menyelam minum air.Hehehehe..Korang layan je lah!


.jpg)














