Mar 28, 2010

Hans Isaac VS Adibah Noor VS AC Mizal


Malam tadi Rokku sempat menonton Galaksi di TV9 yang dihostkan oleh Irma Hasmie,Ni kali pertama Rokku menonton pengacaraan Irma Hasmie dan sejujurnya mutu pengacaraanya adalah amat baik! Takde sekalipun dia tersasul dan she is very fluent dalam menyampaikan setiap ayat dan Rokku nampak confident didalam dirinya! Tahniah Rokku ucapkan kepada Irma Hasmie yang berjaya menambat hati Rokku sebab bukan senang untuk Rokku nak menyukai mana-mana pengacara sebab Rokku lebih suka mencari kesilapan diorang je! Huhuhu..

Berbalik kepada kisah tajuk diatas,semasa menonton Galaksi keluarlah pulak majlis pelancaran teater Cuci The Muzikal 2 yang diterbitkan oleh Hans Isaac dan turut mengundang banyak kontroversi,mula-mula dengan AC Mizal dan kini dengan Adibah Noor pula.Semalam Hans Isaac yang mengulas mengatakan AC Mizal dibayar dengan harga paling tinggi tetapi dia gagal memberikan komitmen semasa Cuci The Muzikal musim pertama dan ketika memberikan komen dan meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan sikap AC Mizal,Hans menyebut "Brotherhood kami hanya bertiga,Awie Afdlin dan saya.Rasanya kami bertiga tau tu semua,AC Mizal sekadar menumpang saja" Kalau nak cakap pasal brotherhood tu Rokku tak kisah sangat.

Tapi Hans yang marah dengan AC Mizal turut membabitkan nama Awie dan Afdlin yang kononnya berasa tidak puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh AC Mizal.Kononnya dibelakang tabir Afdlin dan Awie turut mengutuk AC Mizal seperti mana yang dilakukan Hans.Rokku cukup tak berkenan dengan statement Hans tuh,kalau kau bergaduh dengan AC Mizal just be a gentleman! Hanya Hans dan AC Mizal bukanya turut mengheret nama Awie dan Afdlin kerana itu akan memburukkan lagi keadaan! Nanti takde angin takde ribut AC Mizal panas dengan Awie dan Afdlin pulak! Bergaduh lagi! Rasanya Awie dan Afdlin juga jika mereka menonton Galaksi malam tadi akan berasa marah kerana Hans mengaitkan nama mereka dengan pertelagahan nya dengan AC Mizal.

Kemudian Adibah Noor pula buka mulut tentang kenapa dia meninggalkan Cuci The Muzikal 2.
" Saya terpaksa menolak semua persembahan selama 3 bulan hanya kerana Cuci The Muzikal sedangkan itulah sumber mata pencarian saya.Apa yang dibayarnya adalah tidak setimpal dengan tawaran-tawaran yang telah saya tolak.Saya tidak boleh melakukanya lagi."
Walaupun seronok dengan watak Farah didalam teater itu tapi diluar pentas banyak perkara yang dipendam didalam hati ujar Adibah.
"Dia (Hans) tahu saya mempunyai rasa ragu dan masalah dengan berberapa perkara.Saya boleh lihat ianya akan berlaku untuk Cuci musim kedua dan ketiga.Selama ini saya hanya memendamnya didalam hati dan tidak menunjukkanya kepada mereka dan bila saya memutuskan untuk tidak kembali untuk musim kedua mereka semua terkejut"

Ditanya tentang perkara-perkara yang menjadi masalah kepada Adibah tersebut Adibah sekadar menjawab,
"Banyak benda,Kewangan,perasaan dan benda-benda lain yang saya perhatikan"Antara syarat yang dikenakan oleh Hans didalam kontrak adalah Adibah harus menghadiri semua sesi latihan tetapi bila Adibah membatalkan semua show dan persembahan hanya demi latihan tersebut dia nyata kecewa bila tiada seorang pelakon utama pun yang hadir untuk berlatih dan sebaliknya digantikan oleh pelakon ganti dan itu jelas mengecewakan Adibah.
Rokku tak suka nak menunding jari dan menyalahkan orang.Masing-masing yang terlibat tahu risiko dan komitmen yang perlu dikorbankan dan tandatangan telah pun diturunkan untuk teater tersebut.Bukan Rokku memburuk-burukkan Hans,cuma Rokku meluahkan rasa kurang senang Rokku dengan cara Hans menjawab pertanyaan wartawan didalam rancangan Galaksi malam tadi.Itu saja,Jangan hanya nak menang dalam pergaduhan dan mahu dilihat sebagai pemenang dimata peminat,nanti lain pula jadinya nanti bila artis yang tidak terbabit pulak bermasam muka dek kerana statement Hans.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics