Mar 31, 2010

Nasha Aziz Dilamar Oleh Nur Iman Tang


Lama jugak diorang ni bercinta kan? Selepas memeluk agama Islam Nur Iman Tang yang terkenal sebagai promoter dan juga orang kuat Clockwork Records kini telah melamar kekasih hatinya yang menjadi pujaan semua jejaka samada tua kerepot atau yang muda iaitu Nasha Aziz.Tarikh mereka berdua bakal disatukan adalah pada Jun tahun ini.Wahh tak lama lagi kan?


Nasha mahukan sebuah perhubungan yang diberkati keluarga dan Allah serta Iman akan menjadi ketua keluarga,dia sedang bersiap sedia untuk kearah itu ujar Nasha Aziz.Dalam soal cinta Nasha lebih suka membataskan pergaulan ketika masih belum berkahwin.
"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan,Mungkin juga sebab itu saya mengambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup". Nasha dan Tang juga telah membuat keputusan untuk mengerjakan Umrah terlebih dahulu sebelum perkahwinanya pada Jun nanti.

Pada 10 Mei Nasha dan Tang akan terbang ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah selama dua minggu dan selepas pulang dia akan melakukan persiapan terakhir menuju ke gerbang perkahwinan.Alhamdulillah..Rokku suka betul la kisah jejaka yang sukses macam Iman Tang ni masuk Islam dan berkahwin dengan orang melayu.Kawan-kawan Tang pun semua melayu,dia orang kuat artis underground.Dari ACAB sampai lah Gerhana Ska Cinta dia yang uruskan.Successful dan handsome! Hahaha..Untung Nasha dapat Tang ni,Gentleman orang nya..

Mar 30, 2010

UPDATE: Din Beramboi Masih Hidup Dan Jangan Percaya Kepada Rumors


Selama ni nampak macam sihat je Din Beramboi bila pagi-pagi kita dengar dia buat lawak dan menghiburkan kita semua bersama Aznil di segmen Riuh Pagi Era.Ketika bersama dengan Aznil untuk Riuh Pagi Era pada 24hb Mac yang lalu Din Beramboi sempat memberitahu kepada pengurus radio Era Nazri Noran yang badanya terasa sakit.Pada keesokkan harinya pula Din menghantar SMS yang mengatakan dia demam dan tidak boleh tidur.Akhirnya pagi semalam Din Beramboi terpaksa ditahan di Hospital kerana keadaanya menjadi semakin serius.

Penyakit Din Beramboi masih lagi belum diketahui dan dia masih lagi berada didalam kawalan doktor dan tidak sesiapa pun dibenarkan melawat.Nazri Noran yang sempat melawat juga mengakui Din Beramboi kelihatan lemah dan tidak sihat.Semasa mengendalikan program Mandi di Astro Warna Din tidak pernah mengambil cuti sakit sebaliknya terus berkerja walaupun dalam keadaan sakit.

Terbaru doktor terpaksa memberikan Din Beramboi ubat tidur kerana dia tidak dapat tidur selama 3 hari berturut-turut dan keluarga Din tidak membenarkan lawatan kerana mahu Din Beramboi berehat secukupnya.
Din Beramboi ni pelawak kesukaan ramai,Rokku tahu ramai yang akan mendoakan kesejahteraan Din dan mahukan pelawak tersohor negara ini kembali sihat! Sejak kebelakangan ni kuat betul Din Beramboi berkerja kan? Dari TV ke Radio,semua dia buat.Dapat rehat ke tak tu? Walaupun rezeki jangan ditolak tapi kesihatan diri kena jugak jaga.Rokku akan cuba update perihal sakit Din Beramboi pulak lepas ni.

UPDATE: Terbaru mengenai Din Beramboi,punca sebenar yang menyebabkan Din Beramboi koma dan organ dalamannya berhenti berfungsi adalah kerana Denggi Berdarah dan juga Jangkitan air kencing tikus yang sebenarnya memburukkan lagi keadaan.Jika tengah hari tadi keadaanya sudah kembali stabil tetapi menurut berita terbaru dari adik Din Beramboi mengatakan yang keadaan Din kembali kritikal dan doktor memberitahu untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.Malam ini di Masjid Al Ikhlas,Taman Seri Melati,Selayang akan diadakan solat hajat buat Din Beramboi.Diharap korang yang berdekatan datanglah untuk sama-sama mendoakan supaya Din kembali sihat seperti sediakala.

UPDATE: Terbaru Din Beramboi dilaporkan sudah sekali lagi kembali stabil,dan tidak berada didalam keadaan koma.Anak Din Beramboi Nil Aina Hadibah berkata yang keadaan Din Beramboi beransur pulih berbanding semalam dimana keadaanya sangat kritikal.Pihak hospital masih lagi tidak dapat mengenalpasti sakit yang dihidapi oleh Din tetapi disyaki Din menderita Denggi Berdarah dan juga mempunyai simptom jangkitan virus kencing tikus.

UPDATE: Hari ni 1 April dan khabar angin masih lagi terus berterbangan di Twitter dan Facebook dan disebarkan oleh artis-artis sendiri mengenai Din Beramboi yang telah meninggal dunia.Dah lah korang tak pergi hospital lawat dia.Korang sedap-sedap cedok khabar angin dan buatkan orang percaya yang bukan-bukan..Kalau orang biasa tweet mungkin ramai yang tak percaya..Tapi ni artis sendiri.Siapa artis tu? Korang carik lah sendiri! Teruskan berdoa untuk Din Beramboi. Dia masih bertarung dengan sakitnya dan doa kita semua diharap dapat meringankan beban yang sedang ditanggungnya..

Mar 29, 2010

Gambar Persandingan Umie Aida

Sekarang bukan Umie Aida lagi eh? Datin Paduka Umie Aida! Hehehe..Semalam adalah majlis resepsi Dato Paduka Khairuddin 47 dan Datin Paduka Umie Aida di Hotel One World.Memang menarik lah konsep,tema dan baju kedua mempelai yang membangkitkan keghairahan cinta mereka berdua yang masih lagi dalam mood berbulan madu.

"Selepas bernikah,saya rasa angau bercinta dengan abang dan hendak mengikut kemana saja dia pergi" Ulas Umie,Amboii lebih la tuh! Kalau abang tu nak pergi beyak camne? Nak menonton jugak ke? Wakakaka..
Nampak sangat duda anak 2 ni dah berjaya menambat hati Umie yang sebelum ini gagal disunting oleh mana-mana lelaki.Mereka berdua selamat bernikah di Masjidil Haram pada 14hb Mac yang lalu dan turut juga menjadi kontroversi apabila ramai yang mempersoalkan benarkah Umie bernikah di Masjidil Haram atau didepan Kaabah? Umie dah pun menegaskan yang sememangnya dia bernikah di Masjidil Haram walaupun prosedur yang perlu ditempuh adalah amat sukar.


"Alhamdulillah,Selepas dua minggu bergelar isteri,saya menjadi seorang manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang saya tiada perasaan cinta.Syukur saya dapat merasai sendiri rasa cinta kepada abang"
"Saya tak dapat nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin,Semasa baru lepas bernikah saya berasa kelakar kerana duduk berduaan bersamanya.Kenangan yang amat membahagiakan dan tidak boleh dijual beli"
Hidangan pertama Umie untuk suami adalah sup dan roti sardin! Pehhh Rokku punya peberet tuh roti sardin! dan Dato Paduka Khairuddin mencelah dan mengatakan masakan Umie memang sedap! Yelah,baru-baru memang lah sedap kan Dato? Hihihi


Sekarang Dato Paduka Khairuddin telah pun mula berkerja dan dia tidak mahu umie bersusah-susah memasak untuknya,cukuplah dengan menyediakan buah-buahan.Senang kan? Buah-buah je yang Dato minat! Buah ape lah agak nya eh? Wakakakakka..Dan kedua pengantin baru ini juga bakal berpindah kerumah baru mereka diBukit Kiara.Hampir 1200 tetamu meraikan majlis persandingan Datin Paduka Umie dan suami malam tadi dan antara tetamu kehormat yang dijemput adalah idola kepada Umie sendiri iaitu Tun Dr Mahathir serta isteri Tun Dr Siti Hasmah
Rakan-rakan artis yang hadir antaranya adalah teman baik Umie Erra Fazira,Serina Redzuan,Dynas,Nabila Huda,Sazzy Falak,Fazura,Lisa Surihani,Fahrin dan ramai lagi.Tetamu dihiburkan oleh nyanyian lagu dari Farhan,Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

Badrul Muhayat Wanted! Pukul Dan Cekik Isteri


Mamat ni memang dari dulu tak abis-abis kisah buruk je! Tak pernahnya baik,Skandal bukan main ramai.Tapi yang pelik bini dia ni setia je! Macam orang bodoh lah pulak! Bukan sekali dua kena terajang dengan tamparan si Badrul ni tapi baru sekarang kisah ni dibawa ke pihak berkuasa.Sekarang Badrul Muhayat tengah dalam pelarian dan taktau dimana ceruk hutan yang dia sedang berada.

Malah polis berkata yang Badrul Muhayat seperti boleh mengesan yang pihak polis sudah bersedia untuk memberkasnya dan berjaya melarikan diri.Kisah cekik dan pukul ni terjadi bila isteri Badrul terjumpa bukti yang menunjukkan kemungkinan Badrul Muhayat mempunyai hubungan sulit.(Kitorang dah lama tau!) Badrul dikatakan mencekik ditumbuk dan ditendang isterinya.Menurut polis pula Badrul dikatakan naik angin bila isterinya menimbulkan pergaduhan dengan mendakwa yang Badrul menghisap dadah dan juga mempunyai skandal dan mencetuskan pergaduhan yang turut didengari oleh jiran-jiran yang berdekatan.

Si isteri hanya mampu mengunakan pinggan sebagai senjata untuk mempertahankan diri dan kemudianya dibantu oleh jirannya untuk membuat laporan polis.Polis menasihatkan Badrul supaya menyerah diri untuk membantu siasatan( Dan menyenangkan kerja polis) dan kes akan disiasat dibawah 506 dan 324 kanun keseksaan.
Kesian si isteri ni,penuh kesetiaan terhadap suami tapi Badrul Muhayat ni pulak macam babuntot pulak perangainya.Hidup ni ada turun naik Badrul,nanti kau akan terima balasannya jugak!

Riz AF6 Tipu Wartawan Dan Peminat?


Huahuahua..Citer ni memang cukup kelakar la,bila kononnya si Riz AF6 dikatakan telah membuat penipuan terang-terangan di Harian Metro pada ahad lalu yang mengatakan dia membeli sebuah kereta mewah BMW dari komposer terkenal Ajai dengan sebahagian wang hasil dia berkerja sebagai pramugara dan juga duit show kerjanya sebagai penyanyi sekarang.

Tapi penipuan tersebut terbongkar bila mana bekas rakan sekerja Riz semasa bersama-sama berkhidmat di airport dulu memberitahu yang Riz hanyalah seorang penjaga kaunter tiket MAS dan bukannya seorang pramugara! Kuikuikui..Ape cer nih? Kesian wartawan tu kan? Depan mata kena tipu hidup-hidup!
Bila masa pula Riz sempat menjadi pramugara tu Wallahualam lah kan? Sebab Rokku ingat lagi dia kena saman sewaktu berhenti kerja secara mengejut semasa dia ingin menyertai rancangan realiti tv3 iaity Gangstarz.Dah saman pun still melambak duit simpanan nak beli BMW eh? Mana lah tau kan?

Banyak jugak kisah Riz ditaja tapi dia asik menafikannya dan siapa lah kita untuk mendakwa yang memang sah dia memang ditaja kerana Riz bukan lah popular sangat pun.Tapi kenapa sampai menipu wartawan dan peminat? Mungkinkah ada udang disebalik mee kari? Huhuhu..Mungkin jugak Riz memang ada duit simpanan dan sanggup tak makan demi nak membeli kereta BMW tu.Riz kan orang perak,so mungkin dia berpegang kepada tagline 'Biar pape Asalkan bergaye' Hehehehe ini link kepada Harian Metro minggu lalu kalau korang nak baca! Biar Sedap Pandu DiLebuhraya 

Mar 28, 2010

Gambar Perkahwinan Rahsia Amber Chia


Rokku pernah dengar pasal Amber Chia yang dikaitkan dengan seorang Tan Sri berbangsa cina yang tersenarai antara orang paling kaya di Malaysia! Tapi dalam diam-diam Amber Chia pada minggu lepas telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang tidak berpangkat di Bali Indonesia.Selidik punya selidik sebenarnya mamat yang menambat hati Amber Chia ini adalah seorang kawan lamanya.

Banyak gosip-gosip panas dan kurang elok mengenai Amber Chia dan dia tenang saja melaluinya.Ada juga yang menganiaya Amber Chia kerana dengki dengan kejayaannya tapi itu tak membuatkan gadis kelahiran Sabah ini berhenti dari mengecap kejayaan.Boleh dikatakan yang Amber Chia ni adalah model paling popular di Malaysia selain itu Amber juga selalu berlakon dibawah arahan pengarah-pengarah tempatan.


Sekarang dah kahwin pun,walaupun diam-diam bila wartawan menelefon dan bertanyakan hal tersebut dia dengan sopan berkata "Im so sorry dear,Dont worry we'll talk when i get back from my honeymoon" Kadang-kadang artis yang hado pun kalau jumpa peminat siap jeling-jeling lagi.Amber Chia yang busy ni tak pernah gagal memberikan komitmen kepada media.Macam mana korang nak maju kalau perangai macam hampeh!

Antara rakan artis yang berada diBali untuk meraikan perkahwinan beliau adalah Daphne Iking dan gaun perkahwinan Amber Chia telah direka oleh pereka terkenal Alvin Taya dan Keith Kee yang berwarna merah jambu dan putih.Dah kahwin mesti lah nak ada anak kan? Kalau dah beranak si Amber Chia nanti boleh maintain ke berat badan dia yang slim habis tu? Kalau kene tiup dek angin kencang mesti terebang si Amber Chia ni, Punya lah kurus.! Korang yang pompuan tu mesti jeles kan kan kan? Hihihihi..

Ibu Betty Benafe Tak Restu Hubungan Dengan Nash



Macam lagu Fauziah Latiff pulak kan? Cinta terhalang oleh orang tua.. Kesian diorang berdua ni,memang sweet memang sesuai tapi bila mak Betty kurang yakin dengan Nash untuk dijadikan menantu rasanya masalah besar boleh timbul.Hati siapa yang Betty perlu jaga? Hatinya sendiri atau hari Ibunya?
" Hati mana yang tak berbunga bila dah bercinta,Tengok lah saya sekarang semakin berisi.Ibu saya yang berada dijakarta turut terkejut dengan perubahan fizikal saya dan kini dia faham yang saya sedang bahagia.Sungguhpun begitu,ibu masih lagi belum merestui hubungan kami dan dia berharap saya hanya berkawan dahulu dan mengenali betul-betul hati budi Nash.Paling penting tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin.Saya tahu yang ibu ada mendengar cerita mengenai situasi Abang Nash dengan bekas isterinya dan mungkin dengan sebab itu dia terpengaruh dan tidak mahu saya tersilap percaturan dalam hidup."

" Saya sedar yang ramai orang memandang serong kepada abang Nash,namanya seakan hitam selepas pergolakan rumah tangga dengan bekas isteri tercetus.Tetapi sebagai insan yang mengenali abang Nash saya percaya pada kejujuranya.Biarpun ramai yang seolah-olah tidak merestui hubungan kami,malah ada yang menganggap Nash sebagai kaki pengikis namun saya tak ambil peduli!
Betty menambah yang dia juga hairan kenapa manusia suka menjatuhkan hukuman kepada seseorang dan tidak memberikanya ruang untuk memperbaiki keadaan.Malah ada saudara mara Betty yang membantah perhubungan mereka berdua sehingga membuatkan Betty menjadi stress.

Betty tetap menegaskan bahawa Nash adalah pilihan yang terbaik dan seorang lelaki yang terbaik buatnya.Bekas kekasih Betty hanya menjadikan dia sebagai bahan perhiasan didalam hidupnya tetapi tidak Abang Nash.Bagi Betty Nash adalah pakej lengkap yang diperlukanya untuk melengkap jiwa dan dirinya.
Bercakap tentang jodoh Betty mengaku yang mereka ada berbincang mengenainya namum Nash mahukan ruang dan masa untuknya membersihkan nama dan menjernihkan kembali keadaan ditambah dengan pandangan serong masyarakat terhadap dirinya.
Bagi Rokku ibu Betty berhak memberikan pendapat kerana apa yang ada didalam hati dan kepalanya hanyalah niat yang mahukan anaknya hidup bahagia.Menentang bukanlah bermaksud yang buruk tetapi cuma mahu menjaga kebajikan anak nya sahaja.Hanya pendapat ibunya saja yang patut dipakai oleh Betty dan bukannya saudara mara yang suka bergosip tuh.Yang nak kahwin Betty bukan saudara mara dia tu.Ada aku kesah? Kata Si Betty! Huahuahua...

Nak Tengok Spa Qistina Kena Bayaran RM 9.95


Ni dah kira pecah rekod! Buat pertama kali kalau kita nak tengok drama melayu kat Astro kena masuk saluran Box Office dan bayar RM 9.95.Adehh apa motif Astro buat macam ni? Nak untung lagi besar atau saja taknak kasi orang tengok?

Rokku sendiri tak penah menonton Spa Qistina nih,cuma Rokku berminat nak tengok bila ada Tiz Zaqyah dalam drama nih,tu je.Hehehehe..Adakah drama ni terlalu mahal dengan bayaran tinggi kepada setiap pelakon atau Astro dan pihak penerbit drama merasakan ini adalah peluang untuk mencari duit lebih?

Drama kita macam mana bagus pun masih belum bertaraf pay per view bagi Rokku! Spa Qistina tak mungkin dapat mengatasi populariti dan impak yang dihasilkan oleh Nur Kasih.Walaupun kualiti dan rating setinggi itu,takde pulak ura-ura yang TV3 nak kenakan bayaran pulak untuk menonton Nur Kasih.

Tapi nak cakap macam mana kan? Itu drama diorang dan stesyen tv diorang.Kita sebagai penguna jangan biarkan diri ditindas pulak.Pandai-pandai lah korang timbangkan samaada nak bayar untuk menonton Spa Qistina atau tengok drama lain saja.Kalau taknak bayar tonton lah di You Tube saje.Kehkehkeh..

Hans Isaac VS Adibah Noor VS AC Mizal


Malam tadi Rokku sempat menonton Galaksi di TV9 yang dihostkan oleh Irma Hasmie,Ni kali pertama Rokku menonton pengacaraan Irma Hasmie dan sejujurnya mutu pengacaraanya adalah amat baik! Takde sekalipun dia tersasul dan she is very fluent dalam menyampaikan setiap ayat dan Rokku nampak confident didalam dirinya! Tahniah Rokku ucapkan kepada Irma Hasmie yang berjaya menambat hati Rokku sebab bukan senang untuk Rokku nak menyukai mana-mana pengacara sebab Rokku lebih suka mencari kesilapan diorang je! Huhuhu..

Berbalik kepada kisah tajuk diatas,semasa menonton Galaksi keluarlah pulak majlis pelancaran teater Cuci The Muzikal 2 yang diterbitkan oleh Hans Isaac dan turut mengundang banyak kontroversi,mula-mula dengan AC Mizal dan kini dengan Adibah Noor pula.Semalam Hans Isaac yang mengulas mengatakan AC Mizal dibayar dengan harga paling tinggi tetapi dia gagal memberikan komitmen semasa Cuci The Muzikal musim pertama dan ketika memberikan komen dan meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan sikap AC Mizal,Hans menyebut "Brotherhood kami hanya bertiga,Awie Afdlin dan saya.Rasanya kami bertiga tau tu semua,AC Mizal sekadar menumpang saja" Kalau nak cakap pasal brotherhood tu Rokku tak kisah sangat.

Tapi Hans yang marah dengan AC Mizal turut membabitkan nama Awie dan Afdlin yang kononnya berasa tidak puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh AC Mizal.Kononnya dibelakang tabir Afdlin dan Awie turut mengutuk AC Mizal seperti mana yang dilakukan Hans.Rokku cukup tak berkenan dengan statement Hans tuh,kalau kau bergaduh dengan AC Mizal just be a gentleman! Hanya Hans dan AC Mizal bukanya turut mengheret nama Awie dan Afdlin kerana itu akan memburukkan lagi keadaan! Nanti takde angin takde ribut AC Mizal panas dengan Awie dan Afdlin pulak! Bergaduh lagi! Rasanya Awie dan Afdlin juga jika mereka menonton Galaksi malam tadi akan berasa marah kerana Hans mengaitkan nama mereka dengan pertelagahan nya dengan AC Mizal.

Kemudian Adibah Noor pula buka mulut tentang kenapa dia meninggalkan Cuci The Muzikal 2.
" Saya terpaksa menolak semua persembahan selama 3 bulan hanya kerana Cuci The Muzikal sedangkan itulah sumber mata pencarian saya.Apa yang dibayarnya adalah tidak setimpal dengan tawaran-tawaran yang telah saya tolak.Saya tidak boleh melakukanya lagi."
Walaupun seronok dengan watak Farah didalam teater itu tapi diluar pentas banyak perkara yang dipendam didalam hati ujar Adibah.
"Dia (Hans) tahu saya mempunyai rasa ragu dan masalah dengan berberapa perkara.Saya boleh lihat ianya akan berlaku untuk Cuci musim kedua dan ketiga.Selama ini saya hanya memendamnya didalam hati dan tidak menunjukkanya kepada mereka dan bila saya memutuskan untuk tidak kembali untuk musim kedua mereka semua terkejut"

Ditanya tentang perkara-perkara yang menjadi masalah kepada Adibah tersebut Adibah sekadar menjawab,
"Banyak benda,Kewangan,perasaan dan benda-benda lain yang saya perhatikan"Antara syarat yang dikenakan oleh Hans didalam kontrak adalah Adibah harus menghadiri semua sesi latihan tetapi bila Adibah membatalkan semua show dan persembahan hanya demi latihan tersebut dia nyata kecewa bila tiada seorang pelakon utama pun yang hadir untuk berlatih dan sebaliknya digantikan oleh pelakon ganti dan itu jelas mengecewakan Adibah.
Rokku tak suka nak menunding jari dan menyalahkan orang.Masing-masing yang terlibat tahu risiko dan komitmen yang perlu dikorbankan dan tandatangan telah pun diturunkan untuk teater tersebut.Bukan Rokku memburuk-burukkan Hans,cuma Rokku meluahkan rasa kurang senang Rokku dengan cara Hans menjawab pertanyaan wartawan didalam rancangan Galaksi malam tadi.Itu saja,Jangan hanya nak menang dalam pergaduhan dan mahu dilihat sebagai pemenang dimata peminat,nanti lain pula jadinya nanti bila artis yang tidak terbabit pulak bermasam muka dek kerana statement Hans.

Mar 26, 2010

Gambar Kereta Bentley Flying Spur 4 Pintu AC Mizal


Kalau tak berapa lama dulu Rokku ada menyiarkan kisah AC Mizal membeli sebuah kereta berjenama Bentley dan juga memiliki sebuah Porsche,hari ni Rokku nak kasi korang tengok gambar kereta Bentley yang mahal macam kepala kereta api tuh! Tengok nombor plat Bentley si AC Mizal nih! AAC1 siot! Kena buat bidaan sampai berpuluh-puluh ribu baru dapat nombor plat unik macam ni.Kereta dah la mahal,no plat pun mahal jugak! Dasat-dasat. Rasanya semua paham kot kenapa mereka yang terlibat dengan dunia perniagaan ni seperti mempamerkan kemewahan yang mereka punyai? Satu nak pikat dan memberikankan keyakinan kepada mereka yang bakal menyertai perniagaan tersebut.Pastu nak buktikan yang perniagaan yang mereka jalankan itu betul-betul mampu memberikan pulangan lumayan!


Dah penat pakai kereta yang ala-ala je kan,so nak ubah angin dan feel bila dah ada duit dan dah mampu nak membeli kereta impian.Bukan senang nak jadi senang ni,dah senang tu kena maintain lah ye abang AC Mizal.Kongsi dan sedekah banyak-banyak biar berkat dan akan datang mungkin berganda-ganda rezeki yang datang kembali.Rokku teringat time krisis ekonomi 1997 bila ramai usahawan yang terlungkup disebabkan krisis ekonomi dan tak mampu bersaing bila keadaan dah tenat.Kebanyakan yang kolap dan terlungkup adalah usahawan melayu! Nama Datuk,Dato etc tapi dah bankrap! Harap-harap artis Malaysia yang menceburi bidang perniagaan ni betul-betul belajar dan memantapkan diri untuk bersaing diluar sana.At the end of the day yang berjaya bukan mereka yang punya nama tapi siapa yang ada kualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dato Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Produk Kecantikannya SimplySiti


Macam boleh meletup je produk ni,kalau dilihat dalam ramai-ramai artis yang ada didalam industri ni Rokku rasa mesti korang pun bersetuju yang Siti Nurhaliza adalah antara artis yang mempunyai kulit yang paling cantik dan mulus bak kata sifu M.Nasir.Hehehe..Dan kini korang semua boleh berkongsi kulit sehalus dan semulus Dato Siti dengan pelancaran produk kecantikkan pertama dari Dato Siti pada selasa depan di sebuah hotel di ibu negara.

Produk itu akan dinamakan SimplySiti itu telah pun diedarkan dan dijual cuma masih belum banyak publisiti mengenainya.Tagline untuk produk SimplySiti ini adalah Rahsiaku Kini Milikmu! Penat berahsia rupanya Dato Siti kita ni kan? Huhuhu..Mungkin jugak ada pihak yang merasakan kehadiran Dato Siti Nurhaliza kedalam industri produk kecantikkan ini agak sedikit terlambat memandangkan sudah terlalu banyak produk tempatan yang bersepah dipasaran dan tak termasuk produk antarabangsa yang sentiasa berlawanan sesama sendiri!
Rokku juga pasti yang mesti ramai pengusaha produk kecantikan tempatan yang merasa tergugat dengan kehadiran SimplySiti.

Tapi jika dilihat dari nama Dato Siti dan kecantikkannya,Rokku rasa masih ramai yang berminat untuk mencuba SimplySiti kerana mahukan kulit secantik Dato Siti Nurhaliza.Nama Dato Siti yang gah disini dan pelancaran secara besar besaran juga mungkin akan memberikan impak publisiti yang besar buat produk tersebut. Haiih..Memang susah jadi pompuan nih,Tengok Rokku ni! Tanpa produk apa-apa kulit Rokku tetap cantik dan jambu! Tak payah susah payah menyental muka 5 6 kali sehari! Huahuahua..Tapi kalau Dato Siti Nurhaliza nak kasi Rokku produk tu secara free,Rokku dengan rendah diri akan mengebas pemberian tersebut.Rejeki jangan ditolak! XD

Mar 25, 2010

Ringkasan Ragam Artis: Gambar Anak Dr Fazley,Benjy Ditahan Semula Selepas 5 Minit Dibebaskan,Sari Yanti Dan Siti Nurhaliza Mengandung?

Anak Dr Fazley

Disebabkan hari ni perkembangan industri agak terhad maka Rokku akan mengcompile kan gosip-gosip pada hari ini! Hehehe..Pertama adalah gambar anak penyanyi pelakon dan tokoh korporat terkenal Dr Fazley yang selamat dilahirkan pada ahad lalu.Dah 2 anak Dr Fazley dah dan kedua-duanya adalah lelaki. Nama anak pertama Dr Fazley unique jugak! Ahmad Fariedz namanya dan yang kedua ni macam kesinambungan nama abangnya pulak iaitu Fieradz dan nama timangannya adalah Payish.! Amboi! Asal nama anak-anak artis ni berbelit sangat! Kalau kat hollywood mesti jadi bahan je budak tu bila dah besar esok! Apple lah! Blanket lah! Giler ahhh..
Benjy Ditahan Semula
Ni kisah Benjy pulak,baru ditahan selama 5 minit dia telah pun ditahan semula dan meninggalkan ibu dan adiknya kebingungan kerana tidak dimaklumkan usul penahanan semula yang dilakukan oleh pihak polis.Sebelum itu Benjy telah pun dijamin dengan ikat jamin berjumlah Rm2000 dan mencetuskan perbalahan diantara peguam Benjy dan pihak polis.Azean yang nyata kesal dengan tindakan pihak polis yang tidak memberikan sebab kenapa Benjy ditahan semula. "Berberapa kali kak Yan bertanya kenapa dia ditangkap semula namum tiada sorang pun memberikan penjelasan kepada kak Yan.Tidak kah mereka sedar yang kak Yan ni sedang sakit,Tak boleh beritahu elok-elok ke? Ulasnya

Sari Yanti Hamil 5 Bulan
Kalau Dr Fazley dah menimang cahaya mata ni kisah artis yang bakal menimang cahaya mata dan sedang berbadan dua.Yang confirmnya ialah Sari Yanti sedang hamil 5 bulan dan dia terpaksa menolak sebarang tawaran berlakon kerana dia mengalami alahan yang teruk. " Setiap pagi saya akan muntah dan pening sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.Sebab itu saya tolak semua tawaran kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak,kali terakhir saya berlakon adalah untuk drama Kisah Kaisara musim ke 3 " Ujar Sari Yanti. Best eh? Dah 5 bulan senyap-senyap je,lepas ni still selim lagi ke badan tu? atau naik mendadak pastu kena masuk The Biggest Loser Asia pulak! Hehehe Cari publisiti!

Dato Siti Mengandung?
Cakap pasal siti ni ada gosip panas yang mengatakan Dato Siti Nurhaliza sedang mengandung! Rokku sendiri gembira bila dengar Gosip ni,dah lama jugak Datuk K dan Siti mendirikan rumahtangga dan mesti diorang bagai nak koyak berusaha kan? Huahuahua..Tapi ni still lagi gosip panas yang sedang kedengaran.Time ni baru lah semua yang benci Terjah dan Melodi akan tune in sebab nak tahu perkembangan gosip Dato Siti Mengandung nih! Dah kutuk pastu tengok balik! Huhuhu..Kalau betul mesti Dato Siti Nurhaliza akan mengumumkanya kepada semua peminatnya nanti.Korang tunggu je lah!

Mar 24, 2010

Porsche Anuar Zain Ditaja?


Artis Malaysia ni memang suka pakai Porsche kan? AC Mizal,Umie Aida dan sekarang Anuar Zain pulak pakai Porsche.Pehhh memang kayo lah artis kita ni,tapi paling best bagi Rokku adalah Porsche kepunyaan Anuar Zain.Dia seperti yang kita tahu adalah penyanyi sepenuh masa dan tidak mempunyai sebarang business yang besar untuk back up pendapatan nyanyiannya tapi dia tetap mampu membeli kereta mewah jenama Porsche bagi mengantikan BMW yang digunakanya sebelum ini.

Dah pakai Porsche,muncul pulak cerita yang kekayaan Anuar termasuk Porsche nya tu ditaja orang yang kayo rayo! Logik ke tak tu terpulang kepada korang untuk mengadilinya,kalau tengok dari segi kesibukkan Anuar dan acara yang disertainya memang logik yang dia sebenarnya mampu memiliki kereta mewah dan berjenama.Tak perlu timbul soal ditaja rasanya.Malah anuar juga mempunyai peminat yang ramai di singapura dan Brunei dan show Anuar disana juga melambak-lambak!

Sebenarnya cerita artis Malaysia ditaja ni memang dah banyak tersebar dan tak boleh disorokkan lagi.Selalunya bukan artis berprofail tinggi yang ditaja tapi artis yang hado dan panas sekejap saja yang desperate nak terima tajaan dan menaja pula body masing-masing kepada si penaja tersebut! Huahuahua..
Kadang-kadang Rokku pelik dengan mereka yang suka mengunakan ayat " Alahh,Artis biasa lah tu! " Ayat ni macam menyama dan menyifatkan artis kita ni semuanya sama,Semuanya taik! Sangat salah statement tu!
Dah cakap pasal tajaan ni,korang taknak taja Rokku ke? Rokku pun teringin gak nak merasa tajaan nih! Kehkehkeh..

Penyanyi 70an Rogol Anak Kekal Dipenjara 19 Tahun


Ni kisah lama tapi muncul kembali,Honestly Rokku sendiri dah tak ingat akan kewujudan kes ini! Pada 2001 penyanyi era 70an yang juga pernah berduet bersama Datuk Sharifah Aini ini telah merogol anak kandungnya sendiri yang pada ketika itu berusia hanya 9 tahun.Dia yang membuat rayuan terakhir telah gagal dan Mahkamah menetapkan supaya penyanyi tersebut terus menjalani hukuman penjara selama 19 tahun.
                                           ( Sekadar Gambar Hiasan XD )
Sekarang anak dia dah besar,tak best pulak kalau nak dedahkan sapa penyanyi sialan ni.Maruah anak dia jugak yang menjadi pertaruhanya.Tapi korang bayangkan lah,macam mana seorang ayah yang sepatutnya menjaga dan memenuhi segala keperluan bagi anak seusia 9 tahun sanggup melakukan perkara sehina itu? 19 tahun cukup ke? Korang tak rasa orang tua sialan ni patut di hukum dengan lebih berat dan lagi best kalau kena sebat betul tak?

Memang dasar babuntot berkepala dari buntot orang tua ni.Kalau dapat kita titik-titik sampai jadi belacan! Hukuman penjara selama 19 tahun itu bermula dari 2005 dan sekarang genap lah 5 tahun dia dipenjarakan.Kalau ada negro kat dalam penjara tu kasi satu bilik dengan orang tua lahanat ni! Baru dia tau siksa si anak yang diperlakukan begitu.

Mengulas kembali kejadian pada 2001 tersebut,Mangsa yang tinggal bersama neneknya kembali ke rumah ibu bapanya di Sentul pada cuti persekolahan.Pada hari kejadian bapa mangsa sepatutnya menghantar si anak kembali ke rumah neneknya untuk ke sekolah pada keesokkan harinya tetapi kereta yang dinaiki mereka rosak dan mereka terpaksa pulang ke Sentul dan pada petang itu lah mangsa telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri!

P/S. Ada orang cakap anak girlfriend dia,ada orang cakap anak tiri dia dan ada orang cakap anak kandung.Rokku tak pasti yang mana satu tapi kalau dah rogol budak umur 9 tahun memang kau nak tempah maut!

Mar 23, 2010

Terjah Nas Ahmad Semakin Bersopan


Perasan tak yang Terjah dah semakin sopan dan kurang kicknya dari minggu-minggu sebelum ini? Ini kerana pihak Seniman yang diwakili oleh Presiden Harun Salim Bachik,Setiausaha Kehormat Yusof Kelana,Jehan Miskin Ketua Biro Aduan Seniman dan Peguam Seniman Mr Zahrin telah mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pihak Primeworks dan penerbit Terjah iaitu Nas Ahmad bagi membincangkan isu yang kurang menyenangkan ramai artis dibawah persatuan Seniman.

Sebenarnya pihak seniman dah bersedia dengan petisyen untuk dihantar ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta pihak kementerian membantu menyelesaikan atau lebih tepat mengenakan Banned kepada Terjah.Tetapi selepas perjumpaan hati ke hati bersama pihak Primeworks dan Nas Ahmad,pihak Seniman telah membatalkan hasrat untuk menghantar petisyen bantahan terhadap Terjah ke Kementerian Dalam Negeri.

Mengaku kalah jugak Nas Ahmad dan team Terjahnya tu kan? Dah kene ugut nak report kat kementerian baru gelabah nak sopankan Terjah! Tapi satu harapan Rokku kalau betul ada artis yang buat taik dan berperangai hampeh,Terjah harus bongkar untuk berikan contoh teladan kepada masyarakat dan golongan artis tu sendiri.Sekarang ni macam-macam jenayah yang artis lakukan.Rocker dari kumpulan Ekamatra pecah rumah,anak seniwati edar dadah,artis suam-suam kuku positif ketamin dan berpuluh lagi kes yang memalukan industri! Seniman pun kena cari positifnya program Terjah sebab walaupun penuh dengan provokasi dan kontroversi Terjah penuh dengan sindiran yang berunsur nasihat dan bak kata Nas Ahmad Terjah ni sebenarnya mengajar artis dan masyarakat.

Mar 22, 2010

" Abang Nash Support Hobi Dan Minat Saya " Betty Benafe


Memang nampak sweet la diorang berdua ni dan paling best adalah yang Nash dan Betty tak pernah berselindung dengan kenyataan percintaan mereka berdua.Bukan Rokku aje tapi korang pun mesti nak Betty dengan lagenda rock Malaysia Nash ni mengakhiri perhubungan mereka ke jinjang pelamin kan? Ni kisah hobi terbaru Betty yang sekarang suka dengan seni mempertahankan diri dari Thailand iaitu Muay Thai.Huih..Ganas gak kan? Kalau nak ganas dengan Nash kena tunggu kahwin dulu eh Betty! XD

" Sebenarnya saya kurang selesa berbicara tentang rahsia hati,Cukuplah saya sekadar berkata yang kami masih rapat seperti dulu namun kesempatan untuk bersama agak kurang "
" Abang Nash rajin menelefon dan bertanya khabar dan kerana terlalu sibuk dengan bisnesnya kami selalu berSMS dan bergayut ditelefon.
" Dia selalu memberikan sokongan untuk saya melakukan apa yang mengembirakan saya dan Abang Nash sukakan wanita yang berdikari dan tidak berkepit denganya dan saya pula menyenangi lelaki yang memberikan ruang kepada saya untuk mengembangkan hobi yang saya minati. Ulas Betty

" Aktiviti Muay Thai ni banyak mengunakan pergerakkan kaki dan tangan.Kaki sampai luka-luka dan melecet.Abang Nash hanya ketawa tengok macam mana Betty bersungguh-sungguh menjalani aktiviti ini."
Bila ditanya mengenai mengakhiri zaman bujang Betty hanya tersenyum dan tidak mahu terlalu memperkatakan tentangnya.
" Bukan tak terfikir ke arah perkahwinan tapi mungkin juga hubungan kami telah menjadi sangat selesa kerana dia seperti abang saya dan saya adiknya "
" Kadang-kadang bila kita telah terlalu selesa,soal cinta itu datang pada akhirnya dan biarlah cinta itu berjalan sendiri.Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan "

Betul tu,kadang-kadang rancang bagai nak rak! Kahwin bajet sampai ratus ribu akhirnya 10 hari je bertahan.Tak ke naya? Lebih baik go slow dan betul-betul menyiapkan diri untuk fasa tersebut.Rokku rasa Nash sendiri amat serius bersama dengan Betty,Ntah-ntah dalam diam diorang dah merancang sesuatu dan kata-kata Betty kat atas tu tak boleh pakai langsung! Haahaha..Tup tup bulan depan dah umum nak tamatkan zaman bujang! Betty pun dah meningkat usia,nanti berlumut susah! Wakakaka..Perkara baik nanti heboh-hebohkan lah ye Betty dan 'Abang Nash'? Peminat doakan yang terbaik aje untuk anda berdua!

Nabil Ganti AC Mizal Untuk Teater Cuci The Muzikal 2


Rasa macam baru saja pergaduhan diantara AC Mizal dan Hans Isaac semasa pementasan teater Cuci The Muzikal terjadi dan dicanangkan di dada-dada akhbar kan? Kononnya AC Mizal terasa hati dengan Hans dalam banyak aspek hinggakan gerai bagi mempromosikan gelang magnet AC Mizal di tapak yang disediakan juga turut menjadi isu kontroversi dan memanaskan lagi episod perbalahan diantara mereka berdua.Muncul juga cerita yang AC Mizal terdengar kata-kata yang menyifatkan beliau adalah tidak penting didalam teater tersebut dan boleh ditukarkan pada bila-bila masa.Timbul selepas itu kisah Hans yang mahu menyaman AC Mizal namun senyap saja hingga sekarang.

Sekarang pementasan teater Cuci The Muzikal 2 akan kembali dengan bajet besar RM 2 juta dan bakal menampilkan Nabil untuk mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh AC Mizal.Bagi Rokku ini adalah pilihan yang sangat tepat dan adalah teater pertama untuk Nabil! Tapi Hans tak nak komen mengenai perbalahan yang sedang dihadapinya bersama AC Mizal.Isu perselisihan faham bersama AC Mizal bakal diulas oleh Hans tidak lama lagi dan sekarang dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada Cuci The Muzikal 2.

Hans turut memberikan pandangan mengenai Nabil dan saman RM 2 juta yang dihadapi oleh Nabil.
" Apa yang berlaku kepada Nabil adalah kesilapan Nabil sendiri dan saya telah menerangkan perkara ini kepadanya serta memberikan nasihat supaya Nabil tidak mengulanginya lagi " Nak pulak pasal teater Hans sendiri,buatnya Nabil kutuk kaw-kaw macam mana? Huahuahua..Tak ke naya? Gurau-gurau je Nabil!
" Nabil berbakat besar dan sayang jika bakatnya dibiarkan begitu sahaja.Saya harap gandingan Nabil bersama Awie,Afdlin dan saya akan mengulangi kejayaan yang lepas.
" Teater kali ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza " tambah Hans

Turut membintangi teater ini adalah Awie,Afdlin,Nabil,Vanida Imran,Harith Iskander,Jaclyn Victor dan ramai lagi.Bila artis bergaduh sesama sendiri ni rasa macam tak best la pulak,kita semua suka dengan gandingan AC Mizal,Hans,Awie dan Afdlin betul tak? Industri hiburan Malaysia ni kecik sangat,nanti pergi mana-mana anugerah atau function jumpa jugak! Dalam hati ni,Rokku percaya suatu hari nanti mereka berdua pasti berbaik semula,Kembali tersenyum dan berpeluk macam dulu jugak!

Mar 21, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Yanie Mentor protege kepada Ning Baizura untuk rancangan realiti Mentor musim pertama telah pun meninggal dunia pagi tadi kerana ketumbuhan pada paru-parunya dan telah pun terlantar selama lebih 4 bulan.Patut lah dia senyap je kan? Sakit pun dia tak hebohkan kepada wartawan.Rokku baru saja dapat berita ni dan disokong oleh tweet yang dilakukan oleh artis dan kenalan rapat Yanie dan mengesahkan yang beliau telah kembali ke Rahmatullah.



Setelah berperang untuk pulih selama 4 bulan,Yanie akhirnya kembali ke pangkuanNya.Yanie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Keningau Sabah.Sepanjang penglibatanya didalam industri,Yanie telah popular dengan lagu duet bersama Diddy 'Saling Terpesona' dan 'Drama' duet bersama Ning Baizura mentornya dan rakan baiknya Nikki.Allah lebih menyayanginya dan Rokku harap kita semua sedekahkan lah Al Fatihah kepada Allahyarhamah Yanie yang Rokku tidak berapa pasti akan nama sebenarnya.Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka yang solehah.Amin..

Terbaru: Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Likas Sabah pada jam 12.00 tengah hari tadi. Al Fatihah 

Mar 20, 2010

Erkk..Alyah Oh Alyah


Huhuhu..Speechless Rokku menengok gambar nih! Keseksian yang cuba ditonjolkan berbeza dengan pakaian-pakaian seksi tahap gaban yang pernah digayakan oleh mana-mana artis.Keseksian ketiak Alyah ni buatkan Rokku berminat nak beli In Trend keluaran terbaru edisi April 2010.Huahuahua..Skali pandang macam fesyen Stacy lah pulak,Uihh Rokku ingat jek semua fesyen yang sama seksinya! Wakakaka..

Tapi jangan main-main ooo,walaupun nampak ketiak baju ni sebenarnya adalah jenama antarabangsa yang terkenal iaitu Gucci yang keluaran khas untuk musim panas dan bunga.Kalau musim panas pakai baju ni,ketiak yang berpeluh tu menitik-nitik je lah ye tak? Adehhh skali angkat je tangan bau terus muncul! Kehkehkeh..Satu lagi yang menarik mengenai baju ini adalah ianya pernah digayakan oleh Jennifer Lopez untuk majalah fesyen popular Elle keluaran Febuari lalu!

Rokku suka Alyah ni,tapi semenjak dua menjak ni nampak sangat yang Alyah ni selalu jadi mangsa fesyen yang hado lah pulak.Sampai kena kutuk sana sini kat forum dan blog,Apa pandangan korang tentang artis yang tak pandai berfesyen ni?Hari tu kisah Didie Alias dengan Enot berfesyen macam badut lepas ni Anugerah Bintang Paling Popular 2009 pulak mengambil tempat.Rokku tau korang pon ternanti-nanti fesyen artis mana yang the boom,fesyen artis yang suam-suam kuku dan paling teruk fesyen badut sarkis! Dah lah macam badut salah tema pulak tuh! XD

Mar 19, 2010

Gambar Kahwin Zizan Nin Dan Fazilah Hani Harun



Kahwin dah mamat ni,Tahniah diucapkan! Malam ni malam pertama beliau dan diharap dia go slow la ek? Huahuahua..Zizan Nin 37 selamat dinikahkan dengan pasangannya Fazilah Hani Dato Harun 30 yang juga merupakan seorang pembaca berita untuk NTV7 di Masjid Negara jam 9.30 malam tadi.Memang awet muda mamat ni! 37 tahun umor dier! Jambu je wajah beliau! Hahahaha..Pasangan kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Abdullah Hasyim dan berwalikan bapa kepada Fazilah Hani iaitu Dato Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651.

Dengan sekali lafaz saja Zizan Nin selamat menjadi suami kepada Fazilah dan turut melahirkan rasa syukurnya kerana majlis yang dirancang berbulan lamanya sudah berjalan lancar.
"Perasaan saya sekarang seperti tidak percaya yang saya sudah menjadi suami orang.Selepas ini kami sekeluarga merancang untuk menunaikan umrah pada 31 Mac selama 10 hari"
"Selepas itu saya akan pulang dan menyambung rakaman drama di Korea dan hanya selepas itu baru kami akan pergi berbulan madu" Alooo cian lah Fazilah kena tinggalkan pada awal-awal perkahwinan ni kan? Takpe kalau rindu nanti boleh Skype dengan cik abang tercinta tu yer.

Fazilah juga merasa gemuruh dan perasaan bercampur baur dengan acara akad nikah malam tadi dan menerima Zizan Nin seadaanya Zizan.
"Bagi saya Zizan seorang lelaki yang baik,kelakar dan dia juga pandai memasak.Saya cukup menyenanginya" Amboih..Pandai masak selamat la si Fazilah ni! Goyang kaki je,Suruh Zizan masak sedap-sedap! Fazilah tolong potong-potong sayur dengan daging je.Apa yang penting,kerjasama! Kehkehkeh
Zizan juga berserah dengan kehadiran cahaya mata dan berharap untuk mendapat baby somel gabungan Zizan Nin dan Fazilah secepat mungkin untuk mewarnai lagi rumah tangga mereka berdua.


Didalam majlis malam tadi Fazilah menerima hantaran sebanyak RM 20,000 termasuk 7 dulang hantaran dan dibalas olehnya 9 dulang hantaran.Antara hantaran dari pihak Zizan adalah Sirih Junjung,Kain telekung,Beg tangan,Kasut,Barangan mekap,Mas kahwin dan cek hantaran bernilai RM 20,000.Zizan pula menerima Al Quran,Manisan,Tali pingang,Alatan penjagaan kulit,Minyak wangi,kasut,kemeja dan sirih junjung.Esok pengantin akan bersanding dan mengadakan majlis resepsi di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.Dah kahwin ni pahalanya ibarat membina sebuah masjid! Kita pulak wajiblah mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua ni.Semoga berbahagia Amin..

Mar 18, 2010

Zul Huzaimy Ceraikan Isteri Kerana Cinta Facebook?



Mungkin ni adalah salah satu gosip paling menarik yang pernah Rokku ulas sepanjang hampir 2 bulan Ragam Artis berjalan.Zul Huzaimy dikatakan telah menceraikan isterinya kerana seorang penipu di Facebook.Ok ni nak cerita sikit eh,Facebook memang ramai penipu hokey! Pompuan pakai pic bukan main cantik tapi tu sebenarnya bukan gambar sebenar dia! Pompuan cantik jenis suka bergambar! Jadi kalau nak tau samaada pompuan cantik kat Facebook ni real atau tak korang pastikan dia mempunyai beratus album gambar! Kalau takat 2 3 keping pastu gambar pun lain-lain baik korang lupakan aje! Macam ada pengalaman je Rokku ni kan? Huahuahua..

Berbalik kepada kisah Zul Huzaimy ni,Kononnya dia telah mengenali seorang awek cun di Facebook yang mengunakan nama Aleesya Sofea.Dah jatuh cintan dan terpikat si Zul Huzaimy pon gila bayang lah jadinya! Dan dok berchatting dan bergayut sehingga berejam jam lamanya.Si Aleesya Sofea ni mengatakan yang dia adalah seorang doktor dan ada kaitan dengan kerabat diraja sebuah negeri diselatan tanah air.Yang peliknya dah la jadi doktor tapi 24jam surf internet! Nampak sangat penipunya!

Bahagian yang paling mengerikan dalam gosip ini adalah Zul Huzaimy dikatakan telah menceraikan isterinya kerana mahu bersama dengan awek yang kononnya cun tuh!Isteri Zul Huzaimy pula bertindak pantas dengan mencari maklumat tentang siapa sebenarnya awek sialan yang menggangu rumah tangganya.Dengan bantuan teman-temannya isteri Zul Huzaimy telah berjaya mendapatkan identiti sebenar minah sialan itu dan nama sebenar Aleesya Sofea ini adalah Azlina Jahagir Khan! Huh! Dan menetap di Kota Bahru Kelantan dan tidak ada kena mengena dengan kerabat negeri dari selatan tanah air!Si Azlina Jahagir Khan ini juga tanpa segan silu mengambil gambar anak Zul Huzaimy dan mempublishkan nya di Facebook palsu miliknya.

Paling powederful adalah berita yang isteri Zul Huzaimy telah membuat laporan polis terhadap Zul Huzaimy yang dikatakan selalu merosakkan dan mencuri harta benda miliknya.Harap-harap Nas Ahmad and the Terjah team akan menerjah Zul Huzaimy untuk mendapatkan kepastian! Rokku sendiri tergezut dengan gosip ini,tapi tu lah penangan Facebook betul tak? Huhuhu..Ramai sangat penipu dan ramai yang nak suruh Rokku masuk skim MLM diorang! Untuk Zul Huzaimy diminta beliau tampil dan memberikan kenyataan untuk menjelaskan kebenaran gosip ini.Rokku sekadar menulis.. XD

Mar 17, 2010

Polis Lanjutkan Reman Terhadap Benjy



Ok ni berita terbaru mengenai Benjy anak kepada seniwati terkenal negara Azean Irdawati yang akan ditahan dengan lebih lama menurut pihak Polis.Pada 12 Mac yang lalu Benjy bersama teman wanitanya telah ditahan dan disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan membawa kepada penemuan makmal mini tempat pemprosesan dadah.Turut ditemui adalah 850 gram Kokain yang bernilai RM 650,000 dan 140 gram Syabu yang bernilai RM 2,000.

Benjy bersama teman wanitanya itu ditahan reman selama 7 hari dan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur,assistant comisioner Kang Chez Chiang pihak polis akan memohon untuk melanjutkan reman ke tahap semaksimum yang boleh mengikut undang-undang.Pihak polis telah pun memohon kepada mahkamah untuk sekurang-kurangnya melanjutkan reman untuk tempoh 7 hari lagi.

Bagaimanapun Kang tidak mahu mengulas lanjut dan hanya mengatakan yang Benjy memberikan kerjasama dan kadang kala tidak mahu berkerjasama dengan siasatan.Kang juga mengatakan yang kedua-dua suspek sah positif dadah jenis syabu.Kang juga turut tidak menafikan kemungkinan yang Benjy turut mengedar dadah tersebut dengan melihat kuantiti dadah yang ditemui.Dimana tempat dan kepada siapa dadah itu dijual akan disiasat oleh pihak polis.

This is getting a lil more interesting kan? Kang mengesahkan yang Benjy positif Syabu sekaligus menafikan kenyataan Azean yang tidak percaya bahawa Benjy telah mengambil syabu.Untuk memohon perlanjutan masa reman yang lebih lama bukan perkara yang mudah untuk pihak polis,kerana pihak polis harus mengemukakan sebab kenapa suspek akan ditahan lebih lama.Kalau takde sebab memang tak boleh tahan. Undang-undang tu beb!.  Isu Benjy enggan memberikan kerjasama tu pun menarik bagi Rokku.Kenapa dia tak nak beri kerjasama kalau dia tak bersalah?Polis akan menahan Benjy dengan lebih lama dan kita tunggu sajalah keputusanya nanti.

Sarimah Disingkir Untuk Musim Ke 2 The Biggest Loser


Apa pandangan korang terhadap mutu pengacaraan Sarimah untuk musim pertama The Biggest Loser Asia? Ok lah kan,not bad bagi Rokku.Sememangnya sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan sekarang Sarimah dah dipilih untuk menjadi host rancangan realiti no 1 Malaysia iaitu AF8.Rokku bukan nak cakap pasal Sarimah dan AF8 tapi mengenai ura-ura yang Sarimah akan digantikan dengan pengacara lain untuk The Biggest Loser Asia musim ke 2 kononnya kerana sikap dan lagak Sarimah yang tidak disenangi pihak produksi rancangan franchise dari Amerika Syarikat itu.

Dengar cerita yang pihak produksi The Biggest Loser Asia panas dengan sikap Sarimah yang banyak kerenah serta sukar memberikan kerjasama yang diharapkan.Wow! First time Rokku dengar gosip yang membabitkan kerenah Sarimah Ibrahim yang selama ni tak pernah buat hal.Mungkin sebab ni produksi bertaraf Asia so Sarimah demand lebih sikit lah kot? Ada juga dakwaan yang mengatakan Sarimah disingkir kerana sikap Diva dilokasi serta suka meminta sesuatu yang sukar untuk dipenuhi.Demanding jugak si Sarimah ni eh?

Rokku rasa kita patut tunggu jawapan dari Sarimah sendiri,Orang boleh cakap apa saja dan sebagai peminat lebih baik kita dengar dari kedua belah pihak.Dengar cerita lagi sekarang ni Sarimah tengah intim dengan pelakon kelahiran London Stephen Rahman Hughes yang pernah berlakon untuk teater Puteri Gunung Ledang dan terbaru akan membintangi filem epic Hikayat Merong Mahawangsa! Pehh sama cantik sama padan,kalau betul diorang ni tengah bercinta memang best lah kan.Buat apa nak tunggu lama-lama Sarimah,nanti berkulat pulak! Huahuahua

Mar 16, 2010

Jurey Latiff Rosli Fail Saman RM 10 Juta Kepada Melodi,Nas Ahmad Dan TV3



Rasanya Rokku ingat lagi masa Jurey Latiff Rosli diterjah oleh Nas Ahmad,Jurey adalah seorang pengarah terkenal yang korang mungkin pernah dengar atau mungkin juga tidak.Motif segmen terjah itu adalah kerana masalah rumah tangga Jurey Latif Rosli kalau tak silap Rokku (Sila betulkan kalau korang rasa Rokku salah).Semasa terjah Jurey sedang berada di majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

Jurey marah dan bengang dengan tindakan Nas Ahmad dan team produksi Melodi yang menyiarkan sebuah email layang tanpa merujuk kepada Jurey terlebih dahulu.Jurey diwakili oleh peguam Shaharudin Sham Sunder didalam saman ini sebelum itu telah bertindak dengan memberikan notis kepada Nas Ahmad dan Melodi untuk meminta maaf secara terbuka dan harus disiarkan menerusi surat khabar dan televisyen namun Nas Ahmad dan Melodi tidak mahu berbuat demikian dan hanya mendiamkan diri.

Dan jalan penghabisan yang paling powderful dan diambil adalah untuk Jurey menyaman Nas Ahmad dan Melodi kerana menyebarkan fitnah.Jurey menfailkan dua saman iaitu saman malu dan saman fitnah! Dan saman tersebut bernilai RM 10 Juta! Huahuahua..Jangan main-main oooo..Bagi Rokku kes ni memang kuat! Sebab email yang diterima bukan lah satu bukti fizikal yang membolehkan sesiapa saja untuk memalukan dan memfitnah orang lain! Nak pulak Melodi tu rancangan yang ditonton oleh lebih 3 juta penonton! Sudah tentulah sebarang cerita kurang baik akan menjatuhkan kredibilti dan maruah sesiapa juga yang diterjah!

Semalam Harun Salim Bachik telah meminta untuk Nas Ahmad dan TV3 menamatkan segmen terjah yang telah dikeluarkan dari Melodi dan diberi time slot sendiri.Nas Ahmad didalam kenyataan balas menafikan segala tomahan yang telah diberikan kepada Terjah dengan alasan yang Terjah sebenarnya mengajar pihak artis untuk menjadi lebih baik! Dah kena saman pulak Nas Ahmad si rambut ketak dan Melodi, dan jumlah saman pula bukan sedikit.Kes yang dibawa dan difailkan juga agak kuat dan mesti menarik untuk kita nantikan kesudahan saman ini! Adakah TV3 akan memberhentikan Terjah? Atau perkara ini akan memberikan lebih keuntungan kepada TV3? Kalau menang RM10 Juta tu buat filem besar la Jurey nanti! Huahuahua..

Fasha Menangis Kena Maki Dengan Zamarul


Korang mesti ada dengar kisah Fasha yang dikatakan menyebarkan gambarnya dengan Zamarul Hisyam asben kepada Diana Rafar tu kan? Dengar cerita ketika Zamarul bersemuka dengan Fasha dia telah memaki dan memarahi Fasha sehingga keluar air mata berharga si Fasha tu! Menangis dek dimarahi oleh Zamarul.Kontroversi bermula apabila Fasha dikatakan telah mengupload gambar aksi mesra Zamarul dan dirinya ke sebuah forum menerusi sebuah blog dan Zamarul yang bengang dengan tindakanya itu dikatakan telah bergaduh pulak dengan isterinya Diana yang mungkin cemburu kot dengan aksi mesra yang diupload oleh Fasha ke dalam forum tersebut.

Zamarul pulak sentap lah bila Fasha secara suka suki menyebarkan gambar tersebut ke forum dan boleh menimbulkan gosip liar yang kurang menyenangkan Zamarul yang low profile tuh!
Fasha menambah "Artis-artis lain juga buat perkara yang sama dalam forum tersebut. Lagipun gambar ‘the making’ di lokasi, bukan gambar peribadi. Isteri Zamarul juga ada dalam forum tersebut. Dia juga ada beri komen pada gambar dalam forum tersebut. Sehari sebelum kejadian Zamarul tegur saya di lokasi. Diana komen "gambar Zamarul nampak gelap sedikit, tukarlah gambar yang lebih elok" jadi saya tidak pulak tahu ianya akan menimbulkan masalah apa-apa."

"Para forummers lain saksi. Diana beri komen pada gambar tersebut. Zamarul juga tahu saya letak gambar itu dalam forum. Saya tunjuk pada Zamarul selepas saya ‘upload’. Saya hanya muat turun tiga gambar saja dalam forum itu. Ketika tu saya masih di lokasi, ramai krew nampak. Jadi saya pelik apabila keesokan harinya tiba-tiba ada isu 'prinsip' itu. Saya tak tau pun dengan gambar itu akan ada masalah. Macam tak masuk akal" tambah Fasha

Fasha juga telah menelefon Diana dan meminta maaf sekiranya dia melakukan kesalahan dan Diana sendiri memaafkan Fasha( Ikhlas ke tak tuh?) Huhuhu..Sampai menangis cik Fasha sebab kene lecture dengan Zamarul eh? Fasha menambah Ya, memang benar, dia menegur saya dengan sedikit kasar. Saya seorang yang sensitif, tidak boleh jika orang terkasar dengan saya. Saya terkejut kerana isu tegur tu jadi secara tiba-tiba. Saya tidak tahu yang saya ada melakukan salah. Saya terkejut. Krew-krew sebagai saksi kejadian.
Zamarul menegur saya dengan agak sedikit kasar di hadapan krew ‘shooting’. Dia memberitahu saya dia tidak suka gambar-gambar ‘shooting’ masuk mana-mana forum walaupun dalam forum itu semuanya pembikin filem. Memang agak sedikit kasar, tapi saya langsung tak ambil hati kerana mungkin itu cara dia menegur orang. Setiap orang ada perangai masing-masing. Selepas 1 jam , masing-masing bermaafan dan masalah selesai di situ.

Rokku pon rasa ni masalah remeh saja,takkan lah sebab gambar yang tiada langsung unsur yang boleh menimbulkan fitnah dijadikan untuk bergaduh dan berkonfrantasi! Kita akui ramai yang tak suka dengan Fasha tapi kalau tak suka pun biar lah logik sikit.Kadang-kadang kesian pulak bila isu gambar yang hado pun boleh dijadikan modal untuk menghentam Fasha.Tak adil tuh! Jangan korang nak cakap yang Rokku pro Fasha pulak eh? Rokku sekadar orang yang cuba untuk memberikan pandangan terhadap isu yang sepatutnya langsung tidak layak masuk ruang gosip! Kalau tengok gambar yang disebarkan pun kita boleh lihat yang Fasha tidak bergambar secara melampau dengan Zamarul! Nanti isu Fasha sebarkan gambar dengan nenek tua pun boleh menimbulkan kontroversi.Orang akan bercakap yang Fasha ada scandal dengan nenek tu pulak! XD

Hikayat Merong Mahawangsa Setaraf Filem Hollywood

Begitulah hebatnya filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang hanya menelan kos pembikinan sebanyak RM8 juta.Namun filem ini telah berjaya menarik perhatian pembikin dan pengedar filem dari luar negara yang terpegun dengan jalan cerita dan teknik CGI Hikayat Merong Mahawangsa yang setaraf dengan filem luar negara yang menelan belanja melebihi puluhan juta dan kadangkala mencecah ratus-ratus juta ooo!

Kalau kita lihat KRU Studios sebenarnya masih terlalu muda didalam industri filem tanah air namum kualiti,mutu dan usaha yang diletakkan didalam Hikayat Merong Mahawangsa menunjukkan betapa jauhnya visi dan misi yang dipunyai oleh Norman,Edry dan Yusry!
"Ramai pengedar filem di sana yang tidak percaya apabila filem ini diterbitkan dengan kos sekitar RM8 juta. Mereka menjangkakan dengan mutu penerbitan yang ditunjukkan filem ini mencecah kos sehingga AS$30 juta (RM105 juta). Ulas Norman KRU dan pengedar dan pembikin filem yang dijemput untuk menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa itu hanya menonton trailer yang berdurasi 8 minit untuk berasa kagum sebegitu.


KRU Studios juga mendapat geran dari Kementerian Sains,Inovasi Dan Teknologi sebanyak RM4 Juta untuk menampung kos pembikinan filem ini.
"Meskipun Hikayat Merong Mahawangsa belum pun habis pos- produksinya, tetapi sebanyak 25 pengedar dari 25 buah negara sudah pun menempah untuk mengedarkannya di negara mereka.
"Antara pengedar filem yang berminat itu termasuklah dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah. Mungkin lebih ramai lagi pengedar selepas ini. Mereka berminat selepas melihat sendiri promo atau trailer filem itu baru-baru ini," ujar Norman


Rokku sendiri meremang bulu roma bila menyaksikan trailer filem ini dan Rokku tahu korang pun tak sabar untuk menyaksikan filem sehebat ini dan dengan lebih 90% dari filem ini  dijana dengan CGI maka kegempakkan filem ni mesti bertaraf dewa!! Untuk korang yang nak tahu dengan lebih lanjut kehebatan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini sila layari lawan web KRU Studios. Filem Hanyut dan Hikayat Merong Mahawangsa yang mendapat hype yang cukup besar dan diharap peminat filem juga tidak lupa untuk menyokong filem mega yang diterbitkan oleh anak jati negara kita sendiri. Untuk trailer sila click Trailer Hikayat Merong Mahawangsa

Jurusolek Ugut Alyah

Ni kisah ugut-mengugut sengugut pulak,Alyah dikatakan telah diugut oleh jurusolek yang selalu menyoleknya atas alasan yang Alyah telah mungkir janji.Alyah telah memberikan persetujuan untuk mengunakan khidmat jurusolek terbabit namun jurusolek itu disingkirkan kerana jurusolek itu terlambat memberikan gambarnya kepada Alyah untuk dibuat pas khas.Biasa lah kalau ada majlis berprestij setiap yang terlibat dibelakang tabir perlu mempunyai pass khas dan kalau dah lambat memberi respon tu susah lah bagi Alyah untuk membawa jurusolek tersebut bersamanya.

Tapi Alyah tetap akan membayar kos yang telah dijanjikan dengan jurusolek berkenaan,masalahnya timbul bila jurusolek yang 'nyah' tersebut marah dan berkecil hati.Al maklum lah hati si jejaka lembut ni memang sensitif sikit! Huahuahua..Si jurusolek yang sengal itu pun mengugut untuk menjatuh kan Alyah! Aduhhh memang siol la mamat ehhh! jurusolek tu!Tak pernah lagi Rokku dengar ada manusia yang main ugut hanya kerana seseorang yang telah mungkir janji kerana kesalahanya sendiri! Kalau ada memang ni lah contoh serendah-rendah manusia yang kita boleh cari! Cuba menjatuhkan orang yang menyuap makanan ke mulutnya sendiri!

Bagi Rokku kalau nak carik musuh senang je! Nak bersahabat tu lah yang paling susah,time senang dia suka dan time susah dia jatuhkan kita pulak! Hidup seboleh-bolehnya biarlah kita buatkan orang senang dan suka dengan kita! Si jurusolek ni kalau Alyah buat laporan polis dan masuk jail korang agak dia masok bahagian pompuan ke bahagian lelaki? Hahahaha..Dia lelaki so masok jail lelaki la kan? Aduhhhh!!! Naya!!! Wakakakaka..

Mar 15, 2010

Sah Aril Pengacara Trek Selebriti


Hehehe..Rokku dah tau berbulan lebih awal yang Aril akan mengantikan tempat Jimmy Shanley sebagai pengacara Trek Selebriti yang baru.Lain kali kalau Rokku cakap tu percaya je lah sebab sumber yang Rokku dapat memang sahih! Huhuhu..Aril akan memulakan tugas sebagai pengacara Trek Selebriti edisi Akademi Fantasia.Jimmy sudah cukup lama menerajui Trek Selebriti sehinggakan mungkin ramai yang akan berasa pelik dengan perubahan yang dibuat Astro namum Aril sudah pun menetapkan didalam dirinya yang dia tidak mahu terikut-ikut style pengacaraan Jimmy yang bagi Rokku sudah habis baik dari segi santai,selamba dan karisma pengacaraanya!

"Sudah tentu saya gembira dengan peluang berharga ini. Peluang ini adalah cabaran baru yang perlu saya hadapi selepas AF7 dan drama bersiri Kau Dan Aku
"Malah, saya akui banyak perkara yang perlu saya pelajari dari masa ke semasa untuk memantapkan kemahiran dan cara penyampaian.
"Walaupun saya ada sedikit pengalaman mengacarakan program sebelum ini, kepercayaan yang diberikan kali ini lebih besar dan menuntut komitmen lebih tinggi daripada saya," ulas Aril
"Saya juga belajar teknik yang betul untuk bertanyakan soalan kepada selebriti undangan. Perkara ini sangat penting untuk saya kerana aura dan imej Jimmy terhadap program itu sangat kuat dan sebati.


Rokku yakin yang Aril mampu membawa style baru yang mungkin lebih berkemampuan untuk menarik anak-anak muda yang sememangnya meminati Aril dan tarian Shuffle nya untuk menonton Trek Selebriti.Aril turut menambah yang team produksi akan menyuntik element yang berbeza dengan penampilan Jimmy ke dalam Trek Selebriti untuk menambah kelainan Trek Selebrit musim baru ini. 
Rokku yakin yang pemilihan Aril untuk Trek Selebriti musim baru ini adalah sesuatu keputusan yang bijak kerana Aril mempunyai peminat yang sangat ramai dikalangan remaja dan Rokku sendiri nak tengok style pengacara yang menunjukkan kejantanan dan sedikit keras dan rasanya Aril cukup jantannya untuk memberikan nafas baru kepada Trek Selebriti.Ke bagi korang Aril ni lembut jugak? Huahuahua..

Tulang Kaki Abby Abadi Retak



Alaaa sian nyer kat kak Abby Abadi kita nih! Dugaan menimpa bila Abby yang terjatuh dan merasakan kaki nya terseliuh sebenarnya mengalami keretakkan tulang! Kak Abby telah dirawat Damansara Specialist Hospital dan telah disimen secara Fiber Glass,sekarang kak Abby sedang mencari sesiapa mengenali orang yang mampu mengubati patah dan retak tulang yang dialaminya untuk membantunya dalam proses pemulihan ini.


Rokku ade dengan jugak orang yang mampu mengubati retak atau patah tulang dengan hanya menghembus-hembus saja,tapi Rokku tak kenal so tak boleh la nak tolong kak Abby.Kesian sebab mungkin kak Abby ada terikat dengan mana-mana produksi sekaligus merencatkan pula jadual pengambaran produksi tersebut,kalau takde takpe lah kan? Kalau terganggu nanti busuk lagi nama kak Abby!


Tapi dengar suara macam Kak Abby desperate nak sembuh cepat dan lebih awal dari tarikh harus berehat yang telah diberikan doktor yang memakan masa berminggu-minggu lamanya.Kalau korang ada info please hubungi Facebook Abby Abadi dan berikan detail tentang orang yang pandai sembuhkan patah tu eh? Walaupun sakit masih lagi ceria Abby dan anak-anaknya yang somel nih!Hehehe..Sempat posing depan kamera walaupun kaki bersimen! Untuk kak Abby Rokku doakan anda semoga cepat sembuh kerana Ragam Artis memang suka dengan Abby Abadi! Huahuahua..

Mar 14, 2010

Umie Aida Selamat Bernikah Di Mekah Dan Rambut Terbaru Fauziah Gous


Dah sampai dan selamat dinikahkan pun puan Umie Aida dan keluarga yang kini masih berada di tanah suci Mekah pada awal pagi tadi waktu tempatan.Hari ni dah 15 haribulan dan semalam Umie dan suami Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan telah selamat dinikahkan oleh abang Umie sendiri di Masjidil Haram iaitu masjid paling suci buat penganut agama islam.

Gambar yang sangat santai ini diambil ketika Umie dan ahli keluarga serta Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sedang duduk dan menghabiskan masa beribadat bersama sama.Tengok berseri-seri muka Umie yang sedang berdebar menantikan hari pernikahanya(Gambar diambil sebelum pernikahan).Mintak-mintak lebih banyak gambar yang sampai dan Rokku boleh sebarkan untuk tatapan korang semua!



Uihh..cute gak style rambut ala fringe cik Fauziah Gous kita ni kan? Nampak lebih muda,ketat dan ayu,Huahuahua..Seriously memang Rokku terpikat dengan style fringe Fauziah ni! Sebenarnya Fauziah memotong rambutnya kepada style ala fringe ini kerana filem terbarunya Hantu Bukit Cina dan Fauziah membawakan watak Johanna untuk filem seram tersebut.

Title Hantu Bukit Cina je macam dah best dan dengan kecomelan Fauziah untuk watak Johanna ni gerenti filem tu nanti akan mendapat sambutan peminat! Apapun kita tunggu je lah perkembangan filem ini dan harapan Rokku jangan lah buat filem seram ala-ala hampeh yang ala ala niyang rapik merepek lagi eh? Ada sikit loya dalam tekak ni bila terpaksa menonton filem-filem jenis sampah ni!

Mar 13, 2010

Azean Irdawati Pertahankan Benjy!



Akhirnya Azean Irdawati telah tampil dengan kenyataan pertamanya sejak semalam dimana tersebarnya berita tentang penangkapan anak lelaki tunggalnya Benjy yang dikatakan memiliki dadah bernilai RM 650,000 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori! Azean Irdawati mempersoalkan kenapa Benjy yang ditangkap di Segambut tetapi kemudiannya dibawa pula ke sebuah rumah lain di Kepong yang merupakan sebuah makmal rahsia tempat dadah diproses.

Azean turut menambah yang anaknya Benjy selalu kekurangan wang dan kerap meminta wang dari Azean untuk membayar rumah dan untuk membeli barangan dapur! ( Pelik nih!) Azean turut mempersoalkan bagaimana media boleh melaporkan yang Benjy menjual dadah sehingga beratus ribu ringgit nilainya! Turut dipersoalkan adalah ujian air kencing Benjy yang didapati positif dadah jenis Syabu namun menurut research yang dibuat oleh Azean di internet mereka yang menggunakan Syabu akan menjadi kurus dan hyperactive sedangkan Benjy gemuk,suka tidur dan menghabiskan masa dikolam memancing (Sure ke kat kolam? Heheheh..) 
"Macam mana surat khabar kata dia jual dadah sampai ratus ribu,Kereta pun dia tak ada!" Ulas Azean terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Benjy.

Ok jom kita rungkaikan satu persatu kenyataan Azean dan tindakan yang diambil terhadap Benjy.Pertama kenapa ujian air kencing Benjy positif? Kalau dia tak ambik Syabu boleh positif ke? Logik ke tak polis sesuka hati mendakwa yang dia positif sekiranya dia langsung tidak mengambil dadah tersebut? Kedua betul ke orang yang ambik Syabu dia akan kurus melidi? Mungkin betul kalau dia seorang yang ketagih Syabu tapi buat penguna Syabu ( Mengambil Syabu hanya pada masa tertentu dan tidak ketagih ) ada kemungkinan yang dia tidak akan menjadi kurus macam hantu jepun! Rokku tak pandai soal dadah so korang yang ada pengalaman boleh lah bagi komen! 

Soal sering meminta duit dan suka memancing tu Rokku malas nak sentuh disebabkan itu cerita dari ibunya sendiri! Azean lebih mengetahui soal itu.Soal dibawa dari Segambut ke Kepong untuk ke makmal mini tempat penghasilan dadah itu juga susah untuk dimengerti.Yang tahu perkara sebenar adalah pihak berkuasa dan Benjy telah pun ditahan reman! Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.Terbayang mak Rokku pulak,dalam saat Rokku dituduh mesti dia akan mempertahankan Rokku berhabis habisan! Sebab dia lebih kenal siapa anaknya.Sama dengan Azean Irdawati,dia lebih kenal siapa Benjy!

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics