Feb 28, 2010

Zizi The Fabulous Cats Perampas?

Hangat jugak cerita ni,Zizi ahli kumpulan The Fabulous Cats dikatakan telah merampas kekasih orang dan kantoi kepada wartawan bila si kekasih hati lelaki tersebut menghubungi wartawan bagi melepaskan rasa panas dan hangatnya yang membara seperti bara api sate kajang! Awek tu pon hangin lah sambey menghamburkan kata-kata kesat kepada wartawan dan mengatakan yang Zizi sengaja mahu menguar-uarkan percintaan mereka dan merampas boyfriend awek tu dari tangannya!

"Dia suka-suka cakap yang dia ada bercinta dengan seorang penari,jangan ingat nak carik laki ni cara senang je! Dia ada teman wanita!" Kata awek tuh,Huh marah betul awek ni eh?Awek tu turut mendakwa yang Zizi jenis perempuan tak tau malu dan perampas dan penghancur hubungan orang lain! Sementara itu Zizi yang ditemubual pula mengatakan memang dia berkawan dengan pakwe tersebut dan pakwe tu juga telah memberitahunya yang dia ada teman istimewa.Zizi berkawan dengannya kerana mereka dari Sabah dan mudah klik.Saya tidak pernah menyuruhnya memutuskan hubungan dan ini tidak bener sama sekali.

Kalau takde angin masakan pokok durian bergoyang Zizi,Hehehe..Pelik jugak dengan sikap manusia yang suka rampas merampas ni! Bak kata Zila Bakarin,I memang seksi tapi i takde lah sampai nak merampas laki orang! Bertudung bagai nak rak tapi amik laki orang.Siapa kah artis itu? Waheeda kah Zila? Huahuahua..
Buat apa nak rampas? Yang single banyak,bersepah macam kumpulan sepah.Awek-awek melayu skang sume dah cantik-cantik.Gunakan kecantikkan tu untuk memikat hati jejaka single dan hot seperti Rokku! Bukan yang dah tua kerepot dan pakwe orang! Jangan main-main,hantaran Rokku mahal tau!

Ramai DJ AMP Radio Network Bakal Tinggalkan Astro

Starting dengan Seelan Paul dan Faizal Ismail yang meninggalkan AMP dan kini semakin ramai dikatakan bakal meninggalkan AMP kepunyaan stesen tv berbayar Astro mengikuti jejak langkah Fafau,Kieran,Halim dan Linda Onn.Alasan setiap perpindahan ini mungkin berbeza,contohnya Seelan keluar AMP kerana ditawarkan tempat sebagai boss di Hot FM,Linda Onn pula mengatakan dia kurang menjiwai rentak retro yang dibawa oleh radio Sinar dan Kieran yang mendapat tawaran berganda dari tv3 untuk menjadi DJ serta pengacara bagi rancangan yang pernah dikendalikan Halim iaitu Roda Impian.Tetapi kali ni dikatakan yang lebih ramai DJ dari radia berbahasa melayu AMP yang bakal mengucapkan good bye kepada AMP.

Sebabnya adalah ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan AMP memotong gaji DJ popular yang bernaung dibawah AMP kerana rating yang dikatakan jatuh.Sebagai balasan DJ radio kendalian AMP seperti Era,Sinar dan Xfm telah dipotong sehingga ada yang mencapai 50% cut! Huhuhu..Kalau Rokku kena 50% cut bagi gaji Rokku atas sebab rating saja memang Rokku akan hangin satu badan macam diorang gak.Bayangkan lah Era masih no 2 dibelakang Hot Fm dan Sinar pula berada ditempat ke 3! Teruk sangat ke rating tu? no 2 dengan no 3? Turun sikit je terus kene potong? Huahuahua..

Apa yang boleh Rokku katakan adalah dari pandangan Rokku menang sudah kurang kicknya radio dibawah AMP terutamanya Era.Best lagi dengar Sinar dari Era dan sebab tu lah rating Sinar makin melambung-lambung.Era kurang auranya bila lepas segmen Riuh Pagi yang dihura harakan oleh Din Beramboi dan Aznil! Masuk je time DJ lain untuk kendalikan segmen seterusnya terus jadi yang ado! Melepaskan Linda Onn ke Sinar might be keputusan yang memotong leher sendiri oleh AMP apabila bestnya mendengar Linda pada waktu petang tiba-tiba berubah dan membuatkan radio Era jadi suam-suam kuku saja.Tambah pulak gaji kena potong! Makin suram lah suara DJ yang suram tu.Hakhakhak..Apa pun kita tunggu dan lihat siapa yang bakal berpindah keluar dari AMP Radio Network selepas ini.

Feb 27, 2010

Que Haidar Dan Linda Jasmine Memperkenalkan Tengku Ratu Haidar

Alololo..Somel nye pipi anak si Linda Jasmine dengan Que Haidar ni,Tengku Ratu Haidar sejak lahirnya orang cuma kenal nama dan kini Tengku Ratu Haidar diperkenalkan kepada media dan peminat-peminat yang nak sangat tahu macam mana cutenya baby mereka berdua ni.Ikut rupa si Linda ke Que? Macam-macam persoalan yang bermain dalam fikiran korang eh? Nah Rokku kasi pictures terbaru baby yang cute dan tembam nih!

Papa handsome Que Haidar turut mempersembahkan sebuah lagu untuk anak tersayang sebuah lagu klasik Tidurlah Pemaisuriku didalam majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 100 tetamu.Turut hadir adalah Mawi dan Isteri,Dafi,Riz AF,Lufya,Eizlan Yusuf serta sepupu Linda yang dah lama diam sejak kahwin ni Jeslina Hashim.
Majlis ditaja oleh Cradle and All serta Bora Ombak itu bertemakan warna putih,emas dan krim.


Gambar Wangi The Fabulous Cats Dan Boyfriend Di Kelab Malam.

Wangi ni orang indon kan? Islam ke tak islam? Bertaburan botol arak tu,tapi takde gambar Wangi sedang meneguk arak so tak boleh lah berspekulasi pulak yang dia kaki arak eh?.Tapi gambar-gambar ni memang dasat gak! Tempat-tempat yang dipegang oleh boyfriend si Wangi ni memang khas untuk mereka yang sudah berkahwin saja.Huahuahua..Korang judge lah sendiri!





Feb 26, 2010

Gambar Awek Harith Iskander Dr. Jezamine Lim Yang Hot!

Wowowowow,Lihat lah kekasih hati Harith Iskander yang comel lote ini! Doktor pulak tuh,Lulusan Melaka Manipal Medical College.Sangat mantop Harith! Dah lah cute and seksi,pandai pulak tuh! Nama awek cute ni adalah Jezamine Lim yang juga merupakan seorang model dan pernah menghiasi majalah popular dan sentiasa dipenuhi awek-awek yang berbikini iaitu FHM Magazine.Korang saksikan lah sendiri kemanisan awek Harith Iskander ini!!







Zizan Nin Nikah 19 Mac Ini

Rokku sebenarnya tak pernah menonton pun lakonan Zizan Nin ni,Hehehe Jadi Rokku tidak terlalu mengenali beliau.Zizan Nin bakal melangsungkan pernikahan bersama seorang wartawan penyiaran ntv7 yang bertudung! Awww..Mesti mau!

Mereka mengambil keputusan untuk bernikah setelah 3 bulan bertunang,dia seorang yang bersikap sederhana dan memahami karier Zizan Nin serta yang paling penting adalah keluarga merestui hubungan mereka ini.
Zizan menemui pihak wartawan setelah menghantar kad jemputan perkahwinannya yang akan diadakan di Dewan Perdana Felda,Kuala Lumpur.

Majlis tersebut juga akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-mana pihak,wang hantaran kepada bakal isteri pula dirahsiakan,Zizan Nin menambah cukuplah saya mengatakan yang saya akan memberikan 7 dulang hantaran sementara pihak bakal isterinya pula 9 dulang seperti cincin,sejadah dan Al Quran.

Elok lah kalau dah nak kahwin,dulu dengan Rozita Che Wan tak jadi kali ni mintak-mintak berkekalan lah sehingga ke hujung nyawa! Tiada tajaan dan tidak menunjuk-nunjuk jumlah hantaran,Rokku memang respek lah Zizan Nin ni! Kadang-kadang orang yang menaja ni pun bukan ikhlas,kalau tak dapat publisiti seperti keluar majalah,surat khabar dan lain-lain diorang start lah mengumpat! Lebih baik pakai duit poket sendiri! Takde sebarang konflik dan majlis insyaAllah akan berjalan dengan lancar.Amin!

Feb 25, 2010

Sharifah Shahira Dan Kak Engku Pengacara ABPH 2009

Sharifah Shahira dan Kak Engku bakal mengendalikan ABPH 2009! Adakah anda excited? Huahuahua..Rokku kurang excited sikit pasal pemilihan ni,first of all both of them adalah pengacara yang selalu buntu walaupun dah ada skrip,especially Kak Shira kita tu! Bagi Rokku sepatutnya untuk event anugerah sebesar ABPH 2009 ni pengacaranya perlu balance,perlu ada feeder dan perlu ada killer! Tapi untuk gandingan Kak Engku Dan Kak Shira ni susah sikit nak cari keserasian,kehebatan dan kelawakkan mereka sebab tiada real killer didalam diri  mereka berdua ni.

Siapa gandingan yang sesuai untuk memantop kan ABPH 2009 ni? The Killer yang boleh menceriakan keadaan dengan lawak jenaka dan usikan tajam yang boleh menambahkan debaran dan warna warni acara sebesar ABPH 2009 ini? Rokku akan cuba listkan nama-nama besar yang boleh menghuru hara serta mengamatkan keadaan! Contoh satu Nabil,pemenang ABPH 2008 ini punya karisma dan idea yang cukup untuk membuatkan gandingan Shira dan Kak Engku bertambah tenaganya dan bukan hanya dipenuhi dengan teriakan yang menbingitkan dan pengacaraan yang kosong sahaja! Akhir pesembahan penonton tidak langsung akan berbicara tentang pengacaranya kerana keboringan tahap gaban yang dipersembahkan.Nabil boleh membantu dengan mencelah pada setiap dialog diantara Shira dan Kak Engku  dengan kreativitinya serta menukarkan acara bebel Shira dan Kak Engku menjadi satu lawak yang disertai hilai tawa penonton!


Din Beramboi adalah satu lagi contoh pelawak killer yang boleh membantu Shira dan Kak Engku dengan lawak merapu yang tiada point tetapi mampu membuatkan orang ketawa sehingga keluar air mata dan segala air-air yang berkaitan! Huahuahua..Din Beramboi ada aura tersendiri yang membuatkan kita senang dengan lawaknya walaupun kadang kala lawak Din melampaui batas sedikit dengan menyelitkan kutukan dan carutan yang tidaklah keterlaluin.Tetapi itu lah ramuan untuk menceriakan suasana bosan dan Din jugak lah penyebab Rokku tak dapat tido bila asyik mendengar lawak sengal beliau bersama Aznil di Riuh Pagi Era! Huhuhu.. Aznil bertindak sebagai feeder sementara Din membunuh setiap satu persoalan yang dilontar Aznil dengan siri lawak yang super kelakar! Ditambah dengan Shira Dan Kak Engku pastinya gandingan mereka bertiga boleh mengangkat ABPH 2009 sebagai acara berprestij yang gilang gemilang dari semua segi pengacaraannya.

Contoh terakhir yang Rokku rasakan boleh membantu dua pengacara wanita tersebut adalah Abang Jem atau Salleh Yaakob! Huhuhu,Siapa tak suka dengan Abang Jem? Walaupun sesekali suara seperti orang yang mengantuk dihidangkan kepada kita pada setiap pagi di Radio Sinar tetapi dengan kreativiti dan aksi yang mantop Abang Jem yang bersahaja mampu membuatkan satu kereta,bas atau rumah bergelak ketawa di pagi hari!Sikap lawak yang selamba dan kemampuannya menukarkan dialog separuh kelakar Krill dan Kak Engku menjadi satu bahan yang sangat mengelikan hati adalah sesuatu yang sukar dicari! Abang Jem Juga pernah menjadi pengacara ABPH sebelum ini bersama-sama Kak Ogy dan kita dapat lihat dialog-dialog laser dan kureng dari Kak Ogy ditukarkan kepada lawak yang menciut hari oleh Abang Jem!

Rokku hanya menyebut berberapa nama,masih ramai lagi barisan pelawak baru yang mampu membantu pengacaraan malam gemilang ABPH 2009 seperti Zizan dan Johan yang boleh diselitkan pada masa tertentu untuk membantu menceriakan majlis,ini sekadar pendapat dari Rokku yang merasakan majlis anugerah sebesar ABPH 2009 ni perlu complete dari setiap segi dan ditambah dengan idea kreatif serta lawak yang berkesan dan bukan sekadar pengacaraan yang ok-ok sahaja.Bukan nak merendahkan kemampuan Shira dan Kak Engku tetapi ini adalah pandangan jujur dari Rokku yang tidak dibayar untuk meluahkan idea bagi memantapkan ABPH 2009. Carta undian yang Rokku anjurkan di blog ini nampaknya masih didahului Fara Fauzana! Wow..! Tiz Zaqyah mengekori dengan rapat tetapi trend undian menunjukkan hint yang Fara akan menang! Apa kata pembaca Berita Harian pula? Kita tunggu ABPH 2009 yang bakal berlangsung tidak lama lagi!

Feb 24, 2010

"Bertudung Kena Disertai Niat Yang Betul" Zila Bakarin

Sejak bila pulak kalau nak bertudung kena disertai niat? Bukan bertudung tu satu kewajipan ke? Nak tutup aurat tak pakai niat-niat ni kak Zila oii.! Rokku kadang-kadang panas gak dengan statement jahil dari artis-artis Malaysia ni! Kalau ye pon nak membela diri yang tak bertudung jangan lah sampai anda menunjukkan kejahillan anda yang sebesar unta padang pasir tu!

Zila Bakarin memang kita tau seksi dan selalu tampil dengan fesyen yang 'menarik',kalau nak ikutkan pon dia bukanlah sepopular mana.Cuma watak-watak jenis pengoda dan jahat yang diberikan kepadanya memang menjadi! Sebab orang akan totally menyampah dengan dia! Itu bukti dia seorang pelakon yang baik! Tapi bila nak beri kenyataan tu biarlah yang logik dek akal dan tidak merendahkan martabat diri sendiri pula! Rokku cuma menasihati,Rokku pon tak betul jugak jadi ramai yang menasihati Rokku dan itu jugaklah yang ingin Rokku tekankan didalam kisah ni!

Terpulang pada Zila samaada mahu bertudung atau tidak,tidak bertudung belum tentu tak cium bau syurga! Itu semua ketentuan Allah,Zila berpakaian seksi juga Rokku tidak kisah kerana ada ramai lagi yang lebih seksi darinya.Tetapi kenyataan yang jahil dan tak masok akal dalam topik bertudung tu harap dijauhkan lah eh? Sebab nanti ada pulak orang-orang diluar yang terpengaruh dengan statement Zila dan berpendirian yang menutup aurat itu harus datang dengan niat yang betul,Tuhan kena bukak kan hati lah dan macam-macam lagi statement merepek yang akan keluar! Hidup biar banyak bercakap tentang fakta dari mengada-gada kan fakta! Huahuahua..Dato Siti pulak amacam? Bila nak bertudung? Belum dibukakan pintu hati lagi ke? Hehehehe..

"Saya Bukan Kuda Tunggangan Erma Fatima!" Ellie Suriati



Wahh,gawat nih! Dua aktress berpengaruh Malaysia dah berentem sesama sendiri! Ellie Suriati menarik diri dari kerusi pengarah teater 'Antara' yang diterbitkan oleh Erma Fatima ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Erma yang sesuka hati menukar skrip asal teater itu serta keputusan Erma untuk membahagikan tugas pengarah latihan dan pengarah pentas.


Ellie menambah tidak pernah ada terjadi sepanjang saya berteater apabila tugas pengarah dibahagi dua! Pelakon yang terlibat mesti keliru nak dengar arahan dari siapa sebenarnya! Hanya dua babak dari idea asal saya yang diguna pakai dan selebihnya telah diubah oleh Erma dan apabila Ellie menanyakan kepada Erma kenapa idea asalnya diubah Erma mengatakan yang tiada apa-apa yang berubah! Ellie menambah apa maknanya dia tidak ubah apa-apa? Sedangkan begitu banyak perubahan yang dibuat! Saya bukannya kuda tunggangan dia!

Ellie sudah serik untuk berkerjasama dengan Erma lagi dan berkata saya sering gagal dengan permainan manusia.Erma yang dihubungi pihak wartawan enggan mengulas lanjut dan mengatakan teater Antara akan tetap berjalan walaupun pengarahnya sudah tiada,saya tidak suka ianya menjadi konflik.

Sebagai pembaca apa pandangan korang? Molek tak kalau karya asal korang diubah sesuka hati? Mungkin ada pihak yang akan akur dan tunduk serta tetap menjalankan tugas seperti biasa tetapi Erma sudah salah lawan! Hekhekhek Its Ellie Suriati yang terkenal dengan karisma dan kelantangannya dalam meluahkan pendapat dan idea! Saya bukan kuda tunggangan Erma seperti kata Ellie dan Rokku sokong seratus peratus! Dalam berkarya idea yang diluahkan si pengkarya itu amat lah sensitif,butir-butir serta hal terperinci mengenainya adalah hasil perahan otak pengkarya itu sendiri! Erma sebagai penerbit sepatutnya hanya menumpukan tugas sebagai penerbit dan membiarkan Ellie menjadi nakhoda persembahan itu! Kapal yang ada dua nakhoda akan tersesat dalam perjalanannya.

Tiz Tertekan Dengan Gosip Arak Dan Rokok.

Alah siannyer sayang Rokku Tiz Zaqyah tercinta ni,tertekan dengan gosip yang sedang hebat melanda dirinya mengenai ura-ura dia berbau arak dan menghisap rokok.Umum tahu kehadiran Tiz kedalam industri hiburan tanah air dengan membawakan watak gadis idaman malaya iaitu Nur Amina bagi drama popular Nur Kasih yang pernah ditayangkan di tv3 dan dengar bakal difilemkan tidak lama lagi.

Tiz mengakui hati dan perasaannya tertekan dengan gosip sebegitu yang membawa nama buruk bukan saja kepada Tiz tetapi juga kepada keluarganya.Tiz dilihat seperti seorang anak gadis yang nakal dan ada saja pihak yang cuba mencari salah dan silapnya.Tiz menambah saya hanya mampu bersabar dan saya tahu lama kelamaan cerita buruk ini akan senyap juga.

Keluarga banyak memberikan sokongan moral kepadanya didalam menghadapi kontroversi ini,Tiz juga sedar akan sikap peminat yang mahukan dia menjadi seperti Nur Amina didalam dan diluar drama tetapi saya adalah Tiz Zaqyah dan saya adalah diri saya.Ditanya mengenai Remy Ishak,Tiz menafikan gosip tentang percintaan mereka dan menegaskan yang Remy hanya seorang teman artis kepadanya.

Rokku nak cakap satu je,buat apa nak tertekan kalau anda dipihak yang benar Tiz,lalui hari-hari dengan penuh ketenangan dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku.Cakap-cakap itu tak boleh membunuh! Bak kata perpatah Anjing menyalak Gunung tak akan runtuh,Semua orang ada salah dan itu membuktikan yang kita ni manusia! Masih terlalu ramai yang mencintai dan meminati Tiz (Termasuk Rokku!).Huahuahua...
Macam mana nak lihat kebenaran jika tiada bukti? Cakap-cakap hanya mengundang spekulasi dan bukannya pengesahan yang sahih! Hidup dalam dunia artis ni ada banyak likunya,Tiz baru merasa sikit dan akan datang lebih banyak gosip dan spekulasi buruk yang akan melanda! Hadapi dengan tenang ok Tiz? :)

Feb 23, 2010

Fahrin Mahu Selesai Secara Baik Tetapi Linda Onn Pula?

Persatuan Seniman adalah antara pihak yang beriya-iya mahu Fahrin dan Linda menyelesaikan konflik dan kekusutan yang membawa kepada tindakan Fahrin menyaman Linda ke mahkamah,Fahrin nampaknya masih membuka ruang dan peluang bagi Linda untuk bersama-sama menyelesaikan pertikaian ini diluar mahkamah tetapi Fahrin menegaskan yang saman yang dibuatnya terhadap Linda akan tetap berjalan sekiranya Linda tidak memberikan kerjasama diatas usaha damai yang dijalankan oleh Seniman.

Fahrin menegaskan yang tindakan saman itu diambil bukan kerana marah dan sebab peribadi tetapi kerana dasar professionalisme,kerjaya,nama baik serta sumber rezeki Fahrin yang terjejas akibat kenyataan Linda.Rokku faham sangat apa yang sedang bermain dikepala Linda sekarang,Linda mungkin akan berkeras untuk membiarkan kes ini dibawa ke mahkamah demi untuk membuktikan kebenaran.

Rokku itu tidak salah sama sekali! Itu hak Linda,mungkin juga Linda merasakan jikalau dia menyelesaikan diluar mahkamah maka banyak pihak yang akan melihat beliau sebagai pihak yang salah dan Fahrin adalah pihak yang benar!Jadi tindakan Linda yang berdiam diri diatas usaha damai yang cuba dilakukan pihak seniman bolehlah kita anggap sebagai jawapan yang Linda tidak mahu kes ini diselesaikan secara baik!
Bukan maruah serta nama Fahrin saja yang diperjudikan didalam hal ini,tetapi maruah dan nama baik Linda juga terbabit sama.Rokku cuma mengandaikan kemungkinan,Who knows mungkin juga Linda mahu perkara ini diselesaikan diluar mahkamah dan mengakhiri pertelagahan ini.

Dr Romzey Bakal Terbitkan Filem Aksi Muay Thai!

Wahh,Rokku dengar je dah bersemangat! Filem aksi Muay Thai yang bakal mengabungkan dua negara iaitu Malaysia dan Thailand.Filem tersebut bakal menampilkan aksi pelakon Malaysia dan Thailand serta peserta The Contender Asia 2! Dr Romzey menyasar untuk mengedarkan filem ini ke Thailand dan ke pasaran antarabangsa!

Filem tersebut mengisahkan tentang seorang yang dipenjara dan disiksa oleh kumpulan banduan serta tidak dipedulikan oleh warden penjara,kumpulan banduan itu diberikan lampu hijau oleh warden penjara untuk membelasah banduan terbabit kerana sudah lama berdendam dengannya.

Filem Muay Thai ini berkisar tentang dendam kesumat,pergaduhan,pembunuhan dan kisah pengedaran dadah yang melibatkan sempadan Malaysia dan Thailand.Namun barisan pelakon-pelakon filem mega terbitan Dr Romzey ini masih belum diketahui dan dirahsiakan!

Ujibakat bagi filem tersebut bakal diadakan pada minggu ketiga mac di pejabat Herba Prima Marketing Sdn Bhd dan bakal memberikan peluang bagi pelakon-pelakon baru serta lama samaada popular atau tidak dan bakal dikendalikan oleh panel berpengalaman didalam industri perfileman Malaysia Imran Ismail.

Ni lah filem yang Rokku tunggu-tunggu! Aksi,pembunuhan dan konflik yang bakal ditampilkan didalam filem ini Rokku rasa akan membuatkannya box office! Ditambah dengan kelibat peserta The Contender Asia 2 yang menampilkan bakat Muay Thai dari seluruh Asia,Malaysia dan Thailand.Harap-harap kali ni Dr Romzey pilih lah pengarah yang betul-betul berpengalaman dan bukan pengarah yang hampeh dan suka menimbulkan kontroversi! Biar filem ni berdiri dengan review 5 bintang dan bukannya kontroversi murahan seperti yang terjadi sebelum ini.

Gambar Kat Mentor Adik Ipar Amy Search Yang Terlebey Suda..

Hehehe..Rokku taknak cakap banyak korang tengok je lah eh! Then kasi komen untuk menyadarkan beliau nih! Huahuahua..Susah nak komen pasal selebriti yang pakai seksi giler ni,sebab kita tak tau apa yang ada dalam benak fikirannya! Nak jadi ala-ala supermodel terkenal ke? Atau nak kasi tunjuk secara free? Hekehkhek Layann...








Wajib Putar Lagu Tempatan Mulai Mac!

Yeahhh,Mesti ramai artis Malaysia terutamanya penyanyi yang jarang mendapat peluang untuk lagu mereka diputarkan diradio melonjak kegembiraan seperti kangaroo dapat pisang apabila Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan syarat wajib putar lagu baru bagi artis tempatan mulai 1 Mac ini.

Tindakan tersebut diambil selepas kementerian meneliti masalah yang melanda industri muzik tempatan dan bimbang masalah ini akan berlarutan,Datuk Seri Utama Rais Yatim terkejut bila mengetahui nilai industri muzik Malaysia yang semakin menurun sejak 2001 Rm 200 Juta dan kini 2010 Rm 70 juta sahaja.Penurunan nilai industri muzik ini perlu diambil serius dan tindakan ini diambil bagi mengelak kan perkara ini berlarutan.Terlalu banyak lagu luar yang diputarkan stesen radio tempatan dan bukannya lagu yang dihasilkan artis Malaysia sendiri.

Amin! Rokku adalah antara orang yang paling benci dengan sikap radio Era,Suria dan Hot Fm yang terlalu meminggirkan lagu buatan tempatan,Artis kita yang hebat seperti Atilia,Nurul,Liza Hanim dan ramai lagi termasuklah artis baru dipinggirkan begitu sahaja.Bukan sikit modal yang mereka keluarkan,penat lelah mereka terbazir begitu sahaja bila radio menendang lagu mereka keluar dari list 'mesti putar' stesen radio mereka sesuka hati dan tidak langsung menghargai nilai seni yang dihasilkan didalam negara sendiri!

Memang Rokku muak dengan lagu artis indonesia yang melimpah masuk ke negara ini dan Alhamdulillah senario yang memuakkan Rokku ini bakal berubah bermula Mac dan kita semua akan berpeluang mendengar karya hasil dari kreativiti bakat kelahiran bumi tercinta ini,Malaysia Boleh! Hehehehe..

Feb 22, 2010

Kes Saman Sheila Rusli Mungkin Diselesaikan Diluar Mahkamah!

Hakim pon penat gak,tak abis-abis kisah artis saman menyaman! Kes saman terhadap rakan kongsi restorannya Datuk Azlina Che Abdullah mungkin akan diselesaikan diluar mahkamah selepas hakim Datuk Lim Yee Lan memerintahkan mereka berdua menghadiri sesi mediasi dan merekod kan terma penyelesaian.Sheila dan Azlina yang berpegangan tangan masuk ke kamar hakim sementara peguam masing-masing hanya menunggu di bilik mahkamah.

Selepas pertemuan itu Sheila memberitahu yang mereka akan cuba menyelesaikan kes saman itu secara baik,Dalam saman itu Sheila menuntut Datuk Azlina untuk membayar gantirugi sebanyak Rm55,000 yang dimasukkan sebagai modal ke dalam perniagaan itu,keuntungan dari 1 sept hingga 30 sept 2005,kos keuntungan masa depan,gantirugi am,gantirugi teladan,gantirugi teruk dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mengikut perjanjian lisan diantara Datuk Azlina dan Sheila,Sheila dikehendaki mempromosikan restoran itu kepada teman wartawan,artis dan orang ramai sementara Datuk Azlina mengendalikan penyedian resepi dan hidangan utama restoran itu.Pada 30 sept 2005 Sheila yang ke restoran itu mendapati ianya telah ditutup oleh Datuk Azlina dan Datuk Azlina membuka restoran baru bersebelahan dengannya.Datuk Azlina dalam pembelaannya mengatakan yang Sheila telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakan kongsi dan kegagalan Sheila untuk meneruskan operasi restoran itu semasa gilirannya.

Elok lah kalau nak selesai luar mahkamah,siap pegang tangan pulak tu! Hehehe pertanda baik tu,nak musuh pon buat apa? Ni mesti kes hari raya aritu dan bermaaf maafan nih! Hakim pon naik muak nak melayan artis Malaysia ni! Asik-asik saman! Lepas ni lagi banyak saman dari artis kita! Patot la kepala hakim yang bertugas tu botak licin! Wakakakka...

Cabar Wartawan Bersumpah Dan Pegang Al Quran! "Saya Minta Maaf" Puteri Sarah Liyana

Lepas pakwe kini awek pula membikin panas kepada wartawan hiburan dengan mencabar seorang wartawan yang dikatakan menfitnahnya! Wartawan itu dikatakan menjadi penyebab kontroversi pergaduhan diantara Ammar dan Sarah sehingga Puteri Sarah Liyana mencabar pihak tersebut untuk mengangkat dan bersumpah dengan Al Quran di Facebook!

Saya berkata sebegitu kerana saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar,Saya minta maaf.Saya menjadi mangsa keadaan kerana hanya mendengar dari sebelah pihak saja iaitu Aminah Rhapor pengarah filem Lu Pikir La Sendiri.Seorang wartawan telah memberitahu Aminah Rhapor tentang pergaduhan Ammar Dan Sarah sehingga menyebabkan Sarah meninggalkan sesi tayangan perdana filem tersebut.Sarah sebenarnya meninggalkan majlis kerana perlu bergegas ke lokasi pengambaran Atillia dan bukan kerana bergaduh dengan Ammar.

Kerana terlalu marah Sarah telah mengeluarkan status Facebook yang meminta Wartawan tersebut bersumpah jikalau benar dia tidak menyebarkan fitnah tersebut,dan membuatkan semua wartawan hiburan tempatan yang lain turut mempercayai kisah pergaduhan semasa sesi tayangan perdana filem Lu Pikir La Sendiri.Ditanya mengenai adakah dia mengelak untuk bertemu wartawan Sarah mengatakan yang dia sebenarnya sedang sibuk dengan pengambaran drama Atillia dan terkejar-kejar dengan pelajarannya di Unisel.

Dalam hal ni nampak sangat Sarah menjadi mangsa keadaan,si wartawan lahabau tu pulak ape pasal sebarkan berita yang bukan-bukan pasal pergaduhan Ammar dan Sarah masa tayangan perdana tu? Ni antara jenis wartawan yang tidak beretika,Rokku nak sangat tau sapa wartawan tu.Dengar cerita Si Ammar tu nak saman wartawan tu! Mampos,kan naya jadinya.

Rokku nak korang pulak bersumpah! Yang korang akan masok blog ni dan promote kat kawan-kawan lain kalau tak Rokku hantar antu kopek kat rumah korang! Suh dia kacau korang time korang tengah tido! Huahuahua..

Maya Karin Enggan Komen Mengenai Kisah Perkahwinannya

Seperti mengiyakan tentang kisah rumahtangga nya yang sedang bergolak Maya Karin memilih untuk tidak memberi komen kerana takut ianya mengundang kepada perkara yang lebih buruk! Apa yang Maya boleh katakan adalah mereka berdua sedang berusaha untuk mengukuhkan kembali rumahtangga yang sedang bergolak itu.

Maya menegaskan yang mereka masih lagi suami isteri dan cakap-cakap mengenai penceraiannya adalah tidak benar sama sekali.Tambah Maya perkahwinan ini masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.Tapi tiada perkara buruk yang berlaku!Orang diluar boleh berkata apa sahaja tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Ditanya samaada Maya cuba menyembunyikan tentang pergolakan rumahtangganya dia memilih untuk tidak memberikan komen dan berkata rumahtangga saya adalah hak peribadi saya dan diharap semua pihak menghormati hak saya!Ditanya mengenai ura-ura kehadiran pihak ketiga yang menyebabkan semua ini dia sekali lagi tidak mahu memberikan apa-apa komen!

Rokku taknak kasi komen jugak sebab Rokku nak korang timbangkan sendiri berdasarkan kenyataan Maya Karin ini,apa pun kita sebagai peminat kenalah doakan yang baik-baik untuk mereka berdua betul tak? Sayang baru sangat kahwin dah ada problem,Nasib baik Rokku single lagi! Hehehehe XD

Jimmy Tinggalkan Trek Selebriti!

Jimmy Shanley akan tinggalkan Trek Selebriti untuk memberi laluan bagi dimensi dan tapak barunya sebagai pengacara baru diari dan konsert AF8 yang bakal bermula tidak lama lagi,Jimmy menyatakan rasa sedihnya setelah 6 tahun bersama Trek Selebriti dan mempunyai kenangan manis yang cukup banyak namun dia sedar yang langkah yang diambilnya ini adalah untuk maju setapak ke hadapan didalam karier pengacaraan beliau!

Rokku sendiri cukup meminati Trek Selebriti dan corak pengacaraan Jimmy dari mula sampai lah sekarang,Style Jimmy mengendalikan Trek Selebriti memang cukup bersahaja dan kini kita tertanya-tanya pulak siapa bakal pengganti Jimmy untuk Trek Selebriti? Adakah pengacara lama Astro Yasmin Hani akan kembali atau ada muka baru yang diberi peluang? Susah sangat kasi Rokku je lah! Rokku pon ade bakat jugak! Hehehehhe

Rokku harap AF8 ni bersinar dan bergemerlapan lah ye? Jimmy dan Sarimah sebagai pengacara adalah sesuatu yang baru dan lain dari yang lain.Pihak-pihak diluar sudah bersedia untuk menghentam Jimmy dan Sarimah andai kata ada salah dan silap mereka! So jadilah diri sendiri dan berikan komitmen 100% untuk memastikan kami semua tidak boring dengan pengacaraan yang hampeh!

Ifa Raziah Rakam Semula Lagu Korea

Last skali kita dengar penyanyi Malaysia nyanyi lagu Korea yang diubah semula adalah ketika Hazami membuat kemunculan dengan menyanyikan lagu Sonata Musim Salju yang digubah dengan manis sekali ke dalam bahasa melayu oleh Hazami.Rokku ingat lagi bila alunan suaranya yang sangat merdu tu membuatkan Rokku kompius! Hazami ni lelaki ke pompuan? Huahuahua..Memang layan lah lagu tu.

Kini dengar cerita Ifa Raziah pula bakal tampil dengan lagu Korea yang diubah semula dan dengarnya adalah merupakan sebuah lagu yang popular giler kat Korea! Mesti interesting bila Ifa Raziah yang gedik-gedik manja tu membawakan lagu Korea tu kan? Huhuhu..Korea memang pandai hasilkan drama-drama cinta yang buatkan semua awek cair dan meleleh.Diorang cakap pakwe Korea handsome,Huh! Mata sepet camtu handsome ape? Tak handsome lah! XD

Impak lagu Korea yang popular memang besar! Kita kena nantikan samaada Ifa mampu atau tidak menghasilkan impak yang sama terhadap pendengar disini pulak,Ntah-ntah radio taknak mainkan lagu tu! Hahaha..Diorang nak mainkan lagu Wali Band lah,Kangen Band dan band-band merepek dari indonesia supaya orang kita menghayati lagu indonesia yang hebat! Huh!

Feb 21, 2010

Kisah Juliza Dan Amanda Imani

First skali bukak je blog pagi tadi ade kisah pasal penyanyi serta guru vocal yang hot Juliza Adzlizan yang dikatakan kurang sopan bila menyenaraikan Sex sebagai salah satu interest beliau pada masa lapang! Wakakakka,Salah ke? Suka hati dia lah nak taruk apa pon! Dah kahwin dan dah halal! Nak bercakap pasal kesopanan konon! Korang pon 24jam buat gossip pasal artis,keluarkan cerita yang mengaibkan diorang.Sopan ke tuh? Rokku pon sama gak buat gossip tapi Rokku budak baik takleh dikaitkan! Hahaha..

Sebenarnya dah takde idea nak post ape kot? Dier korek lah Facebook artis-artis sampai semua diorang perhatikan! Huahuahua..Macam-macam!

Rokku pernah menghantar mesej kepada Juliza dan dibalas dengan mesra olehnya! Dia poke Rokku sekali tu! Hahahaha...Banyak artis kat Facebook tapi tak pandai nak layan peminat! Pernah sekali Natasha Hudson kena sound dengan peminat yang komen, "Kenapa you tak pernah balas komen?" Dan dengan jawapan yang kantoi Natasha cakap "Hmm..Sorry busy lah tadi" Huhuhu..Nak balas komen pon susah macam nak daftar Facebook baru eh?



Satu lagi kisah penyanyi baru ni,Amanda Imani.Rokku tak pernah dengar lagu dia dan teringin pulak nak dengar lepas tengok gambar peha dia ni! Hihihihi..Rokku dah dapat rasa mesti Amanda Imani ni berbakat besar hanya dengan melihat gambar ni! XD

Lepas ni gerenti lagu meletup! Ramai Datuk masok meminang dan Show yang datang bak hujan lebat di Batu Kikir! Untuk korang lak berhati-hati lah dijalan raya!

Tiz Zaqyah Nafi Kaki Botol Dan Rokok

Mungkin korang pon dah terdengar dari blog dan forum tentang cakap-cakap mengenai Tiz Zaqyah merokok dan minum arak kan? Hehehe Hari ni Tiz dengan cun dan cutenya menafikan sebarang penglibatan den menda haram jadah tu! Kalau rokok tu mungkin normal la kot? Ramai kawan-kawan pompuan Rokku yang merokok tapi kalo pasal arak tu sendiri ingat lah,cukup siot kalo benda tu benar benar terjadi!

Tiz menafikan sekeras-keras biji manjakani yang dia merokok dan meminum air kencing setan serta menganggap ini semua sebagai satu cubaan bagi memburuk-burukkan karier seni nya yang baru hendak bertapak.Tiz mengatakan yang dia sebenarnya tidak kisah dengan kutukkan itu dan tidak memaksa masyarakat diluar untuk meminatinya.

Dari penafian ni baik kita tutup saja citer keburukkan Tiz Zaqyah dan menanti the goods yang bakal Tiz persembahkan kepada peminat-peminatnya.Hopefully kalau ada buat salah lepas ni betulkan lah eh Tiz? Rindu pulak nak tengok Tiz berlakon,penat lah asik kena tengok Memey je! Huahuahua..

Feb 20, 2010

Gambar Kahwin Imuda Dan Zabarina

                             ( Gambar Lain Akan Menyusul,1 Gambar Sahaja Buat Masa Ini XD )

Aduhh Cute sungguh isteri Imuda ni eh? Jeles Rokku nih! Aku yang handsome tak terperi serta berwajah jambu ni takde orang nak ke? Huahuahua..Stress otak kalo pikir pasal ni! Hahaha..

Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda 50 selamat diijabkabul kan dengan pasangannya Zabarina Hajar Mushadi Ali 28 dari Pulau Pinang kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang dengan sekali lafaz! Handal tu namanya experience sekali hembus jek dah jalan,Bukan macam Diddy kahwin tu hari sampai 2 kali lafaz! Nampak sangat teruna! Wahahaha..

Rokku suka tengok orang kahwin-kahwin ni,bayangkan lah anak buah Rokku dah nak ade baby Rokku still single lagi! Sorang lagi nak kahwin bulan 9! Kahkahkah Nasib-nasib..

Feb 19, 2010

Aksi Cium Manohara!

Aik kejap je dah dapat penganti wahai Manohara? Sangat loving nampaknya mereka berdua ini,yela orang popular dan mantop macam Manohara mana boleh single lama sangat! Huahuahua Goreng pisang panas cepat je orang nak santap! XD

Namum Manohara menafikan yang mamat didalam gambar ini adalah boyfriend barunya dan mengatakan dia hanyalah sekadar teman,dan Manohara sudah biasa dengan aksi begitu,terutama kepada orang yang dekat dengannya! Hukhukhuk..Mesti mau!

Mamat ni dikatakan anak kepada kenalan ibu Manohara,ntah-ntah dah rancang nak kahwin kot? Harta mamat ni pulak dia nak kebas? Hahaha..Rokku rasa mamat ni mesti anak orang kaya ni! Kalau tak susah la nak dapat kiss percuma,kena bayar tau! XD

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics